Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.

PISANG GORENG CHEESE

By 11:23 PM ,

 Selamat hari ibu untuk semua ibu. Menjadi seorang ibu bukanlah satu anugerah untuk wanita, tetapi adalah satu amanah dan tanggungjawab. Amanah seorang ibu adalah anak-anak. Apa kata sempena hari ibu ini anak-anak boleh lah menyediakan hidangan yang ringkas untuk ibu masing-masing. Para ibu saya rasa tidak mengharapkan hadiah yang mahal dari anak-anak, cukuplah penghargaan yang ikhlas.


Resepi pisang goreng cheese ini saya ambil dari bloh mamafari. Jom lihat resepinya.

BAHAN-BAHAN UNTUK PISANG GORENG

1 biji pisang Tanduk(saya tak guna pisang tanduk sebab tak jumpa kat sini)
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
sebiji telur
satu sudu butter
secubit garam
perwarna kuning@serbuk kunyit
minyak masak secukupnya untuk mengoreng

BAHAN-BAHAN UNTUK TOPING

Keju cheddar(diparut)
satu sudu kecil susu pekat manis
satu sudu kecil butter

CARA-CARA

1. Tepung gandum dan tepung beras, dicampur dalam satu bekas bubuh air dan telur serta perwarna kuning. (Sesiapa yang tak suka pakai pewarna boleh juga guna serbuk kunyit), Masukkan sesudu butter didalam bancuhan tepung tadi serta sedikit garam.

2. Masukkan pisang ke dalam bancuhan tepung, dan goreng seperti biasa, serta toskan.(deep fry).

3.  Di dalam kuali yang lain bubuh sedikit butter, masukkan sedikit saja keju yang telah diparut dan sedikit susu pekat manis. (saya hanya panaskan dalam microwave selama 20 saat).

4. Siap untuk dihidang dengan ditabur parutan keju di atas pisang goreng.





You Might Also Like

2 comments

  1. Salam , Kalau tak pakai tepung beras boleh tak kak ? I mean kalai pkai tepung gandum je boleh ?

    ReplyDelete
  2. Salam , Kalau tak pakai tepung beras boleh tak kak ? I mean kalai pkai tepung gandum je boleh ?

    ReplyDelete