Bahan-bahan
1 keping dada ayam potong kecil-kecil
3 hiris halia
4 ulas bawang putih
1 cawan beras
7 cawan air
1/4 sudu teh minyak bijan
Serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Bahan aksesori
Daun bawang
bawang goreng
hirisan cili
Cara-cara
1. Ketuk bawang putih dan halia
2. Bersihkan beras. Masukkan beras, bawang putih, halia, ayam, serbuk lada sulah, minyak bijan dan air kedalam pressure cooker. Masukkan garam. Mamadee pilih high pressure, masa 10 minit.
4. Bila sudah siap, sila rasa. Jika masih kurang garam, boleh tambahkan lagi garam.
5.Bila bubur telah masak, jika bubur terlalu pekat, masukkan sedikit air. Untuk hidang, sendukkan bubur kedalam mangkuk, taburkan bawang goreng, hirisan cili dan juga daun bawang.
* boleh juga disajikan dgn ikan bilis goreng/ ikan kering/ daging goreng
BUTTERMILK CRAB
Bahan-bahan
2 ekor ketam (saya tak potong, sebab bila ketam dipotong, isi ketam akan jadi kering. Hanya buka cengkerang atas dan cuci sehingga bersih)
3 ulas bawang putih (dipotong dadu)
1/2 labu bawang holland (dipotong dadu)
2 tangkai daun kari
3 cili kering
2 sudu besar majerin atau mentega
2 sudu besar minyak
1 cawan susu segar/susu cair
2 sudu besar tepung jagung (dibancuh dgn air)
Sedikit serbuk lada sulah
Garam n gula secukup rasa
2 ekor ketam (saya tak potong, sebab bila ketam dipotong, isi ketam akan jadi kering. Hanya buka cengkerang atas dan cuci sehingga bersih)
3 ulas bawang putih (dipotong dadu)
1/2 labu bawang holland (dipotong dadu)
2 tangkai daun kari
3 cili kering
2 sudu besar majerin atau mentega
2 sudu besar minyak
1 cawan susu segar/susu cair
2 sudu besar tepung jagung (dibancuh dgn air)
Sedikit serbuk lada sulah
Garam n gula secukup rasa
Cara-cara
1. Panaskan kuali. Masukkan mentega dan minyak.
2. Setelah panas, tumiskan bawang putih n bawang besar.
3. Setelah bawang layu, masukkan daun kari dan lada kering.
4. Bila bahan-bahan tumisan sudah naik bau, masukkan susu.
5. Kemudian masukkan air bancuhan tepung jagung. Masukkan garam dan gula.
6. Masukkan ketam. Gaulkan sehingga rata. Biarkan sehingga ketam masak.
7. Jangan masak terlalu lama.
1. Panaskan kuali. Masukkan mentega dan minyak.
2. Setelah panas, tumiskan bawang putih n bawang besar.
3. Setelah bawang layu, masukkan daun kari dan lada kering.
4. Bila bahan-bahan tumisan sudah naik bau, masukkan susu.
5. Kemudian masukkan air bancuhan tepung jagung. Masukkan garam dan gula.
6. Masukkan ketam. Gaulkan sehingga rata. Biarkan sehingga ketam masak.
7. Jangan masak terlalu lama.
Assalamualaikum semua pembaca. Apa khabar semua? Semoga tahun 2017 ni kita semua bertambah sukses. Kali ini mamadee tak nak cerita panjang-panjang. Just nak berkongsi resepi sotong telur masin yang sangat kebaboom lazat dan sedap ni. Mamadee rasa, jika masakan ini dinikmati di restoren agak mahal harganya. Jadi untuk lebih ekonomi anda boleh menyediakannya sendiri di rumah. Senang sahaja untuk menyediakannya. Resepi ini mamadee ambil dari blog Fiza.
Bahan A
500gm Sotong
1 cawan tepung jagung
1 sudu teh serbuk lada hitam
Bahan B
3 sudu makan mentega
2 pelepah daun kari
7 tangkai cili padi - dicincang
secubit gula
1 kiub ayam
2 biji telur masin yang telah di rebus- ambil yang kuning sahaja & hancurkan
Cara memasak:
1. Bersihkan sotong dan potong bulat.
2. Campur lada hitam dengan tepung jagung dan golek sotong ke dalam tepung tersebut.
3. Goreng sotong tersebut dengan minyak panas, sebentar sahaja. Jika terlalu masak tekstur sotong tersebut akan keras.
4. Cairkan mentega dengan api kecil, lalu masukkan kuning telur masin yang telah di hancurkan sambil terus di kacau.
5. Jika telur masin mula berbuih, masukkan daun kari, kiub ayam, gula dan cili padi.
6. Kecilkan api dan campur sotong goreng ke dalam adunan kuning telur. Apabila telah sebati, bolehlah matikan api dan hidangkan.
Assalamualaikum semua. Kali ini Mamadee ingin berkongis cara menyediakan bubur nasi ayam ala McDonalds. Alkisahnya, anak Mamadee dah beberapa hari tidak sihat, selsema, batuk-batuk serta demam. Hari ke-dua demam, Mamadee dah bawa berjumpa dengan doktor di UQ health centre. Risau juga bila demam tak kebah. Menurut doktor mamadee tak perlu risau jika suhu badan anak tinggi tetapi dia masih aktif seperti biasa. Menurut beliau suhu tinggi itu adalah untuk membunuh kuman. Mamadee hanya perlu make sure anak minum banyak air, dan rehat secukupnya. Ubat paracetamol pun doktor cakap tak payah bagi, kecuali jika keadaan anak nampak lemah tak bermaya. Tetapi mamadee bagi juga ubat bila suhu mencecah hampir 40 degree.huhu. Maklumlah hati ibu, mudah risau. :(
Jadi bila di google kaedah complimentary untuk mengurangkan / mempercepatkan proses penyembuhan selsema dan batuk, mamadee terbaca yang bubur ayam dapat membantu. Mamadee juga memasukkan bawang putih dan halia kedalam bubur, kerana jika mengikut petua orang tua, bawang putih juga dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan.
Mamadee menyediakan bubur ini dengan menggunakan pressure cooker Tefal yang ada multi function. Rasanya jika nak guna periuk Noxxa pun boleh. Memang senang dan cepat. Mamadee ada terbaca dekat blog Kak jee, jika tiada pressure cooker, cara yang cepat untuk menyediakan bubur, beras tersebut perlu direndam 4-5 jam sebelum dimasak, jadi masa memasak bubur dapat disingkatkan.
Jom lihat resepi bubur ayam Mamadee
Bahan-bahan
1 keping dada ayam
3 hiris halia
4 ulas bawang putih
1 cawan beras
7 cawan air
1/4 sudu teh minyak bijan (ini lah secret ingredient yg menjadikan bubur ayam ni rasa seperti bubur McD)
Serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Bahan aksesori
Daun bawang
bawang goreng
hirisan cili
Cara-cara
1. Tumbuk bawang putih dan halia sehingga lumat.
2. Lumurkan bawang putih dan halia pada dada ayam
3. Masukkan dada ayam dan air kedalam pressure cooker. Masukkan garam. Mamadee pilih high pressure, masa 7 minit.
4. Bila sudah siap, keluarkan dada ayam. Kemudian masukkan beras kedalam pressure cooker. Masukkan serbuk lada sulah dan juga minyak bijan. Sila rasa sup ayam tersebut, jika kurang garam, masukkan garam secukup rasa. Tutup periuk, kemudian pilih menu high pressure, masa 15 minit,
5. Sementara menunggu bubur masak, carik-carikkan ayam, dan potong daun bawang kecil-kecil.
6. Bila bubur telah masak, jika bubur terlalu pekat, masukkan sedikit air. Untuk hidang, sendukkan bubur kedalam mangkuk, taburkan ayam yg dicarik halus, bawang goreng, hirisan cili dan juga daun bawang.
Assalamualaikum semua. Siapa minat makan ketam? Tempoh hari saya first time cuba makan ketam telur masin di restoran. Boleh tahan sedap jg. Tapi bila tengok harga..telan air liur juga nak membayarnya.
So hari ini, saya masak sendiri ketam telur masin. Jimat dan puas hati. Jom lihat resepinya.
Resepi dari blog dapur kecah
Bahan-bahan:
2 ekor Ketam
4 sudu besar Mentega
3 biji Bawang Putih dicincang
6 btg cili padi dipotong (terpulang kalau nak pedas boleh tambah, tak nak pedas kurangkan)
Daun kari lebih kurang setangkai
3 biji telur masin direbus (ambil kuningnya sahaja....plus 1 biji diambil putihnya- hancurkan)
1/2 tin Susu Cair
Sedikit garam jika perlu
Sedikit gula jika perlu
Utk goreng ketam
Dua sudu besar tepung jagung
½ sudu kecil lada sulah
Sedikit garam
Caranya
1. Bersihkan ketam dan potong dua. Ketuk-ketuk la sikit bahagian sepit yg keras tu bagi retak. So bila nak mkn nanti senang sikit. Kemudian kukus ketam hingga 3/4 masak. Bila dah masak, celup isi ketam ke dalam air ais dalam 20 saat. Tujuannya untuk elakkan ketam tu overcooked dan isinya kekal pejal.
2. Lumurkan ketam dengan tepung jagung, lada sulah dan garam. Kemudian goreng seketika. Angkat, toskan dan ketepikan.
3. Cairkan mentega dalam kuali yang panas, kemudian masukkan bawang putih, cili padi, daun kari, dan telur masin. Kacau-kacau sehingga berbuih. Setelah berbuih masukkan susu cair. Kacau dan kacau lagi biar semuanya sebati. Tunggu sehingga kuah memekat. Bila dah pekat bolehlah rasa dan tambah apa yang perlu. Gula dan garam biar secukup rasa.
4. Bila kuah dah secukup rasa, masukkan ketam yg telah digoreng tadi. Balik-balikkan biar hingga kuahnya mesra, bersalut dan sebati dengan ketam. Boleh tutup api dan siap untuk dihidang!
Assalamualaikum semua. Lamanya tak update blog. Minggu lepas Mama Dee berpeluang ke Osaka Jepun selama seminggu. Tak sempat lagi nak tulis tentang percutian ke Osaka..huhu. Bila ada masa terluang nanti Mama Dee akan tuliskan tip-tip dan tempat menarik yang boleh dilawati di sekitar Osaka, Kyoto dan Nara. Tapi kali ini Mama Dee nak berkongsi dengan pembaca semua tentang travel cooker yang sangat berguna bila anda mahu bercuti ke tempat yang susah untuk cari makanan halal. Disamping itu anda boleh jimatkan duit dari makan di luar ketika bercuti. Nak2 pula bila ke negara yang mempunyai nilai matawang yang sangat tinggi daripada ringgit.
Tadaaa...Saya beli travel cooker ini di Lazada.com . Anda boleh search "travel cooker" di Lazada.com. Banyak lagi gadget2 memasak yang menarik ada di Lazada. Service Lazada juga memang terbaik. Saya plan nak beli travel cooker ni pun last minute sebelum berlepas ke Osaka. Nasib baik penghantaran dari pihak Lazada sangat cepat. Sehari selepas membuat pembelian, barang dah sampai ke rumah.
Saya gunakan travel cooker ini untuk masak nasi,masak spaghetti, masak sup, masak bubur nasi sepanjang percutian kami ini. Masak nasi seperti masak atas dapur gas. Bila air dah kering barulah tutup penutup periuk.
Ini lah stok makanan dlm tin yang saya bawa actually ni dah tinggal separuh stok. Saya juga bawa sedikit beras, spaghetti dan juga kiub ayam. Memang sangat senang. Tambahan pula anak saya kadang-kadang seleranya sukar dijangka. Sekejap nak makan nasi, sekejap nak makan spaghetti. huhu..
Ini bubur nasi yang saya masak menggunakan travel cooker. Senang sahaja, masukkan beras yang telah dicuci. Masukkan air lebih banyak dari memasak nasi biasa. Kemudian masukkan satu kiub ayam dalam travel cooker. Masak sehingga nasi masak. Bubur nasi ini saya makan bersama ayam kicap dalam tin.hehe.
Yg ni, resepi spontan. Memang sedap seakan-akan masakan Jepun. Spaghetti sup salmon. Masukkan spaghetti dalam periuk bersama air. Masukkan kiub ayam. Setelah spaghetti masak, masukkan ikan salmon dan juga sotong kering. Salmon dan sotong kering memang senang untuk ditemui di Jepun. Tak sangka masakan spaghetti sup salmon ini memang sgt sedap..haha.
Manakala ini pula sambal salmon yg dimasak ekspress menggunakan travel cooker ini. Sebenarnya saya beli sambal udang dalam tin. Tapi bila buka seekor udang pun tak ada. Jadi saya masukkan hirisan ikan salmon dlm sambal dan masak dgn gunakan travel cooker. Hehe.
Kesimpulannya, travel cooker ini memang sangat berguna. Saya senaraikan kelebihan dan kekurangan travel cooker ini.
Travel cooker 1.8 liter (dah sangat cukup besar untuk kami anak beranak)
harga : RM89.00
Kelebihan
-Ringan
-Senang digunakan
- Sangat berguna untuk masak pelbagai jenis makanan
- Harga berpatutan
Kekurangan
- Berhati-hati semasa membasuhnya, kerana periuk dan base di attach sekali.
Masak apa hari ini? Pastinya ibu-ibu yang bekerja sangat menggemari hidangan ringkas dan lazat untuk disajikan kepada keluarga. Saya tidak terkecuali.
Kali ini saya ingin berkongsi resepi ketam 3 rasa yang ringkas dan senang serta sedap.
Bahan-bahan
2 ekor ketam
3 sudu besar sos cili*
1 sudu besar sos plum*
2 cawan air*
2 sudu teh lada sulah*
2 sudu teh gula*
sedikit garam*
3 ulas bawang putih.
Cara-cara.
1. Tumis bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan semua bahan bertanda *. Masak sehingga naik bau
3. Masukkan ketam. Biarkan mendidih sehingga ketam masak.
Masak apa hari ini?. Hujung minggu lepas, saya sempat menyediakan lemon chicken untuk makan tengah hari. Tak sangka anak saya sangat menggemarinya. haha. Biasanya saya hanya order sahaja bila bertandang ke restoran Chinese food.
Ini resepi lemon chicken versi Mama Dee. hehe. Saya main agak sahaja apa bahan-bahan yang perlu dimasukkan based on rasa lemon chicken yang pernah dinikmati di restoran. Kalau ada terkurang minta halal ye. :)
Bahan-bahan ayam
2 keping dada ayam
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu teh serbuk lada sulah
2 sudu teh serbuk bawang putih
secubit garam.
1 biji telur.
Cara-cara masak ayam
1. Potong kecil-kecil isi ayam tadi
2. Campurkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk lada sulah, serbuk bawang putih dan garam dalam mangkuk.
3. Pecahkan telur dalam mangkuk yang lain dan kacau dengan garfu.
4. Celupkan ayam dalam telur kemudian salutkan dengan adunan tepung tadi.
5. Goreng dalam minyak panas sehingga masak.
Bahan-bahan sos
1 sudu besar sos plum
1 sudu besar jus lemon
1 kiub ayam
2 cawan air
2 sudu besar air bancuhan tepung jagung.
Cara-cara menyediakan sos.
1. Campur semua bahan kecuali tepung jagung dalam periuk
2. Masak sehingga mendidih
3. Kemudian masukkan air bancuhan tepung jagung.
4. Masak sehigga sos menjadi pekat.
5. Kemudian curahkan sos ke atas ayam yang telah siap digoreng tadi. Sedia untuk dimakan
Masak apa hari ini semua? Sempena cuti sekolah ini, pasti ibu-ibu sibuk menyediakan juadah untuk seisi keluarga. Sebagai seorang ibu pastinya kita sentiasa ingin memberikan yang terbaik kepada keluarga. Yang terbaik bukan sahaja masakan yang lazat tetapi juga berkhasiat.
Kali ini saya menyediakan ikan siakap stim chinese style. Simple sahaja masakan ini. Hanya campurkan semua bahan dan kukus ikan tersebut. Tetapi apa yang saya sangat suka dengan resepi ini adalah ianya menyihatkan dan berkhasiat. Sos ikan stim ini mempunyai rasa masam-masam manis kerana menggunakan sos plum. Rasanya seakan-akan asam boi. Memang sedap dan kena dengan selera saya.
Halia dan bawang putih merupakan bahan utama yang diperap bersama ikan. Seperti yang kita semua tahu, halia mempunyai pelbagai khasiat.
Zanjabil adalah bermaksud halia. Rupanya air halia ini merupakan minuman syurga. Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale dari keluarga zingiberaceae kaya dengan kandungan kalium (125 miligram), fosforus (63mg) dan kalsium tenaga (52 kilokalori) selain protein, karbohidrat, gentian, vitaminC dan niasin. Halia boleh digunakan untuk membuang angin dalam badan. Selain dari itu halia juga mempunyai kesan anti kanser usus dan ovary.
Ini merupakan versi saya menyediakan hidangan ikan stim. Saya pasti banyak lagi resepi-resepi menarik yang lain ada di internet. Resepi ini juga sangat berbaloi untuk dicuba. Jom lihat resepinya.
Bahan-bahan untuk perapan
1 ekor ikan siakap saiz sederhana
4 ulas bawang putih dihiris halus
1 inchi halia dihiris halus
2 sudu teh lada sulah
sedikit garam
Bahan-bahan sayur
1 batang saderi
Broccolli
Lobak merah
Capsicum
Bahan-bahan sos
1/2 sudu besar sos plum
1 sudu besar kicap manis
1 kiub ayam
1 cawan air (jika anda mahu lebih kuah, boleh banyakkan air)
*campur semua bahan sos dan kacau sehingga sebati
Cara-cara.
1, Campurkan semua bahan perapan dan perap bersama ikan sebentar.
2. Kemudian masukkan ikan ke dalam pengukus, (Saya menggunakan pemanggang ajaib generasi 3, yang juga boleh digunakan untuk mengukus).
3. Kukus ikan dalam 8 minit.
4. Kemudian masukkan sayur-sayur tadi kedalam pengukus.
5. Curahkan bahan-bahan sos yang telah dicampur tadi ke atas ikan.
6. Sambung kukus ikan dalam 8 minit lagi.
7. Setelah siap, angkat ikan bersama kuahnya. Dan sedia untuk dihidang
Assalamualaikum semua. Hari ni terlebih rajin update blog.hehe. Dah banyak resepi yang terperap dalam folder draft. Sekarang baru ada masa nak berblog. Kononnya hari tu stress dengan proposal. hehe. Tapi saya ada baca satu buku ni, penulis tu tulis stress sebenarnya bagus untuk kita bergantung kepada cara kita menangani stress tersebut.
Jika kita stress akibat takut gagal, ia akan mendorong untuk berusaha dengan lebih gigih.
Jika kita stress akibat jahil, ia akan mendorong untuk menuntut ilmu.
Jika kita stress akibat berdosa, ia akan mendorong kita untuk beristigfar dan tak mengulang dosa.
Jika kita stress akibat sakit, ia akan mendorong kita untuk lebih menjaga kesihatan.
Kali ini saya cuba buat sendiri dimsum. Sepatutnya kulit dimsum ini berbeza daripada kulit wantan. Tapi alang-alang kat rumah ada wantan wrap, malas la pula nak pergi cari dimsum wrap kat kedai. Kalau semasa di Malaysia saya sgt suka makan dimsum bila berkunjung ke kedai makan chinese muslim. Kadan-kadang tak sedar dah berapa biji kena ngap. Tapi kat sini nak makan dimsum kena buat sendiri..huhu, tak jumpa dimsum yang halal. Saya merajinkan diri google resepi, dan resepi ini saya ambil dari blog kak jee.
Bahan-bahannya (sukatan untuk bahan-bahan ini perlu diagak sendiri ye)
- Wantan Pastry
- Isi ayam (tanpa kulit)
- Isi Udang
- Cendawan Shitake kering
- Carrot
- Daun Bawang
- Minyak bijan
- 1 biji telur
- Tepung Jagung
Cara-cara.
1. Panaskan kukusan.
2. Campurkan semua bahan dan gaul sebati.
3. Ambil wantan wrap dan letakkan inti ditengah2 kemudian balut.
Cara membalut shumai dimsum boleh dilihat disini
Assalamualaikum semua. Sedar tak sedar kita dah berada di penghujung Ramadhan. Cepat sgt masa berlalu. Alhamdulillah minggu lepas saya dah lulus confirmation of candidature or proposal defence. Rasa lega sket kepala setelah setahun bekerja keras. So lepas ni bolehlah tumpukan kepada langkah seterusnya. 3 tahun lagi utk lengkapkan perjalanan Phd ni (feeling nervous).
Dua hari sebelum saya perlu membentangkan proposal kajian, tiba-tiba anak saya demam. High temperature. Semenjak tinggal kat sini dia x pernah demam. Memang cabaran, semalaman tak tidur esoknya pula saya ada sesi practice utk pembentangan. Kepala dah rasa pening. Setibanya saya kat bilik utk practice presentation tu tup2 desktop plak tak de. Memang hairan bin ajaib. Macam mana desktop boleh hilang. Terpaksalah pergi panggil technician. Diaorag pun pelik. Then selepas di siasat, jelas la ada org curi desktop . Then polis pula datang. Nak siasat. Dok ambik keterangan kami and cap jari. Sesi practice pula terpaksa ditunda ke sebelah petang pula. Kepala dah pusing2, puasa campur pula tak cukup tidur.
Tapi alhamdulillah semasa hari actual pembentangan everything went very well. Ramai rakan-rakan sepejabat hadir sbg audience untuk memberikan sokongan. Panel pemeriksa juga sgt berpuas hati dengan proposal kajian. Rasa terharu sgt and syukur sgt2. Supervisor pun dah sengih sampai telinga hari tu. Memang ada hikmah bila terpaksa tukar supervisor pada bulan March hari tu. Semoga perjalanan selepas ini berjalan dengan lancar. Terima kasih juga kepada suami terchenta sb faham isteri dia sibuk study..hehe. Kadang-kadang lauk berbuka pun simple2 sahaja.
Hari ini saya menyediakan mee telur yang digoreng. Ini merupakan masakan cina. Mee telur ini juga boleh disajikan bersama sup. Senang sahaja untuk menyediakan sajian ini. Cepat dan ringkas dalam masa 30 minit dah boleh siap. Saya ambil resepi ini dari blog Hana. Memang sedap tak rugi untuk mencuba.
Bahan-bahan
2-3 ikat dry egg noodles
2 ekor udang galah besar - belah tgh@bleh guna daging - hana gune udang biasa
1 inci halia - hiris
2 ulas bawang putih - cincang
sayur kailan atau sawi - potong
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
setitik minyak bijan
1.5 cawan stok ayam - hana campur air+kiub ayam
1 biji telur - kocok
serbuk lada sulah
tepung jagung utk pekatkan kuah
Cara-cara
- Rebus mee hingga lembut kemudian basuh dgn air sejuk dan toskan. keringkan sekejap. Panaskan minyak. Goreng hingga garing keemasan. Angkat dan toskan.
- Kuali lain, panaskan sedikit minyak.. masukkan bawang putih dan halia. tumis hingga naik bau. Masukkan sos tiram, kicap, minyak bijan, lada sulah dan stok ayam. Masukkan pula udang dan sayur kailan@sawi. Biarkan sebentar hingga masak.
- Kecilkan api, bancuh tepung jagung dan juga sedikit air. Kacau. Kemudian masukkan telur. Siramkan kuah ke atas mee dan sayur serta udang tadi. Hidangkan dengan chili/lada jeruk.

Assalamualaikum. Saya ada sediakan wantan semalam dan di frozen kan dlm fridge, resepi boleh dilihat di link ini. Jadi hari ini untuk memasak mee wantan soup. Senang sahaja hanya masukkan wantan yang sudah siap dalam air rebusan ayam. Sebenarnya dah tak ada idea nak masak apa untuk berbuka, jadi hari ini menu ringkas sahaja. Anak saya memang kegemaran dia makan soup dan apa juga jenis mee/ pasta. Jadi bila masak mee wantan soup ni, berkali-kali dia tambah, sampai mangkuk yang ketiga, saya stop tak bagi dia tambah dah..haha.
Jom tengok resepi.
Bahan-bahan wantan
Wantan wrap
200 g ayam kisar (saya gunakan bahagian dada ayam dan kisar dengan blender)
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar sos tiram
2 sudu teh lada sulah
carrot diparut halus
daun bawang dihiris
garam secukup rasa.
Cara-caranya.
1. Campurkan kesemua bahan sehingga mesra
2. Letakkan 1 sudu teh inti ditengah2 kulit wantan. Bungkus seperti bunjut.
3. Untuk melekatkannya, gunakan air.
4. Kemudia goreng dalam minyak yang banyak sehingga berwarna kekuningan.
5. Asingkan dalam 5-8 biji wantan yang tidak digoreng untuk diletak dalam sup.
Bahan-bahan sup.
Stok ayam
Wantan yang sudah siap tadi yg belum digoreng
3 ulas bawang putih
1 sudu teh lada sulah
Cara membuat sup.
1. Tumis bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan stok ayam (air rebusan ayam).
3. Masukkan wantan. Rebus wantan sehingga masak.
4. Masukkan lada sulah dan garam.
5. Boleh juga masukkan sayur seperi bak choy.
Cara sajian.
1. Masukkan mee ke dalam mangkuk. Saya guna yee mee yang sudah dicelur.
2. Masukkan kuah sup dan wantan yg direbus.
3. Tabur daun bawang dan letakkan wantan goreng sekali didalam mangkuk.
4. Sedia untuk dimakan.
Wantan wrap
200 g ayam kisar (saya gunakan bahagian dada ayam dan kisar dengan blender)
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar sos tiram
2 sudu teh lada sulah
carrot diparut halus
daun bawang dihiris
garam secukup rasa.
Cara-caranya.
1. Campurkan kesemua bahan sehingga mesra
2. Letakkan 1 sudu teh inti ditengah2 kulit wantan. Bungkus seperti bunjut.
3. Untuk melekatkannya, gunakan air.
4. Kemudia goreng dalam minyak yang banyak sehingga berwarna kekuningan.
5. Asingkan dalam 5-8 biji wantan yang tidak digoreng untuk diletak dalam sup.
Bahan-bahan sup.
Stok ayam
Wantan yang sudah siap tadi yg belum digoreng
3 ulas bawang putih
1 sudu teh lada sulah
Cara membuat sup.
1. Tumis bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan stok ayam (air rebusan ayam).
3. Masukkan wantan. Rebus wantan sehingga masak.
4. Masukkan lada sulah dan garam.
5. Boleh juga masukkan sayur seperi bak choy.
Cara sajian.
1. Masukkan mee ke dalam mangkuk. Saya guna yee mee yang sudah dicelur.
2. Masukkan kuah sup dan wantan yg direbus.
3. Tabur daun bawang dan letakkan wantan goreng sekali didalam mangkuk.
4. Sedia untuk dimakan.
Rakyat Malaysia diuji lagi dengan tragedi MH17. Ketika mendapat tahu tentang tragedi ini, seakan-akan tidak percaya, rasa tidak logik, tak tercapai dek akal..namun kuasa Allah s.w.t mengatasi segalanya. Tragedi ini membuatkan saya berfikir yang ajal maut boleh menjemput tak kira masa. Mati itu pasti. Perbualan saya dengan seorang rakan disini yang mengidap barah benar-benar membuatkan rasa tersentuh, beliau menyatakan penyakit barah beliau bukannya beban tetapi beliau adalah insan terpilih. Kerana Allah s.w.t. mengurniakan penyakit tersebut kepadanya dan memberi beliau peluang dan masa untuk bertaubat dan mempersiapkan diri untuk menememui ajal. Beliau sangat postif dan sangat kuat.
Kadang-kadang saya rasa saya terlalu merancang masa depan, apa yang saya ingin capai dalam kerjaya, berapa banyak aset saya nak kumpul.. tapi terlupa akan pencen kubur. Bekalan manusia sesudah mati yang tidak putus hanyalah, doa anak soleh, ilmu yang disampaikan dan sedekah jariah.
Berbalik kepada resepi kali ini, saya mengidam sebab dah lama tak makan wantan goreng. Kat sini banyak dijual wantan tetapi tak halal. Jadi kena lah merajinkan diri untuk buat sendiri. Rupanya tak susah sgt untuk membuat wantan ini. Saya gunakan wantan wrap yang ready made. Jangan gunakan kulit popia, kerana tendency akan pecah bila digoreng tinggi. Ini adalah resepi version saya, banyak lagi saya rasa resepi wantan yang sedap-sedap di blog lain.
Bahan-bahan
Wantan wrap
200 g ayam kisar (saya gunakan bahagian dada ayam dan kisar dengan blender)
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar sos tiram
2 sudu teh lada sulah
carrot diparut halus
daun bawang dihiris
garam secukup rasa.
Cara-caranya.
1. Campurkan kesemua bahan sehingga mesra
2. Letakkan 1 sudu teh inti ditengah2 kulit wantan. Bungkus seperti bunjut.
3. Untuk melekatkannya, gunakan air.
4. Kemudia goreng dalam minyak yang banyak sehingga berwarna kekuningan.
Dari dulu saya memang tak pernah pandai membuat egg floss yg ditabur di atas butter prawn. Puas sudah melihat teknik membuat egg floss di you tube, tapi masih tidak menjadi. Walaubagaimanapun, rasa butter prawn ini tidak menghampakan, sedap walaupun egg flossnye tidak cantik. Saya ambil resepi ini drp dapur kak azie. Cantik sungguh egg floss buatan kak azie. Jom lihat resepinya.
Sumber resepi azie kitchen.
Egg floss:
2 biji kuning telur
1 senduk butter/margerin
1 cawan minyak masak
Udang:
12 ekor udang
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng
3 ulas bawang putih - dicincang
6-8 tangkai cili padi - dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair/susu segar
Sedikit butter/margerin untuk menumis
Sedikit serbuk lada hitam/putih - jika suka
Garam secukup rasa
Sumber resepi azie kitchen.
Egg floss:
2 biji kuning telur
1 senduk butter/margerin
1 cawan minyak masak
- Pukul ringan kuning telur.
- Panaskan butter/margerin bersama minyak masak. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan minyak dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.
- Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya telur jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan.
- Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan besi untuk toskan minyaknya. Langkah seterusnya kita siapkan pula udangnya.
Udang:
12 ekor udang
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng
3 ulas bawang putih - dicincang
6-8 tangkai cili padi - dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair/susu segar
Sedikit butter/margerin untuk menumis
Sedikit serbuk lada hitam/putih - jika suka
Garam secukup rasa
- Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.
- Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine sudah ada garam.
- Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi. Siapp