Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.

DANISH BUTTER COOKIES

By 4:43 AM


Adakah anda meggemari danish butter cookies? Saya merupakan peminat tegar cookies tersebut, terutamanya butter cookies jenama Kjeldsen dalam tin biru classic. Hargany sedikit mahal, tetapi sangat berbaloi dibeli kerana rasanya yg sedap.
Sudah banyak resepi butter cookies yang saya cuba, tetapi masih gagal untuk mendapatkan rasa seperti Danish butter cookies ini. Sehinggalah saya mencuba resepi ini, dan menggunakan Danish Butter jenama Lurpak. (Jenama Lurpak ini halal). Rupanya kunci utama untuk mendapatkan rasa butter cokies yang sedap seperti jenama Kjeldsens adalah dengan menggunakan Danish butter.  Danish butter ini sedikit mahal daripada mentega biasa. Warna Danish butter ini sedikit pucat berbanding mentega biasa namun rasanya sangat sedap.

Mood hendak baking dah datang setelah lama hilang. ha2. Mungkin sebab meeting dengan supervisor Jumaat lepas sangat positive. Saya bentangkan chapter yang telah selesai ditulis dan plan for next chapter. Dan saya tak sangka idea mapping research saya dipuji melambung-lambung dan disifatkan sebagai brilliant oleh kedua-dua supervisor, rasa happy sangat. :).  Saya tiba-tiba mendapat idea tersebut ketika hendak tidurkan anak. Dalam gelap malam dan badan mahu berehat, ketika itu fikiran tenang dan memproses input-input dari bacaan dan pengalaman dan tiba-tiba mendapat ilham. Terus saya bangun tulis dan lakarkan atas kertas. Kerana saya yakin jika saya tunggu keesokan hari, pasti saya dah terlupa.  Ilham tu datang dengan izin Allah juga kan. Syukur kepada-Nya.

Kebetulan hari minggu ini saya tidak mempunyai apa-apa rancangan jalan-jalan. Hanya berehat dirumah setelah penat bekerja/ study. Dan anak saya juga telah mula bersekolah di kindergarten, boleh lah nanti bawa cookies ini sebagai bekal untuk morning tea.
Resepi butter cookies ini saya ambil daripada  laman web Food. com. Resepi ini mendapat 5 bintang dan 154 review yg positif.  Jom lihat resepinya.


Bahan-bahan
8 oz mentega (saya guna danish butter).
3/4 cup caster sugar
1/4 tsp garam
1 1/2 tsp vanilla extrac
1 kuning telur besar
2 cups gandum


Cara-cara
1. Pukul mentega, gula, garam dan vanila sehingga gula hancur (tips, bila membuat biskut, jangan pukul mentega sehingga kembang, nanti biskut akan mengembang dan bentuk tak cantik).
2. Masukkan kuning telur dan gaul sehingga sebati.
3. Tambahkan gandum sedikit demi sedikit sambil digaul.
4. Uli dengan tangan sehingga menjadi doh biskut.
5. Canaikan doh dan tekap dengan acuan kegemaran anda.
6. Panaskan oven 160 degree C.
7. Alaskan baking tray dengan baking paper
8. Letakkan biskut yg telah ditekap di atas tray dan bakar selama 15 minit atau masak didalam oven.
Selamat mencuba.


You Might Also Like

16 comments

  1. nampak mudah..nk try la,tq sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you sudi cuba resepi ni. Memang senang dan sedap..hehe

      Delete
  2. Menarik dan mudah..in shaa Allah boleh cuba nie :)

    ReplyDelete
  3. oooo butter lurpak ye. terima kasih ye bagi info. adunan ni boleh masuk dalam piping bag tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi elle, yg ni adunan lebih sesuai untuk dicanai. kalau untuk di piping ada satu lagi resepi yg pernah saya cuba..sedap juga . boleh tengok di link ini http://www.mamadeekitchen.com/2014/04/danish-butter-cookies-klassiske.html

      Delete
  4. oooo butter lurpak ye. terima kasih ye bagi info. adunan ni boleh masuk dalam piping bag tak?

    ReplyDelete
  5. 8oz butter tu bersamaan dgn berapa gram ya mama dee???

    ReplyDelete
    Replies
    1. lbh kurang 227 gram. Harap membantu :)

      Delete
  6. 8oz butter tu bersamaan dgn berapa gram ya mama dee???

    ReplyDelete
  7. 8oz butter tu bersamaan dgn berapa gram ya mama dee???

    ReplyDelete
  8. salaam adunan ni dpt berapa keping biskut ye?

    ReplyDelete
  9. salaam adunan ni dpt berapa keping biskut ye?

    ReplyDelete
  10. Mamadee. Butter lurpak halal ke? Saye x dapat temu logo halal kat product. Atau macam elle vire ke yang x de logo halal namun die ade certified halal? Dah lame nak baking gune butter lurpak sebab teman cakap butter ni lezat banding butter lain. Iin from indo

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya lurpak butter halal. boleh lihat disini http://www.nonhalal.com.au/archives/241

      Delete