Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.


Masak apa hari ini semua? Sempena cuti sekolah ini, pasti ibu-ibu sibuk menyediakan juadah untuk seisi keluarga. Sebagai seorang ibu pastinya kita sentiasa ingin memberikan yang terbaik kepada keluarga. Yang terbaik bukan sahaja masakan yang lazat tetapi juga berkhasiat. 

Kali ini saya menyediakan ikan siakap stim chinese style. Simple sahaja masakan ini. Hanya campurkan semua bahan dan kukus ikan tersebut. Tetapi apa yang saya sangat suka dengan resepi ini adalah ianya menyihatkan dan berkhasiat. Sos ikan stim ini mempunyai rasa masam-masam manis kerana menggunakan sos plum. Rasanya seakan-akan asam boi. Memang sedap dan kena dengan selera saya. 

Halia dan bawang putih merupakan bahan utama yang diperap bersama ikan. Seperti yang kita semua tahu, halia mempunyai pelbagai khasiat. 

Allah s.w.t berfirman, "Dan mereka dalam syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari Zanjabil." (Surah Al-Insan : 17).

Zanjabil adalah bermaksud halia. Rupanya air halia ini merupakan minuman syurga. Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale dari keluarga zingiberaceae kaya dengan kandungan kalium (125 miligram), fosforus (63mg) dan kalsium tenaga (52 kilokalori) selain protein, karbohidrat, gentian, vitaminC dan niasin. Halia boleh digunakan untuk membuang angin dalam badan. Selain dari itu halia juga mempunyai kesan anti kanser usus dan ovary.

Ini merupakan versi saya menyediakan hidangan ikan stim. Saya pasti banyak lagi resepi-resepi menarik yang lain ada di internet. Resepi ini juga sangat berbaloi untuk dicuba. Jom lihat resepinya.


Bahan-bahan untuk perapan
1 ekor ikan siakap saiz sederhana
4 ulas bawang putih dihiris halus
1 inchi halia dihiris halus
2 sudu teh lada sulah
sedikit garam


Bahan-bahan sayur
1 batang saderi
Broccolli
Lobak merah
Capsicum


Bahan-bahan sos
1/2 sudu besar sos plum
1 sudu besar kicap manis
1 kiub ayam
1 cawan air (jika anda mahu lebih kuah, boleh banyakkan air)
*campur semua bahan sos dan  kacau sehingga sebati

Cara-cara.
1, Campurkan semua bahan perapan dan perap bersama ikan sebentar.
2. Kemudian masukkan ikan ke dalam pengukus, (Saya menggunakan pemanggang ajaib generasi 3, yang juga boleh digunakan untuk mengukus).
3. Kukus ikan dalam 8 minit.
4. Kemudian masukkan sayur-sayur tadi kedalam pengukus.
5. Curahkan bahan-bahan sos yang telah dicampur tadi ke atas ikan.
6. Sambung kukus ikan dalam 8 minit lagi.
7. Setelah siap, angkat ikan bersama kuahnya. Dan sedia untuk dihidang







Apa khabar semua. Finally it's Friday. Esok hujung munggu menjelma lagi. Sekejap je rasa minggu demi minggu.

Hari ini, saya tak masak nasi disebabkan si kecil Ilham tak lalu makan nasi. Saya sediakan hidangan kegemarannya iaitu pasta dengan ayam panggang. Saya juga sajikan hidangan ini dengan salad segar.
Hidangan ini boleh la dikatakan sebagai hidangan seimbang dan sihat.




Saya ada baca dalam blog kesihatan, pemakanan yang sihat adalah makanan yang mengandungi kesemua kelas makanan yang diperlukan dalam kuantiti yang betul dan mencukupi. So, maksudnya kita kena ambil karbohidrat, protein, sayur-sayuran, buah-buahan dan juga tenusu dan lemak. Jangan skip sesetengah kumpulan makanan. Misalnya tak ambil langsung karbohidrat. Sebenarnya karbohidrat adalah sumber tenaga yang sangat penting.





Kali ini saya menggunakan pasta jenis fettuccine. Mungkin anda tertanya-tanya apa beza fettuccine dan spaghetthi? Jom lihat rajah di bawah.
Source from ww.finecooking.com



Apa yang saya baca, perbezaan antara spaghetti dan fettuccine bukan sekadar pada bentuknya sahaja. Lebih lebar pasta tersebut lebih banya telur yang menjadi bahan asasnya.  Telur adalah asas kepada rasa dan tekstur yang berbeza bagi setiap jenis pasta. Saya secara peribadi lebih menggemari fettuccine daripada spaghetthi.  Setiap jenis pasta mempunyai daya serapan berbeza, oleh kerana itulah di Italy mereka ada pasangan pasta-sos yang khusus. So which pasta, which sauce? haha. Anda boleh baca dengan lebih lanjut di finecooking.com. Cuma secara ringkasnya, pasta yang lebih tebal seperti fettuccine lebih sesuai digandingkan dengan sos yang berkrim seperti carbonara.
Hidangan ni sebenarnya tak susah mana. Sebenarnya lagi senang daripada nak masak nasi dan lauk pauk. hehe. Yang penting kena ikut turutannya. Jom lihat resepi





Bahan-bahan untuk ayam

2 keping dada ayam
3 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu teh lada sulah
1 sudu teh serbuk kunyit
sedikit garam
2 sudu teh serbuk bawang putih (kalau tak ada serbuk, boleh cincang halus bawang putih)
1 sudu teh cuka epal (boleh juga gunakan cuka masak biasa)

Cara-cara untuk ayam.
1. Perap semua bahan pada ayam. Perap sekejap pun ok. dalam 20 minit. (Sementara perap ayam boleh rebus fettuccine dahulu)
2. Bakar ayam atas kuali non-stick/ oven (saya guna pemanggan ajaib)
3. Bakar sehingga masak.


Bahan-bahan pasta.
100 g pasta fettuccine (boleh juga guna spaghetti biasa)
3 ulas bawang putih dicincang
2 sudu besar minyak zaitun.
Garam

Cara-cara masak pasta
1. Rebus fettuccine dalam periuk. Masukkan air dan juga sedikit minyak zaitun.
2. Setelah fettuccine masak, toskan.
3. Dalam kuali lain, masukkan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih. Masukkan sedikit garam
4. Kemudian masukkan fettuccine kedalam kuali tadi. Gaul sehingga sebati


Bahan-bahan sos lada hitam
1 kiub ayam
3 sudu besar sos lada hitam
1/2 cawan air
1/2 labu bawang besar Holland
1 sudu besar bancuhan tepung jagung

Cara-cara membuat sos
1. Tumis bawang besar sehingga kekuningan.
2.Kemudian masukkan air, kiub ayam dan juga sos lada hitam dalam periuk
3. Setelah menggelegak, masukkan air bancuhan tepung jagung untuk memekatkan sos.


Bahan-bahan salad.
Daun salad segar
Carrot yang diparut panjang
Buah tomato ceri
Lada capsicum
Air lemon.


Cara-cara.
1. Gaulkan semua bahan dengan air lemon sehingga rata.

* Untuk salad- anda boleh masukkan apa sahaja jenis sayur yang digemari

Cara penyediaan.
1. Letakkan salad 1/2 pinggan, letakkan pasta dan ayam bakar.
2. Kemudian curahkan sos lada hitam di atas ayam tadi.
3. Sedia untuk dimakan.

Assalamualaikum semua pembaca. Semoga semua berada dalam keadaan baik-baik belaka. Alhamdulillah, proses mengutip data bagi kajian saya berjalan baik. Ada juga cabaran yang menguji. Tapi, itulah asam garam dalam menjalankan kajian, yang mematangkan fikiran dan emosi. Bergantung kepada diri kita, cara menangani sesuatu keadaan yang tidak dijangka. Bak kata pepatah " Don't curse the darkness, light the candle".  Banyakkan berdoa kepada Allah s.w.t., kerana apa yang berlaku semuanya dengan izin-Nya.

Untuk makan malam hari ini saya menyediakan Vietnamese spring rolls. Saya mempelajari resepi ini daripada kawan seuniversiti di Brisbane. Beliau merupakan seorang rakyat Vietnam yang sudah lama bermastautin di Australia. Sangat lemah lembut dan peramah orangnya. Resepi ini ringkas, sedap dan sesuai untuk dimakan sebagai snek hidangan petang dan juga sesuai untuk makan malam jika anda tidak mahu mengambil nasi. 


Resepi ini boleh dipelbagaikan isinya. Sama seperti popia melayu, yang boleh dimasukkan pelbagai jenis inti. Tapi 'popia' Vietnam ini kaya dengan sayur-sayuran, menyihatkan kerana tidak perlu digoreng.

Bahan-bahan popia.
Rice paper wrapper (boleh dibeli dipasaraya)
Daun pudina
Udang yang direbus dan dibuang kulit
Lobak merah yang dipotong memanjang
Bihun yang telah dicelur
Timun batang yang dipotong halus memanjang

Bahan-bahan sos
4 sudu besar cuka
4 sudu besar sos ikan
1 cawan air
1 sudu besar gula
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
Cili padi dipotong kecil-kecil
Kacang tanah tumbuk

Cara-cara membuat popia
1. Mulakan dengan melembutkan rice paper wrapper. Celupkan rice paper tersebut dalam semangkuk air suam. Buat perlahan-lahan, kerana rice paper ini senang koyak. 
2. Kemudian, letakkan rice paper yang telah lembut tadi, di atas pinggan. Susun daun 3 helai daun pudina di atas rice paper tadi. Kemudian susun udang (saya letak 3 ekor udang untuk setiap spring roll).
3. Letakkan bihun, lobak merah dan timun di atas udang tadi. 
4. Dengan berhati-hati, lipat rice paper seperti melipat popia.
5. Lipat bahagian tepi dahulu, dan gulung rice paper sehingga selesai.
6. Siap sedia untuk dihidang. Sajikan spring rolls ini bersama sosnya.


Cara-cara membuat sos
1. Masukkan semua bahan dalam periuk.
2. Masak sekejap sehingga gula larut.





Apa khabar semua pembaca? Harap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Semenjak dua menjak ni, badan terasa berat, malas, senang mengantuk, otak tepu..... Saya perasan ini berlaku semenjak saya pulang ke Malaysia. Mungkin kerana kurang bersenam dan pemakanan yang tidak sihat..huhu. Apa taknya, dua minggu pertama balik ke Malaysia saya mengketedarah semua makanan yang saya mengidam selama setahun lebih ketika berada di Brisbane.



Makan..makan..makan..celik mata je makan. Semalam, saya membeli penimbang berat. Takut nak timbang sebab memang pasti sangat berat dah naik. Bila saya naik atas penimbang tu.. OH NO!!!..baru 3 minggu balik ke Malaysia dah 2kg naik.. bila saya bertambah berat badan ni, badan rasa tak fit / cergas, termengah-mengah naik tangga.
Seksi tak penimbang berat ni..haha


Tak boleh jadi ni, start hari ni kena start bersenam balik. Tapi kasut sukan tak bawa balik pulak, baju renang pun tak bawa balik..huhu. Saya kedekut nak beli yang baru... At last saya beli benda alah ni... Tali skipping..hahaha. Murah je RM5 satu. Untuk hari pertama saya start lompat tali dua sesi, sekali sebelah pagi sebelum breakfast & sekali lagi sebelah malam. Untuk permulaan hanya larat buat 200kali lompat untuk setiap sesi.


Dari sudut pemakanan pun, saya start balik amalan saya semasa di Brisbane dahulu. Setiap pagi saya amalkan green smootie. Bagus untuk detox dan penghadaman. Cuma kali ini, untuk menyediakan smoothie ini lebih senang kerana saya menggunakan Shake & Take ini. Senang sangat, lepas blend, botol minuman tu terus boleh bawa untuk pergi kerja. Tak renyah kan. Anda tak perlu la nak basuh blender dan lepas tu transfer ke dalam botol.



Untuk menyediakan green smootie ni anda boleh pelbagaikan. Banyak resepi yang anda boleh dapat di internet.


 Untuk resepi green smoothie yang saya sediakan ini boleh lihat dibawah.


Bahan-bahan
1 biji epal hijau
1 batang saderi
1 cawan bayam
1 sudu besar madu
1 biji pisang
2 cawan air masak

Cara-cara
1. Blend semua bahan menggunakan shake and take sehingga hancur.
2. Sedia untuk dinikmati.

Saya beli shake and take blender ni dari facebook home and kitchen.
Phone: 0199674656