Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.

WANTAN/ WONTON GORENG

By 6:36 AM , ,


Rakyat Malaysia diuji lagi dengan tragedi MH17. Ketika mendapat tahu tentang tragedi ini, seakan-akan tidak percaya, rasa tidak logik, tak tercapai dek akal..namun kuasa Allah s.w.t mengatasi segalanya. Tragedi ini membuatkan saya berfikir yang ajal maut boleh menjemput tak kira masa. Mati itu pasti. Perbualan saya dengan seorang rakan disini yang mengidap barah benar-benar membuatkan rasa tersentuh, beliau menyatakan penyakit barah beliau bukannya beban tetapi beliau adalah insan terpilih. Kerana Allah s.w.t. mengurniakan penyakit tersebut kepadanya dan memberi beliau peluang dan masa untuk bertaubat dan mempersiapkan diri untuk menememui ajal. Beliau sangat postif dan sangat kuat. 

Kadang-kadang saya rasa saya terlalu merancang masa depan,  apa yang saya ingin capai dalam kerjaya, berapa banyak aset saya nak kumpul.. tapi terlupa akan pencen kubur. Bekalan manusia sesudah mati yang tidak putus hanyalah, doa anak soleh, ilmu yang disampaikan dan sedekah jariah. 


Berbalik kepada resepi kali ini, saya mengidam sebab dah lama tak makan wantan goreng. Kat sini banyak dijual wantan tetapi tak halal. Jadi kena lah merajinkan diri untuk buat sendiri. Rupanya tak susah sgt untuk membuat wantan ini. Saya gunakan wantan wrap yang ready made. Jangan gunakan kulit popia, kerana tendency akan pecah bila digoreng tinggi. Ini adalah resepi version saya, banyak lagi saya rasa resepi wantan yang sedap-sedap di blog lain.

Bahan-bahan

Wantan wrap
200 g ayam kisar (saya gunakan bahagian dada ayam dan kisar dengan blender)
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar sos tiram
2 sudu teh lada sulah
carrot diparut halus
daun bawang dihiris
garam secukup rasa.


Cara-caranya.
1. Campurkan kesemua bahan sehingga mesra
2. Letakkan 1 sudu teh inti ditengah2 kulit wantan. Bungkus seperti bunjut.
3. Untuk melekatkannya, gunakan air.
4. Kemudia goreng dalam minyak yang banyak sehingga berwarna kekuningan.



You Might Also Like

0 comments