Bahan-bahan
1 keping dada ayam potong kecil-kecil
3 hiris halia
4 ulas bawang putih
1 cawan beras
7 cawan air
1/4 sudu teh minyak bijan
Serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Bahan aksesori
Daun bawang
bawang goreng
hirisan cili
Cara-cara
1. Ketuk bawang putih dan halia
2. Bersihkan beras. Masukkan beras, bawang putih, halia, ayam, serbuk lada sulah, minyak bijan dan air kedalam pressure cooker. Masukkan garam. Mamadee pilih high pressure, masa 10 minit.
4. Bila sudah siap, sila rasa. Jika masih kurang garam, boleh tambahkan lagi garam.
5.Bila bubur telah masak, jika bubur terlalu pekat, masukkan sedikit air. Untuk hidang, sendukkan bubur kedalam mangkuk, taburkan bawang goreng, hirisan cili dan juga daun bawang.
* boleh juga disajikan dgn ikan bilis goreng/ ikan kering/ daging goreng
1/2 ekor ayam
4 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
3 hiris lengkuas*
1 Bunga lawang
1 batang kayu manis
2 sudu besar rempah kari ayam
2 sudu besar rempah gulai darat
Air asam jawa
1 1/2 cawan santan pekat
2 cawan air
3 sudu besar minyak
Garam
Gula
Cara-cara
1. Kisar bahan-bahan bertanda *
2. Panaskan minyak. Masukkan bunga lawang dan kayu manis. Kemudian tumis bahan kisar sehingga naik bau.
3. Bancuhkan rempah-rempah. Kemudian masukkan kedalam periuk. Tumis sehingga garing.
4. Masukkan ayam. Gaul sehingga ayam sebati dgn rempah. Biarkan air ayam keluar, dan rempah meresap dalam ayam.
5. Setelah ayam hampir masak. Masukkan air. Kemudian masukkan santan, air asam jawa dan garam dan gula secukup rasa.
6. Biarkan mendidih sehingga ayam masak.
Assalamualaikum semua, Salam Ramadan untuk semua. Dah masuk hari ketiga kami di Brisbane berpuasa. Tahun ini, kami berpuasa lewat sehari dari Malaysia. Apa juadah bebuka petang ini? Di Malaysia pasti meriah dengan pelbagai kuih muih serta lauk pauk di pasar Ramadan. Berbelanjalah dengan berhemah. Dikala perut lapar, memang semua makanan kelihatan sangat enak.
Tahun ini, mamadee berpuasa pada musim sejuk lagi. Pada pukul 5 petang akan masuk waktu berbuka. Memang tak dinafikan, rutin mamadee pada bulan Ramadan ini sedikit berubah. Kiranya selepas sahur, mamadee akan terus masak nasi dan lauk pauk untuk berbuka. Jadi apabila mamadee pulang dari universiti pada waktu petang, tidaklah terburu-buru untuk memasak, dan mamadee juga dapat menyelesaikan kerja di universiti terlebih dahulu. Dan biasanya untuk sahur, suami tidak cerewet, jadi mamadee topup sahaja lauk-lauk sampingan seperti telur dadar untuk bersahur.
Berbalik kepada resepi kali ini, pasti anda semua familiar dengan nasi ayam. Ada bermacam-macam resepi nasi ayam di internet, tetapi ini adalah cara mamadee menyediakan nasi ayam yang cepat, senang dan sedap
Bahan-bahan perapan ayam
5 ketul peha ayam (mamadee gunakan bahagian peha ayam, nak guna bahagian mana-manapun boleh)
1/2 inchi halia (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
Garam secukup rasa
1 sudu teh cuka
2 sudu besar kicap manis
Bahan-bahan sup
Air rebusan ayam
1 bunga lawang,
1 kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1/2 labu bawang besar Holland (dihiris nipis)
Daun sup
Bahan-bahan nasi
Air rebusan ayam (sukatan bergantung kepada jenis beras)
2 cawan beras
1/2 labu bawang besar Holland (dihiris nipis)
1/2 inchi halia
1 sudu besar minyak
1 sudu besar butter atau majerin
1 bunga lawang
1 kulit kayu manis
Cara-cara membuatnya.
1. Bersihkan ayam. Kemudian lumurkan halia, bawang putih, garam dan cuka pada ayam. Perap dalam 5 minit. Masukkan ayam tadi kedalam periuk. Masukkan air biar ayam tenggelam. Rebus ayam sehingga masak.
2. Kemudian keluarkan ayam dari dalam periuk. Letakkan ayam didalam mangkuk, campurkan kicap manis. Lumurkan kicap manis pada ayam. Perapkan sebentar.
3. Sementara menunggu ayam diperap, basuh beras berih-bersih. Kemudian panaskan periuk nasi. Masukkan minyak dan majerin. Kemudian masukkan bunga lawang dan kulit kayu manis. Setelah naik bau, masukkan bawang besar. Tumis sehingga bawang layu.
4. Kemudian masukkan beras kedalam periuk. Gaul-gaulkan beras dengan minyak. Selepas seminit, masukkan air rebusan ayam tadi kedalam periuk nasi. Sukatan air bergantung kepada jenis beras. Masukkan halia dan sedikit garam. Masak nasi seperti biasa.
5. Kemudian kita sediakan sup. Tumis bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bawang didalam periuk. Setelah naik bau,masukkan air rebusan ayam tadi. Masukkan garam secukup rasa. Setelah sup siap, taburkan daun sup.
6. Seterusnya, kita sediakan ayam. Ayam yang telah siap diperap tadi digoreng. Jangan goreng terlalu lama kerana ia cepat hitam dan akan keras.
Bahan-bahan aksesori
Bahan sos
1 biji tomato
5 biji cili
3 sudu besar cuka
1 sudu besar gula
garam secukup rasa
3 sudu besar air
Cara menyediakan sos.
1.Campur semua bahan dalam blender. Kisar sehingga hancur.
2. Kemudian masukkan kedalam periuk. Masak sebentar dengan api kecil. Kemudian pindahkan kedalam mangkuk
Bahan-bahan kicap
4 sudu besar kicap manis
3 sudu besar air rebusan ayam (atau nk guna sup ayam pun boleh)
Cara-cara menyediakan kicap
1. Campur semua bahan dan gaul sebati.
Bahan-bahan ulam
hirisan tomato
daun salad
hirisan timun batang
taugeh (dicelur sebentar, kemudian masukkan kedalam pinggan, curahkan kicap dan sup ayam keatasnya, dan taburkan daun bawang)
Mamadee berkesempatan untuk mencuba Taiwanese popcorn chicken halal dekat newmarket, sunnybank. Sedap, rasanya seakan-akan ayam uncle bob yang glamour di Malaysia. Oleh kerana anak mamadee suka sangat dengan popcorn chicken ni, jadi mamadee try google resepi di internet. Terjumpa resepi di blog Eat the love, cara menyediakannya. Menurut blog tersebut, dia tidak recommend menggunakan tepung jagung untuk menyalut ayam ini, kerana tekstur yang terhasil akan berbeza. Mamade tak jumpa sweet potato starch, jadi mamadee menggantikannya dnegan potato starch. Tekstur ayam yang digorneg memang sangat rangup. Sangat enak bila dimakan panas-panas.
Recipe Source : Eatthelove.com
(English version)
Ingredients
Chicken
1 1/2 lbs boneless skinless chicken thighs
Ingredients
Chicken
1 1/2 lbs boneless skinless chicken thighs
Marinade
1 medium head of garlic
1/2-inch ginger
3 green onions, white and 1-inch of the green part, minced
2 tablespoon soy sauce
1 tablespoon mirin (mamadee omitted the mirin)
1 teaspoon sweet potato starch (Mamadee use potato starch)
1/2 teaspoon 5-spice (can be found in Asian grocery)
1/2 teaspoon ground white pepper
1/4 teaspoon cayenne pepper
1 medium head of garlic
1/2-inch ginger
3 green onions, white and 1-inch of the green part, minced
2 tablespoon soy sauce
1 tablespoon mirin (mamadee omitted the mirin)
1 teaspoon sweet potato starch (Mamadee use potato starch)
1/2 teaspoon 5-spice (can be found in Asian grocery)
1/2 teaspoon ground white pepper
1/4 teaspoon cayenne pepper
Coating
1 eggs
1/2 cup cold water
2-3 cups sweet potato starch (Mamadee use potato starch)
1 eggs
1/2 cup cold water
2-3 cups sweet potato starch (Mamadee use potato starch)
To fry
3-4 cups peanut, rice bran or avocado oil
3-4 cups peanut, rice bran or avocado oil
To serve
Leaves from 1 bunch of fresh Thai basil
salt and white pepper to taste (Mamadee use piri-piri salt seasoning)
Leaves from 1 bunch of fresh Thai basil
salt and white pepper to taste (Mamadee use piri-piri salt seasoning)
Directions
1. Cut the chicken into 1-inch chunks and place in large bowl. Make the marinade by mincing or forcing the garlic through a press into a small bowl. Add the minced green onions, soy sauce, Mirin, 5-spice, white pepper, sweet potato starch and cayenne pepper, stir to form a paste and then scrape into the bowl with the chicken. Mix to coat all the chicken and cover with plastic wrap. Refrigerate for at least 30 minutes or overnight.
1. Cut the chicken into 1-inch chunks and place in large bowl. Make the marinade by mincing or forcing the garlic through a press into a small bowl. Add the minced green onions, soy sauce, Mirin, 5-spice, white pepper, sweet potato starch and cayenne pepper, stir to form a paste and then scrape into the bowl with the chicken. Mix to coat all the chicken and cover with plastic wrap. Refrigerate for at least 30 minutes or overnight.
2. Once the chicken is done marinating, place the eggs in medium sized bowl with the 1/2 cup of water. Beat together with a fork. Place the sweet potato starch in another medium sized bowl. Heat the frying oil in a sauté pan or wok until it reaches 350˚F. Using chopsticks or tongs, dip the chicken first in the watery egg mixture then in the starch and fry the chicken pieces without crowding them too much for 3-4 minutes or until golden brown. Try not to overcrowd the pan, I usually fry about 6-8 pieces at a time in the wok and 8 – 10 pieces in my 10” sauté pan.
3. Once fried, place the chicken on a wire rack or a plate lined with paper towels to drain. Immediately toss with generous amounts of salt and white pepper to taste. Once you’ve fried all the chicken, fry the Thai basil leaves for 30 seconds or until they darken and then serve with the chicken.
Makes enough for 6 appetizers servings.
Malay version
Ayam bahagian peha yang telah dibuang tulang (3 ketul)Malay version
Bahan perapan
1 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
1/2 inchi halia (ditumbuk halus)
3 ulas bawang merah (ditumbuk halus)
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar mirin (mamadee tak letak, sebab tak halal)
1 sudu teh sweet potato strach (mamadee guna potato starch)
1/2 sudu teh 5 spice powder (campuran rempah kayu manis, bunga lawang, cengkih, lada putih dan jintan manis)
1/2 sudu tehserbuk lada sulah
1/4 sudu teh serbuk cayenne (mamadee guna serbuk rempah piri-piri)
Sedikit garam
Bahan salutan
1 biji telur
1/2 cawan air sejuk
2-3 cawan potato starch
Untuk menggoreng
Minyak secukupnya untuk deep fried
Untuk hidang
1 tangkai daun basil (goreng garing)
Serbuk cili piri-piri (atau serbuk lada sulah, atau apa-apa perisa yang anda gemari).
Cara-cara.
1. Potong ayam kecil-kecil. Campurkan semua bahan perapan dalam mangkuk. Kacau sehingga sebati. Kemudian lumurkan bahan perapan pada ayam sehingga semua bersalut. Perap selama 30 minit-1 jam.
2. Setelah ayam siap diperap, pecahkan sebiji telur dalam mangkuk. Kacau telur dengan garfu sehingga bercampur sebati. Celupkan ketulan ayam kedalam telur, kemudian salutkan dengan potato starch. Goreng di dalam minyak panas secara deep fried.
3. Setelah siap digoreng, toskan minyak. Kemudian goreng daun basil sehingga garing. Cara menghidang, ayam diletakkan dalam pinggan, kemudian taburkan rempah piri-piri atau apa sahaja perisa yang anda gemari, taburkan daun basil yang telah siap digoreng sebagai garnish. Siap untuk dihidang.
Selamat berhujung minggu semua. Apa aktiviti anda hari ini? Mamadee macam biasa, hujung minggu akan ke farmer's market beli sayur dan ikan. Yg menarik di farmer's market sayur-sayur kelihatan segar dan harganya lebih murah. Suasana farmer's market di sini juga meriah dengan pemuzik yg busking dan juga membuat persembahan di pentas utama. Jadi sesudah penat berjalan, bolehlah duduk berkelah di atas rumput sambil dihiburkan oleh pemuzik.
Okay, berbalik kepada resepi kali ini. Ayam bakar bumbu rojak ini adalah masakan indonesia. Kali pertama mamadee menikmati hidangan ini adalah di restoran shalom di Sunnybank. Memang sedap. Mamadee jumpa resepi ini di blog indonesiaeat.com. tetapi mamadee ada modified sedikit resepi ini.hehe.
Ingredients:
1 whole chicken (700 g), cut into 6 pieces
2 salam (Indonesian bay) leaves
5 kaffir lime leaves, teared
2 lemongrasses, bruised
400-500 ml thick coconut milk
2 limes for drizzling on chicken
oil for stir fry
1 whole chicken (700 g), cut into 6 pieces
2 salam (Indonesian bay) leaves
5 kaffir lime leaves, teared
2 lemongrasses, bruised
400-500 ml thick coconut milk
2 limes for drizzling on chicken
oil for stir fry
Spices grind into a paste:
100 g red chili pepper (about 1/4 cup ground red chili or sambal ulek)
10 shallots (5 larger sized shallots)
4 cloves garlic
6 candlenuts
4 cm long galangal
2 cm long ginger
1 1/2 cm long turmeric
1/2 tsp roasted terasi (English: dried shrimp paste, Malay: belachan)
salt as desired
2 tsp coconut sugar (can be substituted for palm sugar)
2 tsp tamarind, dissolved in a small amount of water
100 g red chili pepper (about 1/4 cup ground red chili or sambal ulek)
10 shallots (5 larger sized shallots)
4 cloves garlic
6 candlenuts
4 cm long galangal
2 cm long ginger
1 1/2 cm long turmeric
1/2 tsp roasted terasi (English: dried shrimp paste, Malay: belachan)
salt as desired
2 tsp coconut sugar (can be substituted for palm sugar)
2 tsp tamarind, dissolved in a small amount of water
Directions:
1. Rinse off with cold water and pat dry chicken. Drizzle fresh lime juice over chicken, let it sit for the next 20 minutes.
2. Preheat the oven at 350F. Meanwhile, in a skillet, at medium hight heat, add oil and stir fry spices paste, Indonesian bay leaves, lemongrass and kaffir lime leaves until fragrant.
3. Add chicken and stir until change colour.
4. Add coconut milk, bring to a boil and stir once a while.
5. Reduce the heat to low-medium and let cook until thicken and oily.
6. Bake chicken for 15 – 20 minutes and turn the oven knob into hi-broil. Broil until the chicken surface turn a bit darker or dry.
1. Rinse off with cold water and pat dry chicken. Drizzle fresh lime juice over chicken, let it sit for the next 20 minutes.
2. Preheat the oven at 350F. Meanwhile, in a skillet, at medium hight heat, add oil and stir fry spices paste, Indonesian bay leaves, lemongrass and kaffir lime leaves until fragrant.
3. Add chicken and stir until change colour.
4. Add coconut milk, bring to a boil and stir once a while.
5. Reduce the heat to low-medium and let cook until thicken and oily.
6. Bake chicken for 15 – 20 minutes and turn the oven knob into hi-broil. Broil until the chicken surface turn a bit darker or dry.
VERSI BAHASA MELAYU
Bahan-bahan
1 ekor ayam (mamadee guna ayam saiz kecil)
2 helai daun salam (daun bay)
5 helai daun limau purut
2 batang serai
400-500 ml santan pekat
2 biji limau nipis (perah jus dan lumurkan pada ayam)
sedikit minyak
Bahan-bahan bumbu rojak (kisar semua bahan, jadikan pes)
100 g cili kering
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
6 biji buah keras
4 cm lengkuas
2 cm halia
1 1/2 cm kunyit
1/2 sudu teh belacan (mamadee tak letak)
2 sudu teh gula melaka
2 sudu teh air asam jawa
3 sudu teh kicap manis (yg ni mamadee tambah)
Cara-cara penyediaanya
1. Bersihkan ayam. Belah empat ayam, lumurkan dengan jus limau nipis. Biarkan selama 20 minit.
2. Panaskan oven. Panaskan kuali, masukkan minyak, tumis per bumbu rujak di dalam kuali. Kemudian masukkan daun limau purut, daun bay/salam dan serai. Tumis sehingga garing dan naik bau.
3. Masukkan ayam kedalam kuali. Gaul sehingga rata.
4. Kemudian masukkan santan kedalam kuali. Gaul rata. Masak sehingga santan mendidih dan ayam 3/4 masak dan kuah meresap masuk kedalam isi ayam.
5. Kemudian keluarkan ayam dan bakar di dalam oven. Bakar selama 15-20 minit sehingga permukaan ayam kelihatan garing.
6. Sementara itu, di dalam kuali tadi masak sehingga kuah bumbu rojak menjadi pekat.
7. Untuk menghidang, letakkan ayam di atas pinggan dan curahkan bumbu rojak di atas ayam tadi.
400-500 ml santan pekat
2 biji limau nipis (perah jus dan lumurkan pada ayam)
sedikit minyak
Bahan-bahan bumbu rojak (kisar semua bahan, jadikan pes)
100 g cili kering
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
6 biji buah keras
4 cm lengkuas
2 cm halia
1 1/2 cm kunyit
1/2 sudu teh belacan (mamadee tak letak)
2 sudu teh gula melaka
2 sudu teh air asam jawa
3 sudu teh kicap manis (yg ni mamadee tambah)
Cara-cara penyediaanya
1. Bersihkan ayam. Belah empat ayam, lumurkan dengan jus limau nipis. Biarkan selama 20 minit.
2. Panaskan oven. Panaskan kuali, masukkan minyak, tumis per bumbu rujak di dalam kuali. Kemudian masukkan daun limau purut, daun bay/salam dan serai. Tumis sehingga garing dan naik bau.
3. Masukkan ayam kedalam kuali. Gaul sehingga rata.
4. Kemudian masukkan santan kedalam kuali. Gaul rata. Masak sehingga santan mendidih dan ayam 3/4 masak dan kuah meresap masuk kedalam isi ayam.
5. Kemudian keluarkan ayam dan bakar di dalam oven. Bakar selama 15-20 minit sehingga permukaan ayam kelihatan garing.
6. Sementara itu, di dalam kuali tadi masak sehingga kuah bumbu rojak menjadi pekat.
7. Untuk menghidang, letakkan ayam di atas pinggan dan curahkan bumbu rojak di atas ayam tadi.
Assalamualaikum semua. Kali ini mamadee nak kongsi satu resepi yang ringkas dan sedap. Ayam ni mamadee makan begitu sahaja dengan chips dan salad. Tapi kalau nak makan bersama nasi putih pun sedap juga. Ayam ini juga juicy (tipsnya jangan bakar ayam terlalu lama, dan jangan guna suhu oven yang terlalu tinggi) dan bawang besar yang ditabur atas ayam, memberikan rasa manis-manis bawang dan sedap.
Mamadee ada terbaca tips dari blog mamak haji, untuk sediakan ayam bakar yang sedap, kombinasi asid (dari jus limau atau cuka), garam dan gula mesti ada, barulah ayam bakar yang dihasilkan sedap. Memang menjadi tips dari mamak haji ni.
Bahan-bahan
1 ekor ayam saiz kecil1 sudu besar serbuk kunyit
garam secukup rasa
2 sudu teh gula
2 sudu teh air limau nipis/ lemon
3 sudu teh oregano kering
1 sudu besar minyak masak
1 labu Bawang besar holland
Cara-cara
1. Bersihkan ayam. Mamadee belah dua ayam.
2. Campurkan semua bahan kecuali bawang besar. Lumurkan ayam dengan bahan-bahan tadi. Perap selama 2-3 jam. Atau minimum 30 minit.
3. Panaskan oven, atau boleh juga gunakan pemanggang ajaib atau bakar sahaja didalam kuali non-stick.
4. Bakar ayam sehingga separuh masak, kemudian taburkan bawang besar holland yang telah dihiris nipis.
5. Sambung bakar ayam tersebut sehingga masak. Jangan bakar terlalu lama, jika tidak ayam akan menjadi kering, tak sedap. Mamadee bakar dalam oven pada sushu 160 darjah celcius selama 30-40 minit.
6. Setelah siap bolehlah dihidang, boleh dimakan bersama nasi atau dihidang dengan chips dan salad.
Tempoh masa berpuasa di Brisbane kali ini lebih singkat berbanding di Malaysia, sekitar jam 5 petang kami akan berbuka puasa. Kebiasaanya, saya siap memasak hidangan untuk berbuka pada waktu pagi selepas subuh, kerana saya akan pulang dari universiti sekitar jam 4.30. Jadi, memang tak sempat kalau baru nak memasak hidangan berbuka pada waktu petang.
Kali ini saya menyediakan hidangan ayam bali. Ayam bali adalah masakan Indonesia. Rasanya seakan-akan gabungan rendang ayam dengan aroma kari. Penyediaannya juga ringkas, tak perlu gunakan santan seperti rendang. Ayam bali ini juga enak dimakan bersama nasi impit selain daripada disajikan dengan nasi putih.
Bahan-bahan (5-6 orang)
Ayam
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil ketumbar (coriander powder)
1 sudu kecil jintan manis (aniseed)
1 sudu kecil jintan kasar (ground fennel seed)
3 batang serai (2 dikisar dan 1 diketuk)
Kicap pekat
Cili kering
1 tangkai daun kari
3-4 helai daun limau purut
Asam keping
Minyak masak
Garam dan gula
Cara-cara
- Kisar bawang besar, bawang putih, ketumbar, jintan manis, jintan kasar, cili kering dan serai.
- Gaulkan bahan yang dikisar bersama-sama kunyit dan kicap pekat. Kemudian perap ayam dengan bahan ini.
- Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap ke dalam kuali. Bahan perapan jangan dimasukkan lagi.
- Bila ayam sudah agak masak, masukkan bahan perapan tadi. Masukkan juga daun kari, daun limau purut, serai dan asam keping.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Siap untuk dihidangkan. Selain nasi, boleh juga dihidangkan bersama-sama nasi impit.
Salam sejahtera semua. Minggu depan anak saya akan memulakan sesi persekolahan di tadika. So hujung minggu ni, saya dah siap-siapkan homemade nugget untuk dibawa bekal ke tadika. Kadang-kadang ibu-ibu pening juga memikirkan apakah bekal yang sesuai untuk dibawa ke sekolah.
Kali ini saya cuba bereksperimen dengan menggunakan Greek yoghurt instead of telur. Hasilnya, daging ayam kekal moist dan bread crumb tidak soggy dan kekal rapuh. Greek yogurt lebih kental berbanding yogurt biasa. Greek yogurt kaya dengan protein dan kalsium. Jom lihat resepinya.
Bahan-bahan
2 keping dada ayam
1 sudu teh lada puih
1 sudu teh lada hitam
sedikit garam
Bread crumbs (campurkan sedikit lada putih)
Greek yoghurt
Cara-cara
1. Potong memanjang dada ayam.
2. Lumurkan dada ayam dengan lada putih, lada hitam dan garam.
3. Kemudian, celupkan dada ayam tersebut ke dalam greek yogurt.
5. Kemudian, salutkan dada ayam tersebut dengan bread crumb
6. Panaskan minyak, goreng sehingga masak
7. Anda juga boleh sejuk beku kan nugget ini dalam freezer.
Selamat sejahtera semua. Tak lama lagi Aidiladha bakal menjelma. Alhamdulillah tahun ini kami berpeluang beraya di Malaysia. Kami akan pulang ke Kelantan untuk beraya kali ini. Memang sangat seronok jika pulang beraya di Kelantan. Yang paling saya gemar adalah makan perut lembu dengan pencicah. Pergh.. memang terbaik.
Tetapi sebelum kita mabuk makan daging untuk seminggu dua minggu yang akan datang, hari ini saya ingin berkongi resepi butter chicken. Resepi ini saya lihat di wall facebook rakan saya. Nampak sedap dan senang. Jom lihat resepinya.
Bahan-bahan ayam
2 keping dada ayam
1 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk kari
1/2 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
Bahan-bahan kuah buttermilk
1 sudu besar minyak masak
2 sudu besar mentega
1 ulas bawang putih cincang halus
1/2 labu bawang besar holland dicincang halus
2 biji cili padi
2 tangkai daun kari
1 1/2 cawan susu cair
2 keping keju cheddar (saya tambah)
1 sudu besar gula
1 kiub ayam (saya tambah)
Cara-cara.
1. Sedaikan bahan perap ayam, gaul sebati. Perap ayam dengan bahan perap lebih kurang 30 minit. Kemudian goreng ayam dalam minyak panas hingga garing, angkat dan ketepikan.
2. Panaskan kuali, cairkan mentega, Tumis bawang, cili padi dan daun kari sehingga naik bau.
3. Tuangkan susu cair, gula, kiub ayam dan garam. Kacau sentiasa sehingga kuah pekat. Carikkan keju cheddar dan masak sehingga kuah pekat.
4. Masukkan ayam dan gaul sehingga sebati atau boleh juga dicurahkan kuah atas ayam.
5. Sedia dihidang dengan nasi putih panas.
Masak apa hari ini?. Hujung minggu lepas, saya sempat menyediakan lemon chicken untuk makan tengah hari. Tak sangka anak saya sangat menggemarinya. haha. Biasanya saya hanya order sahaja bila bertandang ke restoran Chinese food.
Ini resepi lemon chicken versi Mama Dee. hehe. Saya main agak sahaja apa bahan-bahan yang perlu dimasukkan based on rasa lemon chicken yang pernah dinikmati di restoran. Kalau ada terkurang minta halal ye. :)
Bahan-bahan ayam
2 keping dada ayam
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu teh serbuk lada sulah
2 sudu teh serbuk bawang putih
secubit garam.
1 biji telur.
Cara-cara masak ayam
1. Potong kecil-kecil isi ayam tadi
2. Campurkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk lada sulah, serbuk bawang putih dan garam dalam mangkuk.
3. Pecahkan telur dalam mangkuk yang lain dan kacau dengan garfu.
4. Celupkan ayam dalam telur kemudian salutkan dengan adunan tepung tadi.
5. Goreng dalam minyak panas sehingga masak.
Bahan-bahan sos
1 sudu besar sos plum
1 sudu besar jus lemon
1 kiub ayam
2 cawan air
2 sudu besar air bancuhan tepung jagung.
Cara-cara menyediakan sos.
1. Campur semua bahan kecuali tepung jagung dalam periuk
2. Masak sehingga mendidih
3. Kemudian masukkan air bancuhan tepung jagung.
4. Masak sehigga sos menjadi pekat.
5. Kemudian curahkan sos ke atas ayam yang telah siap digoreng tadi. Sedia untuk dimakan
Apa khabar semua. Finally it's Friday. Esok hujung munggu menjelma lagi. Sekejap je rasa minggu demi minggu.
Hari ini, saya tak masak nasi disebabkan si kecil Ilham tak lalu makan nasi. Saya sediakan hidangan kegemarannya iaitu pasta dengan ayam panggang. Saya juga sajikan hidangan ini dengan salad segar.
Hidangan ini boleh la dikatakan sebagai hidangan seimbang dan sihat.
Saya ada baca dalam blog kesihatan, pemakanan yang sihat adalah makanan yang mengandungi kesemua kelas makanan yang diperlukan dalam kuantiti yang betul dan mencukupi. So, maksudnya kita kena ambil karbohidrat, protein, sayur-sayuran, buah-buahan dan juga tenusu dan lemak. Jangan skip sesetengah kumpulan makanan. Misalnya tak ambil langsung karbohidrat. Sebenarnya karbohidrat adalah sumber tenaga yang sangat penting.

Kali ini saya menggunakan pasta jenis fettuccine. Mungkin anda tertanya-tanya apa beza fettuccine dan spaghetthi? Jom lihat rajah di bawah.
![]() |
| Source from ww.finecooking.com |
Apa yang saya baca, perbezaan antara spaghetti dan fettuccine bukan sekadar pada bentuknya sahaja. Lebih lebar pasta tersebut lebih banya telur yang menjadi bahan asasnya. Telur adalah asas kepada rasa dan tekstur yang berbeza bagi setiap jenis pasta. Saya secara peribadi lebih menggemari fettuccine daripada spaghetthi. Setiap jenis pasta mempunyai daya serapan berbeza, oleh kerana itulah di Italy mereka ada pasangan pasta-sos yang khusus. So which pasta, which sauce? haha. Anda boleh baca dengan lebih lanjut di finecooking.com. Cuma secara ringkasnya, pasta yang lebih tebal seperti fettuccine lebih sesuai digandingkan dengan sos yang berkrim seperti carbonara.
Hidangan ni sebenarnya tak susah mana. Sebenarnya lagi senang daripada nak masak nasi dan lauk pauk. hehe. Yang penting kena ikut turutannya. Jom lihat resepiBahan-bahan untuk ayam
2 keping dada ayam
3 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu teh lada sulah
1 sudu teh serbuk kunyit
sedikit garam
2 sudu teh serbuk bawang putih (kalau tak ada serbuk, boleh cincang halus bawang putih)
1 sudu teh cuka epal (boleh juga gunakan cuka masak biasa)
Cara-cara untuk ayam.
1. Perap semua bahan pada ayam. Perap sekejap pun ok. dalam 20 minit. (Sementara perap ayam boleh rebus fettuccine dahulu)
2. Bakar ayam atas kuali non-stick/ oven (saya guna pemanggan ajaib)
3. Bakar sehingga masak.
Bahan-bahan pasta.
100 g pasta fettuccine (boleh juga guna spaghetti biasa)
3 ulas bawang putih dicincang
2 sudu besar minyak zaitun.
Garam
Cara-cara masak pasta
1. Rebus fettuccine dalam periuk. Masukkan air dan juga sedikit minyak zaitun.
2. Setelah fettuccine masak, toskan.
3. Dalam kuali lain, masukkan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih. Masukkan sedikit garam
4. Kemudian masukkan fettuccine kedalam kuali tadi. Gaul sehingga sebati
Bahan-bahan sos lada hitam
1 kiub ayam
3 sudu besar sos lada hitam
1/2 cawan air
1/2 labu bawang besar Holland
1 sudu besar bancuhan tepung jagung
Cara-cara membuat sos
1. Tumis bawang besar sehingga kekuningan.
2.Kemudian masukkan air, kiub ayam dan juga sos lada hitam dalam periuk
3. Setelah menggelegak, masukkan air bancuhan tepung jagung untuk memekatkan sos.
Bahan-bahan salad.
Daun salad segar
Carrot yang diparut panjang
Buah tomato ceri
Lada capsicum
Air lemon.
Cara-cara.
1. Gaulkan semua bahan dengan air lemon sehingga rata.
* Untuk salad- anda boleh masukkan apa sahaja jenis sayur yang digemari
Cara penyediaan.
1. Letakkan salad 1/2 pinggan, letakkan pasta dan ayam bakar.
2. Kemudian curahkan sos lada hitam di atas ayam tadi.
3. Sedia untuk dimakan.
Apa khabar semua? Adakah anda jenis yang selalu terlepas untuk bersarapan pada waktu pagi? Sarapan pagi sangat penting untuk membekalkan tenaga untuk bekerja dan juga untuk anak-anak belajar. Sejak zaman persekolahan lagi sarapan wajib diambil oleh saya sebelum ke sekolah kerana khasiatnya bukan saja untuk fizikal tetapi mental. Kanak-kanak yang bersarapan yang sihat didapati mempunyai daya tumpuan yang lebih baik untuk belajar di sekolah.
Pemilihan sarapan yang baik seharusnya membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari. Sarapan yang mangandungi tinggi protein digalakkan kerana akan mengurangkan rasa lapar sehingga tengah hari, kerana gula dilepaskan secara berperingkat di dalam salur darah. Sebaliknya, sarapan yang tinggi karbohidrat seperti roti canai dan nasi lemak, hanya akan mengenyangkan sekejap sahaja kerana gula dilepaskan dengan cepat dan anda akan kembali lapar tidak lama selepas itu.
Untuk sarapan pagi ini saya menyediakan sunny side-up (telur mata) dan juga black pepper chicken grill yang dimakan bersama roti mill penuh. Bukan sahaja mengenyangkan, tetapi juga berkhasiat dan seimbang. Telur dan ayam merupakan sumber protein dan roti pula sumber karbohidrat. Sajikan bersama dengan sayur-sayur segar untuk khasiat terbaik.
Bahan-bahan
1 biji telur
1/2 keping dada ayam / chicken fillet
2 sudu teh lada hitam
1 sudu teh lada sulah
sedikit garam
2 keping roti mill penuh
Salad
Carrot yang disagat
Hirisan bawang Holland
Cara-cara
1. Panaskan kuali non-stick. Pecahkan telur dan goreng sehingga masak. Tak perlu masukkan minyak.
2. Lumurkan garam, lada sulah dan lada hitam pada ayam.
3. Kemudian bakar ayam di atas kuali non-stick sehingga masak.
4. Setelah ayam masak, hiriskan halus-halus isi ayam tadi.
5. Ambil roti, letakkan daun salad, serta sayur-sayur pilihan anda, letakkan ayam dan telur tadi. Apitkan dengan sekeping roti lagi. Sedia untuk dinikmati.

Assalamualaikum semua. Apa rancangan hari minggu anda semua? Ada yg mengemas rumah dan ada juga yang keluar berjalan-jalan bersama keluarga. Cepat sangat terasa dah habis seminggu..dah hari jumaat. Mungkin sebab banyak sangat kerja jadi tak terasa seminggu berlalu begitu pantas. Teringat akan surah al-Asr.
"Demi masa sesungguhnya manusia didalam kerugian..melainkan manusia yang beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebaikan dan berpesan-pesan pula dengan sabar."
Untuk makan malam hari ini saya menyediakan aglio e olio spaghetti. Alio e oglio dalam bahasa Italy bermaksud bawang putih dan minyak. Hidangan ini cukup ringkas dan sedap. Bahan utama hidangan ini adalah bawang putih dan minyak zaitun. Bawang putih mempunyai banyak khasiat antaranya adalah berfungsi sebagai antibiotik yang dapat membunuh kuman. Minyak zaitun juga sangat berkhasiat. Pengambilan minyak zaitun secara konsisten dapat mencegah penyakit koronari. Jom lihat resepi dari saya ini.
Bahan-bahan.
Spaghetti
Sekeping Dada ayam
6 ekor udang
Daun parsley dicincang halus
3 ulas bawang putih dicincang halus
3 sudu besar mintak zaitun
1 sudu teh serbuk lada putih
Garam secukup rasa
Lada capsicum (optional)
Grated parmesan cheese (saya tak letak)
Cara-cara
1. Rebus spaghetti sehingga masak. Masukkan sedikit minyak dalam air untuk merebus spaghetti.
2. Setelah spaghetti masak, toskan dan ketepikan dahulu.
3. Masukkan minyak zaitun dalam kuali. Tumis bawang putih.
4. Masukkan isi ayam yang dipotong kecil-kecil. Setelah ayam hampir masak, masukkan udang.
5. Masukkan garam dan lada putih.
6. Masukkan spaghetti. Masukkan daun parsley dan capsicum. Gaul sehingga semua bahan bercampur sebati.
7. Siap sedia untuk dihidang. Jika suka taburkan grated parmesan cheese di atasnya.
Assalamualaikum semua. Selamat hari raya aidilfitri kepada semua yang beragama Islam. Beraya di perantauan tidak kurang meriahnya berbanding di Malaysia. Ini merupakan kali kedua kami sekeluarga beraya disini. Tahun lepas agak pilu & sedih sket, sebab 1st time beraya di bumi ratu ini dan masa tu kami baru 4 bulan sampai di Brisbane. Tapi tahun ini perasaan itu kian terubat sebab ada ramai kawan-kawan yang rapat seperti sebuah keluarga dan kami bersama-sama meraikan aidilfitri. Malam raya suami masih bekerja kerana hari raya bukanlah cuti umum disini. Kami di Queensland menyambut raya pada hari Selasa, kerana anak bulan tak nampak so Islamic council annouce raya jatuh hari Selasa. Yg lucunya, hari Ahad malam tu, masing-masing dah sibuk sediakan juadah untuk pagi raya, alih2 bila dengar announcement raya x jadi esok.haha. Semua juadah masuk fridge la dulu.
![]() |
| Selepas solat sunat aidilfitri |
Tahun ini saya menyediakan satey ayam dan daging untuk hidangan pagi raya. Sehari sebelum raya baru saya kalut telefon mak di kampung minta resepi satey dan kuah kacang. Maklumlah sebelum ini, saya ni tukang cucuk satey & tukang makan je. Tak pernah buat satey sendiri..huhu. Jom tengok resepi satey daripada mak saya :)
Bahan-bahan
Seekor ayam dipotong-potong / daging dipotong dadu
2 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 batang serai dititik
Serbuk kunyit (kena agak sendiri sukatan)
Garam (secukup rasa)
Gula melaka (cairkan/ racik-racik halus)
1 inchi halia
Sedikit air asam jawa/ asam keping
2 sudu teh jintan manis
Cara-caranya.
1. Semua bahan digaul dengan isi ayam/ daging. Perap dlm 5-8 jam. Kemudian cucuk lah dengan lidi sate
Nasi impit pula saya beli yang segera kat Asian supermarket. Malaysia import mari. Nasib baik ada yg segera ni, kalau tak kena buat nasi impit sendiri. Teringat cara mak buat nasi impit, nasi tu kena tindih dengan lesung batu lagi.
Yang mencabarnya nak buat kuah kacang. Saya cari kacang tanah tapi tak ada, so saya pakai je kacang ni.
Rasa ok juga, yg penting tak perlu buang kulit..hehe. Kebiasaannya kita perlu goreng kacang tanpa minyak, tapi saya ni kan
Sambil-sambil bakar kacang dalam oven, bolehlah buat kerja lain, kupas bawang blend lada kering. Maklumlah saya sorang je tenaga buruh kat rumah.
Resepi kuah kacang.
400g kacang tanah/ kacang (goreng tanpa minyak sehingga masak atau boleh juga dibakar dalam oven sehingga masak dan kemudian blend sehingga hancur)
10 tangkai lada kering *
10 ulas bawang merah * (tapi saya pakai 2 labu bawang besar holland)
2 ulas bawang putih*
2 hiris lengkuas*
3 cawan santan
2 batang serai dititik
Gula melaka
2 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
Cara-cara
1. Rebus sebentar lada kering. Kemudian kisar bersama bahan-bahan bertanda *.
2. Tumis bahan-bahan yg telah dikisar tadi sehingga garing.
3. Kemudian masukkan santan. Kacau perlahan-lahan.
4. Setelah santan menggelegak, masukkan kacang kisar, serai, jintan manis, jintan putih dan gula melaka. Masak kuah sehingga mendidih.
* kalau nak kurangkan santan anda perlu lebihkan kacang kisar. Kebiasaanya kuah kacang ni rasa manis2 sket, so bolehlah letak gula melaka lebih sket.
Sarapan pagi raya 3 beranak, sebelum kami serang rumah kwn2 yg buat open house ;)
Assalamualaikum semua. Hari ni terlebih rajin update blog.hehe. Dah banyak resepi yang terperap dalam folder draft. Sekarang baru ada masa nak berblog. Kononnya hari tu stress dengan proposal. hehe. Tapi saya ada baca satu buku ni, penulis tu tulis stress sebenarnya bagus untuk kita bergantung kepada cara kita menangani stress tersebut.
Jika kita stress akibat takut gagal, ia akan mendorong untuk berusaha dengan lebih gigih.
Jika kita stress akibat jahil, ia akan mendorong untuk menuntut ilmu.
Jika kita stress akibat berdosa, ia akan mendorong kita untuk beristigfar dan tak mengulang dosa.
Jika kita stress akibat sakit, ia akan mendorong kita untuk lebih menjaga kesihatan.
Kali ini saya cuba buat sendiri dimsum. Sepatutnya kulit dimsum ini berbeza daripada kulit wantan. Tapi alang-alang kat rumah ada wantan wrap, malas la pula nak pergi cari dimsum wrap kat kedai. Kalau semasa di Malaysia saya sgt suka makan dimsum bila berkunjung ke kedai makan chinese muslim. Kadan-kadang tak sedar dah berapa biji kena ngap. Tapi kat sini nak makan dimsum kena buat sendiri..huhu, tak jumpa dimsum yang halal. Saya merajinkan diri google resepi, dan resepi ini saya ambil dari blog kak jee.
Bahan-bahannya (sukatan untuk bahan-bahan ini perlu diagak sendiri ye)
- Wantan Pastry
- Isi ayam (tanpa kulit)
- Isi Udang
- Cendawan Shitake kering
- Carrot
- Daun Bawang
- Minyak bijan
- 1 biji telur
- Tepung Jagung
Cara-cara.
1. Panaskan kukusan.
2. Campurkan semua bahan dan gaul sebati.
3. Ambil wantan wrap dan letakkan inti ditengah2 kemudian balut.
Cara membalut shumai dimsum boleh dilihat disini





































