Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.






Bahan-bahan
400ml susu full cream
5 biji telur
1/4 cawan susu pekat manis
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila
Untuk karamel
5 sudu besar gula pasir.
Cara-cara.
1. Panaskan oven 180 degree c. Masukkan tray yg berisi air panas kedalam oven.
2.Kita sediakan karamel terlebih dahulu. Masukkan gula pasir kedalam loyang. Panaskan loyang atas dapur menggunakan api kecil. Sentiasa kacau gula tersebut. Bila gula sudah cair dan warnanya keperangan matikan api. Jangan biarkan warna karamel menjadi gelap kerana karamel akan menjadi pahit.
3.. Masukkan telur, susu full cream, susu pekat manis dalam mangkuk besar dan kacau perlahan-lahan. Jangan kacau laju sehingga berbuih, nanti puding akan berlubang-lubang.
4. Masukkan esen vanila dan tepung kastard. Kacau perlahan-lahan.
5. Tapiskan adunan tadi semasa masukkan kedalam loyang.
6. Loyang puding ini kemudian di letakkan didalam tray yg berisi air panas didalam oven.
7. Bakar selama 40-45 minit atau sehingga masak.
Assalamualaikum semua. Sekejap je rasa dah masuk hari ke-4 kita berpuasa. Semoga kita semua dapat membanyakkan amal ibadat di bulan mulia ini.


Pasti di Malaysia, meriah dengan bazar ramadhan..tapi jangan membazir ye. Kadang2 semasa lapar, semua nampak menyelerakan. Tapi bila dah berbuka...tak larat untuk habiskan semua makanan. Saya ada terbaca laporan secara online yg setiap kali ramadhan rakyat malaysia membuang hampir 270 000 tan sisa makanan. Sedih bukan.


Berbalik kepada resepi kali ini, saya mencuba resepi puding karamel yang baru saya cipta. Dan saya tidak mengukus puding tersebut. Sebaliknya saya cuba bakar secara kaedah bain-marie. Yummy..memang lagi sedap sebab tak berbau hanyir telur. Teksturnya juga seakan2 taufu fa. Lembut.
Kali ini saya mencipta resepi baru..biasanya untuk mendapatkan puding yang lemak, banyak kuning telur perlu digunakan. Saya kurang gemar..sebab nanti putih telur yg tak digunakan akan terbiar dalam fridge. Kali ni saya gunakan semua telur..dan untuk dapatkan rasa yg lemak tu saya gunakan susu segar full cream. Yang membuatkan saya gembira, adalah suami mengatakan this is the best caramel pudding ever!!!.

Jom lihat resepi.

Bahan-bahan


400ml susu full cream
5 biji telur
1/4 cawan susu pekat manis
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila

Untuk karamel
5 sudu besar gula pasir.


Cara-cara.
1. Panaskan oven 180 degree c. Masukkan tray yg berisi air panas kedalam oven.
2.Kita sediakan karamel terlebih dahulu. Masukkan gula pasir kedalam loyang. Panaskan loyang atas dapur menggunakan api kecil. Sentiasa kacau gula tersebut. Bila gula sudah cair dan warnanya keperangan matikan api. Jangan biarkan warna karamel menjadi gelap kerana karamel akan menjadi pahit.
3.. Masukkan telur, susu full cream, susu pekat manis dalam mangkuk besar dan kacau perlahan-lahan. Jangan kacau laju sehingga berbuih, nanti puding akan berlubang-lubang.
4. Masukkan esen vanila dan tepung kastard. Kacau perlahan-lahan.
5. Tapiskan adunan tadi semasa masukkan kedalam loyang.
6. Loyang puding ini kemudian di letakkan didalam tray yg berisi air panas didalam oven.
7. Bakar selama 40-45 minit atau sehingga masak.




Assalamualaikum. Apa menu berbuka hari ini? Untuk pencuci mulut, kali ini Mamadee menyediakan puding karamel tanpa telur. Resepi ini Mamadee ambil dari blog kak lina teratak mutiara. Memang sedap, sejuk je tekak. Jom lihat resepinya.



Bahan-Bahan A (Gula Hangus)

4 sudu besar gula pasir

Bahan-Bahan B (Puding)

1 paket agar-agar serbuk 10g
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair
3sb  tepung kastard
1 sk esen vanilla

Cara-cara


  1. Memula buat gula hangus seperti biasa.Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil masak hingga gula menjadi perang, kemudian ratakan keseluruhan loyang.Kemudian ketepikan
  2. Satukan semua bahan B.Kacau atas api.Aduanan mesti dikacau selalu takut tepung kastad akan bergentel.
  3. Apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat.Tutup api, tapis dan tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
  4. Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti ais hingga puding mengeras.Terbalikkan puding dan bolehlah dihidang.


Note: Puding ni sangat sedap dimakan bila sejukkan dalam peti ais. Mamadee buat puding ni dalam bekas kecil-kecil bukan dalam loyang.


Assalamualaikum semua.  Apa khabar semua pembaca? Sekarang ni cuaca memang sangat panas.  Memang rasa bahang sangat.  Memang sangat nyaman jika dapat makan pencuci mulut yg sejuk. Laju je masuk dalam mulut.

Kali ini saya gandingkan vanilla panna cotta dengan coklat ganache. Memang awesome!!!. Ini kali pertama saya cuba guna vanilla seed yang asli. Memang berbaloi guna vanila seed ni. Aromanya meresap masuk kedalam krim.   

Nak menyediakan panna cotta ni memang simple dan senang..cuba nak kena tunggu adunan betul2 set agak memakan masa. Jadi, jika anda nak makan waktu petang, pagi2 lagi anda perlu menyediakannya.

Jom lihat resepi. Resepi ini dari jamieoliver.com

Bahan-bahan panna cotta
3 sudu besar gelatin (larutkan dalam 1 sudu besar air terlebih dahulu)
120ml susu
500 ml heavy cream (saya guna uht whipping cream)
60g gula
Sebatang vanila pod (belah dua vanila pod dan scrape vanilla seed dengan pisau)



Bahan coklat ganache
100g coklat compound
200ml heavy cream (saya guna uht whipping cream)


Cara-cara.
1. Larutkan serbuk gelatin dalam air
2. Masukkan susu, krim, gula dan vanila seed dalam periuk. Panaskan.
3. Bila dah hampir menggelegak campurkan gelatin yg telah dilarutkan tadi. Panaskan sehingga gelatin semua larut.
4. Tutup api. Tuangkan adunan dalam ramekin atau bekas yg sesuai.
5. Sejukkan dalam peti sejuk.

Cara buat coklat ganache.
1. Potong coklat compound kecil-kecil
2. Panaskan krim secara double boil. 
3. Setelah krim panas, tutup api dan masukkan coklat yg telah dipotong tadi.
4. Kacau dengan whisk sehingga semua coklat cair dan sebati dengan krim



Cara hidang.

1. Keluarkan panna cotta dari peti sejuk
2.curahkan coklat ganache di atasnya.











Selamat berhujung minggu semua. Apa rancangan hari minggu anda? Petang hari hujung minggu ni, sedap juga jika sajikan puding sejuk-sejuk untuk dimakan seisi keluarga.

Puding ini rasa lemak-lemak dan juga ada sedikit hint of chocolate. Sebab dilapisi juga dengan adunan coklat. Sedap tak rugi cuba resepi dari HaSue ni. Puding ini asalnya dibuat corak marble oleh pemilik resepi ini, tapi saya ubah sedikit dengan buat corak lapis-lapis. Jom tengok resepinya.


Sumber : Ha-sue blog

Bahan-bahan:
13g serbuk agar2
750ml air
200gm gula pasir(kalau nk kurang manis wat dlm 180gm)
80g mentega
1 biji telur
½ tin susu cair | 250g susu cair
1 sudu makan tepung custard
1 sudu makan serbuk koko
1/2 sudu teh vanilla
pewarna merah, hijau dan kuning secukupnya 

Cara-cara:
  1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan
  2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis
  3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.
  4. Bahagikan adunan kpd 4 mangkuk (sama byk). Masukkan serbuk koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 3 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning, hijau dan merah.
  5. Tuangkan satu senduk adunan berwarna merah. Setelah sejuk lapiskan dengan adunan yang warna lain pula.
  6. Ulang sehingga habis.
*Ikut resepi asal Hasue buat corak marble, tapi saya buat lapis-lapis.hehe



Salam sejahtera. Sekarang ni memang musim panas. Anak saya dah start ada ulser dalam mulut. Memang kesian bila dia tak nak makan sebab sakit mulut. So saya kena mencari resepi yang dia suka makan, dan tidak menyakitkan mulut. 
Terjumpa resepi nutella panna cotta ni di food network.com. Cara buat pun senang sahaja. Kebetulan bahan-bahan memang semua dah ada di rumah. Jom kita lihat resepinya.

Bahan-bahan
1 sudu besar gelatin halal (larutkan dalam 3 sudu besar air panas)
1 cawan heavy cream (tapi saya guna whipping cream)
1 1/2 cawan nutella
5 sudu besar susu segar (yang ni saya tambah)
Kacang hazelnut yang dibakar untuk hiasan (saya tak letak sebab tak ada)
Coklat bar yang diparut.

Cara-cara
1. Larutkan gelatin dalam air terlebih dahulu.
2. Campurkan heavy cream, nutella dan susu dalam periuk dan panaskan sehingga mendidih. Jangan guna api besar. 
3. Setelah campuran cream dan nutella mendidih, masukkan gelatin yang telah dilarutkan tadi.
4. Masukkan campuran tadi kedalam bekas kecil/ ramekin. Kemudian sejukkan dala peti sejuk sehingga ia benar-benar 'set'  dala 5-6 jam.
5. Anda boleh menabur parutan coklat dan kacang hazelnut di atasnya ketika dihidang. 






Salam sejahtera semua. Sekarang ni cuaca tersangat lah panas. Memang kering tekak. Panas-panas ni memang sesuai sangatlah jika ada pencuci mulut yg sejuk. Nikmat rasanya.

Kali ini saya menyediakn panna cotta mangga. Panna cotta ini adalah sajian pencuci mulut orang Italy. Tekstur panna cotta ini adalah seakan-akan dadih.Untuk menyediakan hidangan ini sangat senang. Jom lihat resepinya.Saya ambil resepi ini dari blog kak Nor. Minta halal ye kak nor :)


Bahan:
2 cawan susu segar/fresh milk
1/2 cawan whipping cream
2 sudu kecil serbuk gelatin halal (larutkan dalam 3 sudu besar air suam)
1/4 cawan gula @ secukup rasa
1 sudu kecil esen vanila



Utk puree mangga:

1 bj mangga masak
2 - 3 sudu kecil gula
1 sudu kecil perahan limau/lemon

Cara:

  1. Masukkan gelatin ke dalam air panas, kacau dan biarkan ia mengembang.
  2. Masak susu, whipping cream dan gula dgn api sederhana hingga kelihatan buih2 kecil di tepi periuk.
  3. Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan esen vanila, kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
  4. Tuangkan ke dalam ramekin atau gelas yg sesuai.
  5. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.


Sementara itu bolehlah disedikan puree mangga.
  1. Blend buah mangga hingga halus, kemudian masukkan gula dan perahan limau/lemon. 
  2. Kacau hingga sebati. Sejukkan dlm peti ais sebelum menghidang.
Utk menghidang, tuangkan puree mangga ke atas panna cotta tadi.
Sedia utk dinikmati.







Assalamualaikum semua. Semoga berada dalam keadaan baik-baik sahaja.  Hujung minggu tempoh hari saya sempat menyediakan hidangan pencuci mulut puding roti kukus ni.  Mudah sahaja resepi ini. Malah sebenarnya, anak saya yang berusia 4 tahun yang banyak menolong untuk menyediakan puding roti kukus ini. Pasti menarik, aktiviti memasak bersama anak-anak.

Memang agak mencabar bila anda melibatkan anak untuk memasak. Tetapi cabaran itu lah yang mengujakan. Anak-anak pasti gembira dan berasa independent bila diberi tugas untuk membantu mama memasak. Anda boleh memilih hidangan yang ringkas dan senang untuk anak anda bantu. Dan yang paling penting, anda mesti meningkatkan kesabaran bila memasak bersama anak-anak.huhu...


Banyak kelebihan bila anda melibatkan anak-anak dalam menyediakan hidangan. Antaranya adalah .. Cooking bring families together. Cooking time is bonding time. Biasanya bila ibu sibuk memasak didapur, anak-anak bermain di ruang tamu, Tapi bila anda memasak bersama, aktiviti ini adalah bonding time dengan anak-anak. Bila anda melibatkan anak untuk memasak, mereka akan berasa lebih bertanggungjawab kerana ibu memberi kepercayaan untuk mereka memasak. 





Memasak bersama anak-anak juga membantu membina self-esteem anak-anak. Bila anak-anak cakap "I made it myself" seolah-olah satu self-accomplishment. Mereka akan berasa bangga bila si ibu pula berikan pujian terhadap hidangan yang disediakan oleh mereka.



Jom lihat resepi puding roti kukus bersama strawberry jelly ini.

Bahan-bahan puding roti

3 keping roti sandwich
1 1/2 cawan susu cair
5 sudu besar gula
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Cara membuat puding.

1. Panaskan periuk kukusan
2. Carik-carikkan roti dan rendam dalam susu sebentar
3. Kemudian masukkan roti dan susu, gula dan telur kedalam blender. Blend sehingga hancur.
4. Masukkan kedalam loyang atau bekas kecil-kecil. Kemudian kukus dalam periuk kukusan sehingga masak. Lebih kurang dalam 18 minit. 
5. Setelah masak, keluarkan dari periuk kukusan. Sejukkan.



Bahan-bahan jeli

1 kotak jeli strawberry jenama Nona
Air 400 ml (ikut sukatan air di kotak)

Cara-cara
1. Panaskan air dalam periuk.
2. Campurkan serbuk jeli dalam air. Masak sehingga mendidih dengan api sederhana.
3. Curahkan jeli ke ata puding roti yang telah sejuk tadi.

* Anda juga boleh susun buah-buahan seperti laici di atas puding roti dan barulah curahkan jeli di atasnya.