Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.


Hari ini cuti umum sempena easter. Udang suami bawa pulang dari menjala masih banyak. Mamadee fikir kononya nak masak istimewa sket hari ni. Dok belek-belek resepi, terjumpa resepi udang goreng kari ala mamak dekat blog wattie. Mamadee sediakan juga ikan goreng n sayur goreng ala kedai mamak untuk disajikan bersama. Kalau ada nasi kandar lagi terangkat.



Bahan-bahan
1 kilo udang 
2 biji limau nipis - ambil jusnya
1 biji bawang besar - cincang
1 biji bawang putih - cincang
1 cm halia muda - tumbuk
1 batang serai - di ketuk
1/2 cawan air/stok ikan
1 susu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar serbuk kari ikan - saya letak 2 sudu besar
1 sudu teh biji sawi (mamadee tambah)
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 senduk gulai cili kisar
2 tangkai daun kari
4 helai daun pandan
Garam, gula serbuk lada sulah


Cara-cara

1.Perapkan udang dgn garam, serbuk lada sulah & jus limau untuk seketika.
2.Panaskan minyak, goreng udang hingga masak, ketepikan.
3.Dalam kuali berasingan, tumis bawang besar, daun pandan, daun kari, biji sawi hingga naik bau.
4.Masukkan bawang putih, halia, serai, serbuk kari & cili kisar, goreng seketika.
5.Masukkan sos tomato, sos cili, serbuk lada hitam, stok ikan, garam, gula secukup rasa, gaul sebati.
6.Last, masukkan udang, balik2 kan & tutup api.




Assalamualaikum semua, lama sgt mamadee tak sempat update blog. Hujung minggu lepas suami mamadee pergi menjala bawa balik udang segar. Udang segar mmng sedap, isinya manis-manis. Biasanya kalau masak udang, mamadee masak sambal atau gulai lemak. Tapi kali ni, tgh google resepi udang,  terlihat udang seri rampai dekat blog che mat gebu. Memang sedap, rasanya ada gabungan rasa rendang n kari. Jom lihat resepinya.


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg udang galah sederhaha besar
1 cawan pati santan
1 cawan air
2 camca besar kerisik
2 helai daun kunyit, dihiris
2 helai daun limau purut
2 tangkai daun kari (mamadee tambah)
1/2 cawan cili kisar
1 keping asam gelugor
1 camca besar gula melaka
2 camca besar rempah kari ikan
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Garam secukup rasa
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
1/2 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
1/2 inci kunyit hidup*
4 batang serai, dihiris halus*
10 biji cili padi (optional)*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dibersihkan, buang kotoran di bahagian kepala udang, buat hingga siap, cuci, tos dan gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga udang bertukar kemerahan, angkat dan toskan.
  2. Dengan kuali yang sama, keluarkan minyak dan tinggalkan anggaran 1/3 cawan. Tumis kayu manis, bunga lawang dan bahan kisar hingga harum. Masukkan cili kisar dan rempah kari (tambah sedikit air jika perlu), kacau rata dan tumis hingga naik minyak.
  3. Masukkan daun limau purut, daun kari, air dan tuang santan pekat. Tambah gula melaka, kerisik dan asam gelugor. Bila kuah pekat, masukkan udang. Gaul rata dan masak hingga hampir kering tapi masih berkuah.
  4. Tambah garam secukupnya dan masukkan hirisan daun kunyit. Gaul rata dan masak sekejap. Angkat dan hidangkan...


Assalamualaikum semua pembaca. Semoga semua berada dalam keadaan baik-baik belaka. Alhamdulillah, proses mengutip data bagi kajian saya berjalan baik. Ada juga cabaran yang menguji. Tapi, itulah asam garam dalam menjalankan kajian, yang mematangkan fikiran dan emosi. Bergantung kepada diri kita, cara menangani sesuatu keadaan yang tidak dijangka. Bak kata pepatah " Don't curse the darkness, light the candle".  Banyakkan berdoa kepada Allah s.w.t., kerana apa yang berlaku semuanya dengan izin-Nya.

Untuk makan malam hari ini saya menyediakan Vietnamese spring rolls. Saya mempelajari resepi ini daripada kawan seuniversiti di Brisbane. Beliau merupakan seorang rakyat Vietnam yang sudah lama bermastautin di Australia. Sangat lemah lembut dan peramah orangnya. Resepi ini ringkas, sedap dan sesuai untuk dimakan sebagai snek hidangan petang dan juga sesuai untuk makan malam jika anda tidak mahu mengambil nasi. 


Resepi ini boleh dipelbagaikan isinya. Sama seperti popia melayu, yang boleh dimasukkan pelbagai jenis inti. Tapi 'popia' Vietnam ini kaya dengan sayur-sayuran, menyihatkan kerana tidak perlu digoreng.

Bahan-bahan popia.
Rice paper wrapper (boleh dibeli dipasaraya)
Daun pudina
Udang yang direbus dan dibuang kulit
Lobak merah yang dipotong memanjang
Bihun yang telah dicelur
Timun batang yang dipotong halus memanjang

Bahan-bahan sos
4 sudu besar cuka
4 sudu besar sos ikan
1 cawan air
1 sudu besar gula
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
Cili padi dipotong kecil-kecil
Kacang tanah tumbuk

Cara-cara membuat popia
1. Mulakan dengan melembutkan rice paper wrapper. Celupkan rice paper tersebut dalam semangkuk air suam. Buat perlahan-lahan, kerana rice paper ini senang koyak. 
2. Kemudian, letakkan rice paper yang telah lembut tadi, di atas pinggan. Susun daun 3 helai daun pudina di atas rice paper tadi. Kemudian susun udang (saya letak 3 ekor udang untuk setiap spring roll).
3. Letakkan bihun, lobak merah dan timun di atas udang tadi. 
4. Dengan berhati-hati, lipat rice paper seperti melipat popia.
5. Lipat bahagian tepi dahulu, dan gulung rice paper sehingga selesai.
6. Siap sedia untuk dihidang. Sajikan spring rolls ini bersama sosnya.


Cara-cara membuat sos
1. Masukkan semua bahan dalam periuk.
2. Masak sekejap sehingga gula larut.




Assalamualaikum semua.  Apa rancangan hari minggu anda semua?  Ada yg mengemas rumah dan ada juga yang keluar berjalan-jalan bersama keluarga. Cepat sangat terasa dah habis seminggu..dah hari jumaat. Mungkin sebab banyak sangat kerja jadi tak terasa seminggu berlalu begitu pantas. Teringat akan surah al-Asr.
"Demi masa sesungguhnya manusia didalam kerugian..melainkan manusia yang beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebaikan dan berpesan-pesan pula dengan sabar."




Untuk makan malam hari ini saya menyediakan aglio e olio spaghetti.  Alio e oglio dalam bahasa Italy bermaksud bawang putih dan minyak. Hidangan ini cukup ringkas dan sedap. Bahan utama hidangan ini adalah bawang putih dan minyak zaitun. Bawang putih mempunyai banyak khasiat antaranya adalah berfungsi sebagai antibiotik yang dapat membunuh kuman. Minyak zaitun juga sangat berkhasiat. Pengambilan minyak zaitun secara konsisten dapat mencegah penyakit koronari. Jom lihat resepi dari saya ini.


Bahan-bahan.
 Spaghetti
Sekeping Dada ayam
6 ekor udang
Daun parsley dicincang halus
3 ulas bawang putih dicincang halus
3 sudu besar mintak zaitun
1 sudu teh serbuk lada putih
Garam secukup rasa
Lada capsicum (optional)
Grated parmesan cheese (saya tak letak)

Cara-cara
1. Rebus spaghetti sehingga masak. Masukkan sedikit minyak dalam air untuk merebus spaghetti. 
2. Setelah spaghetti masak, toskan dan ketepikan dahulu.
3. Masukkan minyak zaitun dalam kuali. Tumis bawang putih.
4. Masukkan isi ayam yang dipotong kecil-kecil. Setelah ayam hampir masak, masukkan udang.
5. Masukkan garam dan lada putih.
6. Masukkan spaghetti.  Masukkan daun parsley dan capsicum. Gaul sehingga semua bahan bercampur sebati.
7. Siap sedia untuk dihidang. Jika suka taburkan grated parmesan cheese di atasnya.




Assalamualaikum semua. Sedar tak sedar kita dah berada di penghujung Ramadhan. Cepat sgt masa berlalu.  Alhamdulillah minggu lepas saya dah lulus confirmation of candidature or proposal defence.  Rasa lega sket kepala setelah setahun bekerja keras. So lepas ni bolehlah tumpukan kepada langkah seterusnya. 3 tahun lagi utk lengkapkan perjalanan Phd ni (feeling nervous).


Dua hari sebelum saya perlu membentangkan proposal kajian, tiba-tiba anak saya demam. High temperature.  Semenjak tinggal kat sini dia x pernah demam. Memang cabaran, semalaman tak tidur esoknya pula saya ada sesi practice utk pembentangan. Kepala dah rasa pening. Setibanya saya kat bilik utk practice presentation tu tup2 desktop plak tak de. Memang hairan bin ajaib. Macam mana desktop boleh hilang. Terpaksalah pergi panggil technician.  Diaorag pun pelik. Then selepas di siasat, jelas la ada org curi desktop . Then polis pula datang. Nak siasat. Dok ambik keterangan kami and cap jari. Sesi practice pula terpaksa ditunda ke sebelah petang pula. Kepala dah pusing2, puasa campur pula tak cukup tidur. 


Tapi alhamdulillah semasa hari actual pembentangan everything went very well. Ramai rakan-rakan sepejabat hadir sbg audience untuk memberikan sokongan. Panel pemeriksa juga sgt berpuas hati dengan proposal kajian. Rasa terharu sgt and syukur sgt2. Supervisor pun dah sengih sampai telinga hari tu. Memang ada hikmah bila terpaksa tukar supervisor pada bulan March hari tu. Semoga perjalanan selepas ini berjalan dengan lancar. Terima kasih juga kepada suami terchenta sb faham isteri dia sibuk study..hehe. Kadang-kadang lauk berbuka pun simple2 sahaja. 

Hari ini saya menyediakan mee telur yang digoreng. Ini merupakan masakan cina. Mee telur ini juga boleh disajikan bersama sup. Senang sahaja untuk menyediakan sajian ini. Cepat dan ringkas dalam masa 30 minit dah boleh siap. Saya ambil resepi ini dari blog Hana. Memang sedap tak rugi untuk mencuba.

Bahan-bahan
2-3 ikat dry egg noodles
2 ekor udang galah besar - belah tgh@bleh guna daging - hana gune udang biasa
1 inci halia - hiris
2 ulas bawang putih - cincang
sayur kailan atau sawi - potong
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
setitik minyak bijan
1.5 cawan stok ayam - hana campur air+kiub ayam
1 biji telur - kocok
serbuk lada sulah
tepung jagung utk pekatkan kuah


Cara-cara
  1. Rebus mee hingga lembut kemudian basuh dgn air sejuk dan toskan. keringkan sekejap. Panaskan minyak. Goreng hingga garing keemasan. Angkat dan toskan.
  2. Kuali lain, panaskan sedikit minyak.. masukkan bawang putih dan halia. tumis hingga naik bau. Masukkan sos tiram, kicap, minyak bijan, lada sulah dan stok ayam. Masukkan pula udang dan sayur kailan@sawi. Biarkan sebentar hingga masak. 
  3. Kecilkan api, bancuh tepung jagung dan juga sedikit air. Kacau. Kemudian masukkan telur. Siramkan kuah ke atas mee dan sayur serta udang tadi. Hidangkan dengan chili/lada jeruk.






Semalam balik dari universiti tak ada idea hendak masak apa. Sebenarnya dah bosan asyik ulang menu yang sama. Then, husband cakap makan bihun goreng pun sodap. Suka la hati saya sebab senang je nak masak bihun goreng..hehe.
Saya menyediakan bihun goreng Singapore yang senang untuk dimasak dan sedap. Saya rasa banyak lagi resepi bihun goreng Singapore yang ada di blog-blog masakan. Tetapi ini adalah versi saya menyediakannya.  Jom lihat resepinya.

Bahan-bahan

1 peket kecil bihun
10 ekor udang
Fish cake dihiris nipis  (terpulang nak letak banyak mana)
Carrot (terpulang nak letak banyak mana)
Taugeh  (terpulang nak letak banyak mana)
Daun bawang (untuk ditabur)
1 sudu besar sos tiram*
2 sudu besar sos ikan*
2 sudu teh serbuk lada hitam*
2 sudu teh serbuk lada sulah*
3 ulas bawang merah tumbuk*
3 ulas bawang putih ditumbuk*
2 sudu teh cuka*

Cara-cara
1. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
2. Masukkan semua bahan bertanda *
3. Masak sehingga naik bau/ garing
4. Masukkan carrot, udang dan fish cake dan garam secukup rasa.
5. Setelah udang masak, masukkan bihun. Gaul sebati.
6. Setelah bihun digaul sebati, masukkan taugeh.
7. Setelah siap, bolehlah ditabur daun bawang atasnya.

Sudah lama saya tidak memasak udang masak lemak. Memang sedap jika gunakan udang segar. Resepi ini ringkas dan senang.Lagi sedap jika anda masukkan juga nenas di dalam masakan ini.
Tetapi saya hanya masukkan timun batang kerana itu sahaja yang ada.hu2.  Jom lihat resepinya.

Bahan-bahan
10 ekor udang
1/2 cawan santan
6 ulas bawang merah*
1 inchi kunyit*
1 batang serai
1 keping asam keping
1 batang timun

Cara-cara
1. Bahan bertanda * dicampur bersama dan blender sehingga lumat.
2. Masukkan bahan yang sudah diblender kedalam periuk
3. Campurkan santan dan serai. Tambah sedikit air jika santan terlalu pekat.
4. Reneh atas dapur dengan api kecil sehingga santan mendidih.
5. Kemudian masukkan udang , timun dan asam keping.
6. Masukkan garam secukup rasa.
7. Masak sebentar sehingga udang kelihatan masak.

Salam hari Ahad semua, hari ini saya masak tomyam putih untuk makan tengah hari.  Kami sekeluarga lebih gemarkan tomyam putih berbanding tomyam biasa. Rasa tomyam putih ini tidak pedas dan sesuai untuk kanak-kanak. Hari ini selain tomyam putih saya juga menyediakan daging masak merah. Memang ngam dengan tomyam. Resepi daging masak merah boleh dilihat disini.
Untuk memasak tomyam putih cara-cara dan bahannya sangat mudah. Jom lihat resepi.

Bahan-bahan

10 ekor udang
1 btg serai diketuk
2 hiris lengkuas diketuk
2 helai daun limau purut
3 ulas bawang putih diketuk
Carrot
Bunga kobis
1 biji tomato
1/2 labu bawang besar holland
2 sudu besar air limau nipis/limau purut
2 sudu besar sos ikan
Garam
Serbuk perasa
Daun ketumbar untuk ditabur

Cara-cara
1. Tumis bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan air.
3. Masukkan sayur carrot dan bunga kobis.
4. Kemudian masukkan lengkuas, serai, daun limau purut, sos ikan, air limau, bawang besar ke dalam periuk.
5. Setelah sayur separuh masak, masukkan udang.
6. Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
7. Biarkan mendidih sehingga udang masak.
8. Setelah siap, tabur daun ketumbar ketika hendak dihidang.

Kebelakangan ini saya sangat sibuk membuat persiapan untuk pembentangan proposal defend. Alhamdullilah, walaupun sgt mencabar, saya dapat mengharunginya shg ke saat ini dgn sokongan keluarga dan supervisor. Draft dokumen semakin diperbaik, supervisor byk membimbing, beliau tidak akan dengan mudah memberikan jalan penyelesaian, tetapi akan membimbing saya berfikir dgn sendiri mencari solusi.
Saya rasa kalau saya di Malaysia jika sibuk macam ni pasti banyak lauk kedai sahaja setiap hari..he2.  Sibuk macam mana pun tanggungjawab sbg ibu dan isteri utk menyediakan makanan yg halal tetap diteruskan.Setiap pagi sebelum ke universiti, merupakan masa yg paling sibuk bagi saya utk menyiapkan juadah. Sebab itu saya menggemari resepi yg ringkas shj.
Resepi ini merupakan resepi spontan yg saya masak, namun hasilnya tidak mengecewakan. Kadang2 kita jgn takut mencuba menghasilkan resepi baru. Ok, jom lihat resepinya.

Bahan2
8 ekor udang saiz sederhana
1cawan tepung jagung
1cawan potato starch
1sudu teh serbuk bwang putih (kalau tiada boleh cincang bawang putih)
1 sudu teh serbuk lada sulah
3 sudu besar bijan
Sedikit garam

Bahan2 sos
2 ulas bawang putih
Carrot dipotong dadu
Tomato dipotong dadu
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1sudu besar tepung jagung
1cawan air.


Cara2
1. Campurkan serbuk bawang putih,lada sulah dan garam kedalam tepung jagung.
2.Didalam bekas lain campurkan potato starch bersama bijan.
3. Kemudian, ambil udang dan lumurkan dengan campuran tepung jagung.
4. Celup udang ke dalam air dengan cepat dan angkat kemudian lumurkan dgn campuran potato starch. (Tip utk udang rangup, jangan gunakan telur, celup dlm air shj).
5. Goreng shg garing.


Cara2 menyediakan sos.
1.tumis bawang putih.
2 masukkan semua bahan2 kecuali tepung jagung.
3. Masak sehingga mendidih. Kemudian campurkan bancuhan tepung jagung.
4. Siap. Curahkan sos atas udang tadi. Taburkan bijan untuk hiasan.
Dari dulu saya memang tak pernah pandai membuat egg floss yg ditabur di atas butter prawn.  Puas sudah melihat teknik membuat egg floss di you tube,  tapi masih tidak menjadi. Walaubagaimanapun,  rasa butter prawn ini tidak menghampakan, sedap walaupun egg flossnye tidak cantik. Saya ambil resepi ini drp dapur kak azie. Cantik sungguh egg floss buatan kak azie. Jom lihat resepinya.

Sumber resepi azie kitchen.


Egg floss:
2 biji kuning telur
1 senduk butter/margerin
1 cawan minyak masak


  1. Pukul ringan kuning telur. 
  2. Panaskan butter/margerin bersama minyak masak. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan minyak dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.
  3. Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya telur jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan. 
  4. Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan besi untuk toskan minyaknya. Langkah seterusnya kita siapkan pula udangnya. 


Udang:
12 ekor udang
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng
3 ulas bawang putih - dicincang
6-8 tangkai cili padi - dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair/susu segar
Sedikit butter/margerin untuk menumis
Sedikit serbuk lada hitam/putih - jika suka
Garam secukup rasa


  1. Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.
  2. Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine sudah ada garam.
  3. Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi. Siapp