Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.

Assalamualaikum semua. Semoga semua dalam keadaan baik-baik sahaja.   Hari ini mamadee ingin berkongsi satu resepi kegemaran mamadee sekeluarga, kimbap/ gimbap atau korean sushi.  
Terdapat perbezaan  antara kimbap dengan sushi jepun, iaitu nasi kimbap dicampur  dengan minyak bijan, manakala sushi jepun nasinya digaul dengan cuka. Sushi jepun juga biasanya disajikan dengan kicap atau wasabi, tetapi kimbap ini anda boleh makan begitu sahaja.

Terdapat pelbagai  pilihan filling yg anda boleh pilih untuk diisi didalam kimbap, seperti tuna, chicken  strip, beef dll.  Pendek kata, terserah kepada anda untuk berkreativiti dengan pilihan citarasa masing-masing. Kali ini mamadee memilih lamb sebagai filling.  Kimbap ini sangat sesuai  untuk dibawa sebagai bekal ke tempat kerja atau kesekolah dan juga untuk berkelah.

Jom lihat resepinya. 

Bahan-bahan 
1 cawan beras sushi
1/2 cawan air untuk memasak nasi
2 sudu teh minyak bijan
Sedikit garam
Nori / seaweed  untuk membalut kimbap

Bahan-bahan  filling
Carrot dihiris panjang-panjang dan dicelur
Bayam dicelur
1 biji telur untuk dijadikan telur dadar (Telur dadar dipotong panjang-panjang)
Daging lamb dipotong memanjang
2 sudu teh minyak bijan*
1 sudu besar kicap*
1 sudu teh lada hitam*

Cara menyediakan nasi.
1. Bersihkan beras. Masukkan beras dan air kedalam periuk.  Masak nasi seperti biasa.
2. Setelah nasi masak, masukkan kedalam bekas, campurkan minyak bijan dan garam kedalam nasi, gaul sehingga sebati. Ketepikan, biarkan nasi sejuk.

Cara menyediakan lamb filling.
1. Gaulkan lamb dengan bahan-bahan bertanda *.
2. Perap sebentar dalam 15 minit.
3. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak, kemudian masukkan lamb yang telah  diperap tadi.
4. Goreng sehingga masak.


Cara assemble kimbap
1. Letakkan seaweed diatas bamboo mat.  Letakkan nasi diatas seaweed tadi. Ratakan nasi.
2. Kemudian letakkan bahan-bahan filling, telur, daging, carrot dan bayam.
3. Kemudian gulung kimbap dengan berhati-hati. 
4. Setelah siap digulung, ambil pisau dan potong kimbap dalam 1/2 inchi tebal. Sedia untuk dihidang


Assalamualaikum semua. Sudah lama rasanya Mamadee tak berkesempatan berkongsi resepi dengan pembaca blog. Tetapi anda boleh follow Mamadee di Instagram. Selalu juga Mamadee update resepi di instagram kerana lebih senang menggunakan telephone. hehe. Sibuk, bagai tak cukup tangan mengguruskan keluarga dan pengajian disini. Alhamdullilah tak lama lagi milestone kedua untuk PhD akan Mamadee jalani pada bulan Julai nanti. Dokumen untuk panel penilai dah berjaya disiapkan. Cuma sekarang masih menunggu maklum balas dari kedua-dua penyelia.

Dalam kesibukan belajar, tanggungjawab sebagai ibu dan isteri tetapi menjadi keutamaan. Terutama dalam menyajikan hidangan berkhasiat dan menyelerakan kepada keluarga. Boleh dikatakan setiap hari Mamadee memasak hidangan untuk keluarga kerana di Australia, kos untuk makan diluar agak mahal. Atas faktor kekangan masa, selalunya masakan yang menjadi pilihan adalah masakan yang senang disediakan dan yang penting lazat dan berkhasiat.


Okay, berbalik kepada resepi kali ini, Mamadee menyediakan sayur goreng dengan telur. Sayur brokoli dan bunga kobis memang menjadi kegemaran anak Mamadee. Tambahan pula bila digoreng dengan Maggi® CukupRasa...yummy. Memang dia makan sayur tu sahaja, macam makan nasi.hehe.

Maggi® CukupRasa ini mengandungi bawang merah dan bawang putih yang akan membuat hidangan sayur goreng bertambah-tambah enak.  Suami Mamadee yang tak suka makan sayur pun akan makan sayur goreng ni bila digoreng dengan Maggi® CukupRasa. Apa yang Mamade suka, adalah, dengan menggunakan Maggi® CukupRasa ni, masa memasak dapat disingkatkan dan sangat mudah kerana semua rencah dan rasa secukupnya dah siap terkandung dalam pek Maggi® CukupRasa. Jadi, tak perlu pening-pening kepala nak fikir.



Jom tengok resepinya.

Bahan-bahan

100g brokoli
100g bunga kobis
100g carrot
2 ulas bawang putih (diketuk)
1/2 sudu besar Maggi® CukupRasa
1 biji telur saiz besar
1 biji cili merah besar

Cara-cara.
1. Tumiskan bawang putih sehingga kuning.
2. Kemudian masukkan brokoli, bunga kobis dan carrot.
3. Setelah sayur setengah masak, pecahkan telur ditengah-tengah. Kacau dengan cepat sehingga telur hancur dan menyelaputi sayur.
4. Kemudian masukkan Maggi® CukupRasa
5. Masukkan cili merah yang telah dipotong kecil-kecil. Goreng sehingga masak. Sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba.