DIMSUM
Assalamualaikum semua. Hari ni terlebih rajin update blog.hehe. Dah banyak resepi yang terperap dalam folder draft. Sekarang baru ada masa nak berblog. Kononnya hari tu stress dengan proposal. hehe. Tapi saya ada baca satu buku ni, penulis tu tulis stress sebenarnya bagus untuk kita bergantung kepada cara kita menangani stress tersebut.
Jika kita stress akibat takut gagal, ia akan mendorong untuk berusaha dengan lebih gigih.
Jika kita stress akibat jahil, ia akan mendorong untuk menuntut ilmu.
Jika kita stress akibat berdosa, ia akan mendorong kita untuk beristigfar dan tak mengulang dosa.
Jika kita stress akibat sakit, ia akan mendorong kita untuk lebih menjaga kesihatan.
Kali ini saya cuba buat sendiri dimsum. Sepatutnya kulit dimsum ini berbeza daripada kulit wantan. Tapi alang-alang kat rumah ada wantan wrap, malas la pula nak pergi cari dimsum wrap kat kedai. Kalau semasa di Malaysia saya sgt suka makan dimsum bila berkunjung ke kedai makan chinese muslim. Kadan-kadang tak sedar dah berapa biji kena ngap. Tapi kat sini nak makan dimsum kena buat sendiri..huhu, tak jumpa dimsum yang halal. Saya merajinkan diri google resepi, dan resepi ini saya ambil dari blog kak jee.
Bahan-bahannya (sukatan untuk bahan-bahan ini perlu diagak sendiri ye)
- Wantan Pastry
- Isi ayam (tanpa kulit)
- Isi Udang
- Cendawan Shitake kering
- Carrot
- Daun Bawang
- Minyak bijan
- 1 biji telur
- Tepung Jagung
Cara-cara.
1. Panaskan kukusan.
2. Campurkan semua bahan dan gaul sebati.
3. Ambil wantan wrap dan letakkan inti ditengah2 kemudian balut.
Cara membalut shumai dimsum boleh dilihat disini
3 comments
salam mama dee. aritu ada pihak mjlah aroma minta pendapat sy utk cdgkn blog yg sesuai utk diketengahkan dlm mjlh tersebut. jadi, sy cdgkn blog mama dee. Kalau ada dpt apa2 berita dari pihak mjlh aroma, let me know ya. :) harap blog mama dee terpilih lah :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Delete@A.B.M Thank you A.B.M sudi suggest blog mamadee.hehe. Selamat hari raya di perantauan :)
ReplyDelete