AGAR-AGAR PANDAN SANTAN
Alhamdulillah masih berpeluang menjalani ibadah di bulan penuh kemuliaan ini. Ada guru mengaji al-Quran disini sampaikan pesan, jika kita sudah lancar dan pandai mengaji, jangan hanya mengaji sahaja, bacalah tafsirnya sekali. Dush2..rasa terkena batang hidung sendiri. Kadang-kadang memang nak cepat khatam al-quran without look at tafsir. Beliau berkata, yang penting kita faham kandungan al-quran barulah dapat beramal dengannya dan menghayatinya. Pesanan yang ringkas tapi amat bermakna kan.
Berbalik kepada resepi kali ini, sebenarnya dah lama mengidam nak makan agar-agar pandan santan ni. Memang favourite saya, tapi husband tak gemar sgt. Jadi hasrat nak buat ni selalu tertangguh-tangguh. Minggu lepas pula pergi ke asian supermarket dok cari agar-agar halal tapi kata tokeynya dah habis stok. huhu. Tertangguh lagi nampaknya.
Kebetulan minggu ni, masa pergi ke asian supermarket tu tengok2 dah ada stok agar-agar halal. Rasa nak borong je, tapi nampak macam tamak sangat mengalahkan orang nak berniaga. Jadi saya ambil satu paket je.hehe. Last time saya buat agar-agar ni tak menjadi dua lapisan terpisah, skrg saya baru tahu tipsnya. Unutk jadikan dua lapisan tu kena masak adunan agar-agar dan santan tu lama biar sampai menggelegak.
Resepi ini saya ambil dari blog amiehani
.Bahan-bahan
20g agar-agar (pastikan ada tanda halal)
1 1/2 cawan gula
1 cawan air pandan (blender pandan)
1 sudu teh pewarna hijau epal
4 cawan air
2 cawan santan (campur pekat + cair)
1 biji telur
Cara-cara membuatnya :
1) Masukkan agar-agar, gula, 4 cawan air dan 1 cawan air pandan ke dalam periuk. Rebus sehingga agar2 hancur sepenuhnya.
2) Masukkan pewarna hijau epal. Gaul rata.
3) Dalam bekas yang lain, pukul telur. Masukkan telur yang dipukul ke dalam bekas santan. Gaul rata.
4) Masukkan santan yang telah dicampur dengan telur ke dalam periuk tadi. Tunggu sehingga menggelegak sekali dan boleh matikan api.
5) Tapis adunan ke dalam bekas dan biarkan sejuk.
6) Masukkan ke dalam peti sejuk supaya lebih sedap di makan. Selamat Mencuba!!
2 comments
D, daun pandan brp helai?
ReplyDeleteK. Fiza
@Anonymouskak fiza, D guna 5 helai daun pandan, just nice utk dptkan aroma pandan tu
ReplyDelete