Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.

BISKUT ROCKY ROAD

By 6:33 PM




Assalamualaikum. Macam mana persiapan raya?  hehe. Dalam kita bergembira untuk menyambut hari raya ingat lah juga kepada yang serba kekurangan. Pakat-pakatlah kita menderma. Sedih bila tengok saudara kita di Gaza yang terus diuji dengan hebat. Mungkin kita tak mampu nak usung senjata berperang tapi kita masih mampu menderma dan juga berdoa untuk saudara kita di sana.

Antara waktu mustajabnya doa adalah tatkala berbuka puasa.

Dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash Radhiyallahu 'anhu bahawa dia mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak".

[Sunan Ibn Majah]

Marilah kita sama-sama doakan saudara-saudara kita di bumi Gaza.

Untuk yang ingin menderma, boleh pergi ke link ini.


Berbalik kepada resepi kali ini, first time saya makan biskut ini kira-kira 2 tahun lepas. Masa tu saya beli sebalang biskut ni kat kedai biskut raya di Warta Bangi. Biskut ni memang 'bukan sekadar rupa'... walaupun rupanya tak cantik tapi hatinya baik. tapi sangat sedaaaap. Lepas tu dok berulang pergi balik kat kedai tu sebab nak beli biskut ni. Tak silap saya kedai yang jual biskut ni ada kiosk juga kat Alamanda Putrajaya. Kiosknya yang ada jual macam-macam jenis kurma tu. Tapi tak tahulah sekarang ada lagi ke tidak.


Disebabkan teringin nak makan, jadi saya google resepi ni. Terjumpa resepi dari dapur kak wan. Tengok bahan-bahan macam senang je, apa lagi terus cuba.

Bahan A
100g putih telur
1/8 sudu teh cream of tartar
100g gula caster

Bahan B
10 g tepung jagung
100 g kacang
80 g hirisan badam (saya tak letak)
100 g cornflakes hancur (yang ni saya tambah)
60g coklat chips (saya tak letak sebab tak ada)
1 sudu teh cappucino emulco

Cara-cara
1. Pukul bahan A sehingga putih telur bertanduk/kental
2. Masukkan bahan B dan kaup balik sehingga rata.
3. Sudukan setengah sudu kecil ke atas loyang pembakar.
4. Bakar dalam oven pada 140degree celcius selama 30-40 minit
5. Cuba tekan dengan jari, jika lembut lagi bakar lagi dalam oven.
6. Sejukkan biskut atas redai dan simpan dalam balang sesudah sejuk



You Might Also Like

0 comments