Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.

NASI AYAM

By 12:32 AM ,


Apa khabar semua. Macam mana dengan ibadah anda sepanjang Ramadhan ini? Sedar tak sedar dah hampir separuh bulan ramadhan kita lalui. Ambillah kesempatan bulan yang penuh berkat ini untuk beribadat kerana ganjarannya tersangatlah besar. Hari minggu ini saya menyediakan nasi ayam ringkas untuk berbuka petang ini.


Ini style saya menyediakan nasi ayam, mungkin orang lain mempunyai style tersendiri. Tengah2 memasak tadi tiba2 terngiang2 lagu "the chicken rice shoooppp..buka  sekadar nasi ayam" haha.  Kalau berkunjung ke kedai chicken rice shop di Malaysia saya suka makan pie tie. 

Jom tgk resepi nasi ayam ini.

Bahan-bahan ayam
2 ketul peha besar ayam
1 inchi halia ditumbuk
4 ulas bawang putih ditumbuk
Sedikit garam
1 sudu teh cuka


Bahan-bahan nasi
2 cawan nasi
Air rebusan ayam
2 biji buah pelaga
1 btg kayu manis
1 bunga lawang
1/2 labu bawang besar

Bahan-bahan sos
1 biji tomato dikisar
3 biji cili merah dikisar
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Sedikit air

Bahan-bahan kicap
3 sudu besar kicap pekat
Sedikit air
Sedikit halia dihiris halus

Bahan-bahan sup
Air rebusan ayam
1 bunga lawang
1 btg kayu manis
2 biji buah pelaga
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih.
1/2 inchi halia dihiris
1 sudu teh lada putih


Cara-cara menyediakan ayam
1. Lumurkan ayam dengan halia dan bawang Yang telah ditumbuk dan juga garam.
2. Masukkan ayam tersebut kedalam periuk. Masukkan air sehingga tenggelam ayam. Rebus ayam sehingga masak.
3. Setelah ayam masak, angkat dan lumurkan kicap manis pada ayam. Perap sebentar dalam 30 minit. Kemudia goreng ayam dalam minyak panas.


Cara menyediakan nasi.
1. Tumis bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang besar yang telah dihiris nipis.  Tumis sehingga bawangn kekuningan.
2. Masukkan beras. Goreng beras sebentar. Kemudian masukkan air rebusan ayam. Sukatan air bergantung kepada jenis beras anda.
3. Masak nasi seperti biasa.


Cara menyediakan sos.
1. Campur semua bahan dan masak sebentar atas api kecil.

Cara menyediakan kicap.
1. Campur semua bahan dan masak sebentar atas api kecil.

Cara menyediakan sup
1. Tumis bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga. Kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis sehingga kekuningan. Masukkan 1 sudu besar gula dalam tumisan bawang. Tumis sehingga bawang bewarna coklat.
2. Kemudian masukkan air rebusan ayam.
3. Masukkan serbuk lada putih dan garam secukup rasa.






You Might Also Like

0 comments