Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.

BINGKA PANDAN & SATU PENGHIJRAHAN

By 12:37 AM , , ,






Assalamualaikum semua. Semoga semua pembaca dapat menjalani ibadah dengan lebih baik di bulan penuh keberkatan ini.

Oh, by the way, tajuk kali ini agak drama kerana selain ingin berkongsi resepi kegemaran saya bingka pandan, kali ini saya ingin berkongsi ilmu yang saya perolehi semasa menghadiri usrah di Brisbane. Ustazah yang menyampaikan pengisian usrah tersebut adalah pegawai Jakim yang mengikut suami beliau melanjutkan pelajaran di sini. Kebiasaanya ada beberapa sesi semasa usrah iaitu tadarus al-quran, belajar tajwid, tadabbur/ tafsir kandungan al-quran, ilmu parenting dan juga isu-isu semasa. Saya akui, sebelum ini saya memang agak skeptikal bila di ajak menghadiri majlis agama sebegini. Terasa majlis2 sebegini terlalu ke'ustazahan' dan saya ini bukanlah termasuk kategori ustazah jadi agak segan untuk menyertai majlis2 sebegini.  Tetapi bila berada disini, pandangan itu berubah, majlis keagamaan sebegini adalah untuk semua, x kira lah anda pakai tudung labuh atau jeans, ataupun anda penggemar lagu Daft punk ataupun Hafiz Hamidon . Semua dialu-alukan ke majlis ini. Orang kata kalau belum mampu lakukan penghijrahan yang besar, kita boleh mula dengan hijrah yang kecil2 dahulu :)



Panjang pula saya berceloteh. Kali ini ustazah tersebut menyampaikan ilmu parenting yang diamalkan oleh sheikh hassan al-bana. Buku tersebut anda boleh baca di link ini. Antara yang kita boleh amalkan adalah makan bersama/berjemaah bersama keluarga walaupun sibuk. Semasa makan bersama, silutarrahim dapat dieratkan. Dan saya rasa pada bulan Ramadhan ini satu kelebihan kerana kita sekeluarga dapat duduk bersama di meja makan berbuka puasa bersama. Orang kata lauk yang sedap pun kalau makan sorang2 rasa tak syok. :)

Berbalik kepada resepi bingka pandan ini. Jujur saya mengaku, yang semasa di Malaysia saya tak pernah buat bingka sendiri. Dah sampai disini baru sibuk nak goole resepi bingka. Resepi ini saya ambil dari blog che mat gebu. Bingka ini tak keras dan x lebik, just nice orang putih cakap. Tempoh hari saya buat bingka guna pandan essense tapi tak berapa authentic rasanya, so kali ini saya gigih blend daun pandan untuk mendapatkan rasa pandan yang asli. Jom lihat resepinya.

BAHAN-BAHANNYA
2 cawan tepung gandum, diayak
1 cawan gula halus
3 biji telur gred A
600 ml santan (cm guna 200ml santan kotak + 400ml air)
250 ml jus pandan (5 helai daun pandan, potong kecil dan kisar dengan 250ml air, tapis)
2 camca besar mentega, cair dan sejukkan
1/2 camca teh garam
1/4 camca teh pewarna hijau makanan
Bijan secukupnya untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA

  1. Panaskan oven pada suhu 200C, sapu tin kek berukuran 8inci x 8inci x 2 1/2inci dengan mentega, alas dengan aluminium foil, biar berlebih dibahagian kanan dan kiri tin, tujuan untuk memudahkan  kueh diangkat keluar. Lenser dengan mentega. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, pukul telur dan gula dengan whisk hingga hancur, masukkan santan dan jus pandan, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit dan kacau hingga licin. Tambah garam, pewarna hijau makanan dan mentega cair. Kacau rata2 dan tapis. Ketepikan
  3. Panas kan acuan dalam oven selama 10 minit, kemudian keluarkan dan tuang bancuhan kuih bakar (kacau dulu sebelum dituang). Bakar 10 minit, keluarkan dan tabur bijan rata2. Sambung bakar lagi 40 - 50 minit atau hingga masak (bila cucuk dengan lidi sate, keluar bersih) dan permukaannya perang (cm tukar oven pada fungsi grill dan bakar 5-6 minit lagi hingga permukaan kuih sedikit berkerak)..
  4. Sejukkan bingka sekejap longgar2kan dari tin, gunakan spatula dan keluarkan, biar sejuk sepenuhnya sebelum dipotong..


You Might Also Like

0 comments