Giant bubbles recipe
Sempena cuti deepavali kami sekeluarga keluar beriadah di taman tasik cempaka. Memang meriah, ramai orang keluar beriadah bersama keluarga. Kebetulan di situ ada orang menjual giant bubble. Untuk 100ml rm2, 200ml rm3. Ilham nampak sgt enjoy bermain giant bubble. Memang tak cukup sekadar 200ml.
Balik kat rumah kami cuba untuk buat sendiri giant bubble. Senang sahaja rupanya cara nak buat giant bubble ni.
Saya tengok resepi ini dari website happyhooligans.com. Kebetulan bahan-bahan memang dah ada kat rumah. Cuma gliserin sahaja yang saya singgah beli di kedai bahan bakeri. Murah sahaja, sebotol kecil harganya rm1.30.
Dah lepas siapkan adunan giant bubble di rumah, bukan sahaja ilham yg teruja nak bermain giant bubble, mama dan abah pun join sekali.
Jom lihat resepinya.
6 cawan air
1/2 cawan cecair pencuci pinggan (anda juga boleh gunakan syampu pencuci kereta)
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu besar baking powder
1 sudu besar gliserin
Cara membuatnya.
1. Campurkan tepung jagung dengan air. Kacau perlahan-lahan dengan whisk.
2. Setelah tepung larut dalam air, masukkan bahan-bahan selebihnya dalam air. Kacau perlahan-lahan.
3. Biarkan ia set dahulu selama sejam.
4. Sambil-sambil tu kita sediakan wand untuk bermain giant bubble ini.
5. Saya gunakan 2 btg straw dan tali.
6. Masukkan tali kedalam straw.
7. Bentukkan seperti dlm gambar di atas.
Cara bermain, celupkan wand yg telah dibuat kedalam air bubble yg kita dah sediakan tadi.
*bentuk wand tadi perlu diubah2 bergantung kepada keadaan.
*awal2 mmng bubble yg dihasilkan cepat pecah, tapi bila dah lama sedikit ia semakin okay. Bubble yg dihasilkan juga semakin besar.
12 comments
Wahhh..bestnyer....!!! Siap ade resepi tu...hehehe... biasa BW jumpa resepi mknn...hehehe..
ReplyDeleteKak Dee memang creatif.Thumbs up!Bukan takat masak jer pandai,bikin belon pun pandai.Hihihi!
ReplyDelete@julsjulie80haha.. tetiba kan keluar resepi bubble plak kat blog masak. hehe.
ReplyDelete@Syafinaz Alihaha.. jgn puji lebih2 Fie, nanti kombang tak kempis-kempis.
ReplyDeleteHahaha...tersa mcm nk cba buat petg ni sempat lg ni....
ReplyDeletetak menjadi pun...
ReplyDeleteBoleh share cup tu besar mane?
ReplyDeletetak jadi juga.. :(
ReplyDeletecepat pecah tak?
ReplyDeletecepat pecah tak?
ReplyDeleteSaya pernah buat juga sekali. Tak jadi yang saya buat tu. Rasa sebab salah sukatan. Hihi. Lepastu tak pernah buat dah. Dah lama sgt tak buat. Rasa nak buat pula 😆
ReplyDeletemana nak beli gliserin tu?
ReplyDelete