Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.

Buttermilk chicken

By 7:48 PM , ,


Selamat sejahtera semua. Tak lama lagi Aidiladha bakal menjelma. Alhamdulillah tahun ini kami berpeluang beraya di Malaysia. Kami akan pulang ke Kelantan untuk beraya kali ini. Memang sangat seronok jika pulang beraya di Kelantan. Yang paling saya gemar adalah makan perut lembu dengan pencicah. Pergh.. memang terbaik.

Tetapi sebelum kita mabuk makan daging untuk seminggu dua minggu yang akan datang, hari ini saya ingin berkongi resepi butter chicken. Resepi ini saya lihat di wall facebook rakan saya. Nampak sedap dan senang. Jom lihat resepinya.

Bahan-bahan ayam
2 keping dada ayam
1 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk kari
1/2 sudu besar tepung jagung
1 biji telur

Bahan-bahan kuah buttermilk
1 sudu besar minyak masak
2 sudu besar mentega
1 ulas bawang putih cincang halus
1/2 labu bawang besar holland dicincang halus
2 biji cili padi
2 tangkai daun kari
1 1/2 cawan susu cair
2 keping keju cheddar (saya tambah)
1 sudu besar gula
1 kiub ayam (saya tambah)


Cara-cara.
1. Sedaikan bahan perap ayam, gaul sebati. Perap ayam dengan bahan perap lebih kurang 30 minit. Kemudian goreng ayam dalam minyak panas hingga garing, angkat dan ketepikan.

2. Panaskan kuali, cairkan mentega, Tumis bawang, cili padi dan daun kari sehingga naik bau.

3. Tuangkan susu cair, gula, kiub ayam dan garam. Kacau sentiasa sehingga kuah pekat. Carikkan keju cheddar dan masak sehingga kuah pekat.

4. Masukkan ayam dan gaul sehingga sebati atau boleh juga dicurahkan kuah atas ayam.

5. Sedia dihidang dengan nasi putih panas.




You Might Also Like

0 comments