Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.

Vietnamese spring rolls/ popia

By 1:42 AM , , ,

Assalamualaikum semua pembaca. Semoga semua berada dalam keadaan baik-baik belaka. Alhamdulillah, proses mengutip data bagi kajian saya berjalan baik. Ada juga cabaran yang menguji. Tapi, itulah asam garam dalam menjalankan kajian, yang mematangkan fikiran dan emosi. Bergantung kepada diri kita, cara menangani sesuatu keadaan yang tidak dijangka. Bak kata pepatah " Don't curse the darkness, light the candle".  Banyakkan berdoa kepada Allah s.w.t., kerana apa yang berlaku semuanya dengan izin-Nya.

Untuk makan malam hari ini saya menyediakan Vietnamese spring rolls. Saya mempelajari resepi ini daripada kawan seuniversiti di Brisbane. Beliau merupakan seorang rakyat Vietnam yang sudah lama bermastautin di Australia. Sangat lemah lembut dan peramah orangnya. Resepi ini ringkas, sedap dan sesuai untuk dimakan sebagai snek hidangan petang dan juga sesuai untuk makan malam jika anda tidak mahu mengambil nasi. 


Resepi ini boleh dipelbagaikan isinya. Sama seperti popia melayu, yang boleh dimasukkan pelbagai jenis inti. Tapi 'popia' Vietnam ini kaya dengan sayur-sayuran, menyihatkan kerana tidak perlu digoreng.

Bahan-bahan popia.
Rice paper wrapper (boleh dibeli dipasaraya)
Daun pudina
Udang yang direbus dan dibuang kulit
Lobak merah yang dipotong memanjang
Bihun yang telah dicelur
Timun batang yang dipotong halus memanjang

Bahan-bahan sos
4 sudu besar cuka
4 sudu besar sos ikan
1 cawan air
1 sudu besar gula
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
Cili padi dipotong kecil-kecil
Kacang tanah tumbuk

Cara-cara membuat popia
1. Mulakan dengan melembutkan rice paper wrapper. Celupkan rice paper tersebut dalam semangkuk air suam. Buat perlahan-lahan, kerana rice paper ini senang koyak. 
2. Kemudian, letakkan rice paper yang telah lembut tadi, di atas pinggan. Susun daun 3 helai daun pudina di atas rice paper tadi. Kemudian susun udang (saya letak 3 ekor udang untuk setiap spring roll).
3. Letakkan bihun, lobak merah dan timun di atas udang tadi. 
4. Dengan berhati-hati, lipat rice paper seperti melipat popia.
5. Lipat bahagian tepi dahulu, dan gulung rice paper sehingga selesai.
6. Siap sedia untuk dihidang. Sajikan spring rolls ini bersama sosnya.


Cara-cara membuat sos
1. Masukkan semua bahan dalam periuk.
2. Masak sekejap sehingga gula larut.



You Might Also Like

6 comments

  1. Setiap menu yg Kak Dee post tak pernah satu pun menghampakan.Semua nampak yummylicious.Dah la senang je nak buat kalau follow recipe yg diberi.Thumbs up Kak Dee : )

    ReplyDelete
  2. @Syafinaz Aliterharunya Fi a.k.a kak jah puji macam tu..hehe. Thanks Fi.

    ReplyDelete
  3. bole tahan lama ker kalo kat luar.ker kena terus makan jer lepas siap

    ReplyDelete
  4. Pakai bihun ape tu. Jenama apa? Tebal dan kenyal sikit kn. Bukan mm bihun biasa

    ReplyDelete