Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.

Sunny side-up with black pepper chicken grill sandwich

By 6:28 PM , ,


Apa khabar semua? Adakah anda jenis yang selalu terlepas untuk bersarapan pada waktu pagi? Sarapan pagi sangat penting untuk membekalkan tenaga untuk bekerja dan juga untuk anak-anak belajar. Sejak zaman persekolahan lagi sarapan wajib diambil oleh saya sebelum ke sekolah kerana khasiatnya bukan saja untuk fizikal tetapi mental. Kanak-kanak yang bersarapan yang sihat didapati mempunyai daya tumpuan yang lebih baik untuk belajar di sekolah. 

Pemilihan sarapan yang baik seharusnya membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.  Sarapan yang mangandungi tinggi protein digalakkan kerana akan mengurangkan rasa lapar sehingga tengah hari, kerana gula dilepaskan secara berperingkat di dalam salur darah. Sebaliknya, sarapan yang tinggi karbohidrat seperti roti canai dan nasi lemak, hanya akan mengenyangkan sekejap sahaja kerana gula dilepaskan dengan cepat dan anda akan kembali lapar tidak lama selepas itu.


Untuk sarapan pagi ini saya menyediakan sunny side-up (telur mata) dan juga black pepper chicken grill yang dimakan bersama roti mill penuh. Bukan sahaja mengenyangkan, tetapi juga berkhasiat dan seimbang.  Telur dan ayam merupakan sumber protein dan roti pula sumber karbohidrat. Sajikan bersama dengan sayur-sayur segar untuk khasiat terbaik.

Bahan-bahan
1 biji telur
1/2 keping dada ayam / chicken fillet
2 sudu teh lada hitam
1 sudu teh lada sulah
sedikit garam
2 keping roti mill penuh
Salad
Carrot yang disagat
Hirisan bawang Holland

Cara-cara
1. Panaskan kuali non-stick. Pecahkan telur dan goreng sehingga masak. Tak perlu masukkan minyak.
2. Lumurkan garam, lada sulah dan lada hitam pada ayam.
3. Kemudian bakar ayam di atas kuali non-stick sehingga masak.
4. Setelah ayam masak, hiriskan halus-halus isi ayam tadi.
5. Ambil roti, letakkan daun salad, serta sayur-sayur pilihan anda, letakkan ayam dan telur tadi. Apitkan dengan sekeping roti lagi. Sedia untuk dinikmati.

You Might Also Like

0 comments