Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.

Siakap stim chinese style

By 5:58 AM , , ,


Masak apa hari ini semua? Sempena cuti sekolah ini, pasti ibu-ibu sibuk menyediakan juadah untuk seisi keluarga. Sebagai seorang ibu pastinya kita sentiasa ingin memberikan yang terbaik kepada keluarga. Yang terbaik bukan sahaja masakan yang lazat tetapi juga berkhasiat. 

Kali ini saya menyediakan ikan siakap stim chinese style. Simple sahaja masakan ini. Hanya campurkan semua bahan dan kukus ikan tersebut. Tetapi apa yang saya sangat suka dengan resepi ini adalah ianya menyihatkan dan berkhasiat. Sos ikan stim ini mempunyai rasa masam-masam manis kerana menggunakan sos plum. Rasanya seakan-akan asam boi. Memang sedap dan kena dengan selera saya. 

Halia dan bawang putih merupakan bahan utama yang diperap bersama ikan. Seperti yang kita semua tahu, halia mempunyai pelbagai khasiat. 

Allah s.w.t berfirman, "Dan mereka dalam syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari Zanjabil." (Surah Al-Insan : 17).

Zanjabil adalah bermaksud halia. Rupanya air halia ini merupakan minuman syurga. Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale dari keluarga zingiberaceae kaya dengan kandungan kalium (125 miligram), fosforus (63mg) dan kalsium tenaga (52 kilokalori) selain protein, karbohidrat, gentian, vitaminC dan niasin. Halia boleh digunakan untuk membuang angin dalam badan. Selain dari itu halia juga mempunyai kesan anti kanser usus dan ovary.

Ini merupakan versi saya menyediakan hidangan ikan stim. Saya pasti banyak lagi resepi-resepi menarik yang lain ada di internet. Resepi ini juga sangat berbaloi untuk dicuba. Jom lihat resepinya.


Bahan-bahan untuk perapan
1 ekor ikan siakap saiz sederhana
4 ulas bawang putih dihiris halus
1 inchi halia dihiris halus
2 sudu teh lada sulah
sedikit garam


Bahan-bahan sayur
1 batang saderi
Broccolli
Lobak merah
Capsicum


Bahan-bahan sos
1/2 sudu besar sos plum
1 sudu besar kicap manis
1 kiub ayam
1 cawan air (jika anda mahu lebih kuah, boleh banyakkan air)
*campur semua bahan sos dan  kacau sehingga sebati

Cara-cara.
1, Campurkan semua bahan perapan dan perap bersama ikan sebentar.
2. Kemudian masukkan ikan ke dalam pengukus, (Saya menggunakan pemanggang ajaib generasi 3, yang juga boleh digunakan untuk mengukus).
3. Kukus ikan dalam 8 minit.
4. Kemudian masukkan sayur-sayur tadi kedalam pengukus.
5. Curahkan bahan-bahan sos yang telah dicampur tadi ke atas ikan.
6. Sambung kukus ikan dalam 8 minit lagi.
7. Setelah siap, angkat ikan bersama kuahnya. Dan sedia untuk dihidang





You Might Also Like

1 comments