Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.

Roasted chicken with black pepper sauce and fettuccine

By 6:13 PM , ,



Apa khabar semua. Finally it's Friday. Esok hujung munggu menjelma lagi. Sekejap je rasa minggu demi minggu.

Hari ini, saya tak masak nasi disebabkan si kecil Ilham tak lalu makan nasi. Saya sediakan hidangan kegemarannya iaitu pasta dengan ayam panggang. Saya juga sajikan hidangan ini dengan salad segar.
Hidangan ini boleh la dikatakan sebagai hidangan seimbang dan sihat.




Saya ada baca dalam blog kesihatan, pemakanan yang sihat adalah makanan yang mengandungi kesemua kelas makanan yang diperlukan dalam kuantiti yang betul dan mencukupi. So, maksudnya kita kena ambil karbohidrat, protein, sayur-sayuran, buah-buahan dan juga tenusu dan lemak. Jangan skip sesetengah kumpulan makanan. Misalnya tak ambil langsung karbohidrat. Sebenarnya karbohidrat adalah sumber tenaga yang sangat penting.





Kali ini saya menggunakan pasta jenis fettuccine. Mungkin anda tertanya-tanya apa beza fettuccine dan spaghetthi? Jom lihat rajah di bawah.
Source from ww.finecooking.com



Apa yang saya baca, perbezaan antara spaghetti dan fettuccine bukan sekadar pada bentuknya sahaja. Lebih lebar pasta tersebut lebih banya telur yang menjadi bahan asasnya.  Telur adalah asas kepada rasa dan tekstur yang berbeza bagi setiap jenis pasta. Saya secara peribadi lebih menggemari fettuccine daripada spaghetthi.  Setiap jenis pasta mempunyai daya serapan berbeza, oleh kerana itulah di Italy mereka ada pasangan pasta-sos yang khusus. So which pasta, which sauce? haha. Anda boleh baca dengan lebih lanjut di finecooking.com. Cuma secara ringkasnya, pasta yang lebih tebal seperti fettuccine lebih sesuai digandingkan dengan sos yang berkrim seperti carbonara.
Hidangan ni sebenarnya tak susah mana. Sebenarnya lagi senang daripada nak masak nasi dan lauk pauk. hehe. Yang penting kena ikut turutannya. Jom lihat resepi





Bahan-bahan untuk ayam

2 keping dada ayam
3 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu teh lada sulah
1 sudu teh serbuk kunyit
sedikit garam
2 sudu teh serbuk bawang putih (kalau tak ada serbuk, boleh cincang halus bawang putih)
1 sudu teh cuka epal (boleh juga gunakan cuka masak biasa)

Cara-cara untuk ayam.
1. Perap semua bahan pada ayam. Perap sekejap pun ok. dalam 20 minit. (Sementara perap ayam boleh rebus fettuccine dahulu)
2. Bakar ayam atas kuali non-stick/ oven (saya guna pemanggan ajaib)
3. Bakar sehingga masak.


Bahan-bahan pasta.
100 g pasta fettuccine (boleh juga guna spaghetti biasa)
3 ulas bawang putih dicincang
2 sudu besar minyak zaitun.
Garam

Cara-cara masak pasta
1. Rebus fettuccine dalam periuk. Masukkan air dan juga sedikit minyak zaitun.
2. Setelah fettuccine masak, toskan.
3. Dalam kuali lain, masukkan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih. Masukkan sedikit garam
4. Kemudian masukkan fettuccine kedalam kuali tadi. Gaul sehingga sebati


Bahan-bahan sos lada hitam
1 kiub ayam
3 sudu besar sos lada hitam
1/2 cawan air
1/2 labu bawang besar Holland
1 sudu besar bancuhan tepung jagung

Cara-cara membuat sos
1. Tumis bawang besar sehingga kekuningan.
2.Kemudian masukkan air, kiub ayam dan juga sos lada hitam dalam periuk
3. Setelah menggelegak, masukkan air bancuhan tepung jagung untuk memekatkan sos.


Bahan-bahan salad.
Daun salad segar
Carrot yang diparut panjang
Buah tomato ceri
Lada capsicum
Air lemon.


Cara-cara.
1. Gaulkan semua bahan dengan air lemon sehingga rata.

* Untuk salad- anda boleh masukkan apa sahaja jenis sayur yang digemari

Cara penyediaan.
1. Letakkan salad 1/2 pinggan, letakkan pasta dan ayam bakar.
2. Kemudian curahkan sos lada hitam di atas ayam tadi.
3. Sedia untuk dimakan.

You Might Also Like

0 comments