Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.

Puding roti kukus dengan strawberry jelly

By 6:52 PM , ,



Assalamualaikum semua. Semoga berada dalam keadaan baik-baik sahaja.  Hujung minggu tempoh hari saya sempat menyediakan hidangan pencuci mulut puding roti kukus ni.  Mudah sahaja resepi ini. Malah sebenarnya, anak saya yang berusia 4 tahun yang banyak menolong untuk menyediakan puding roti kukus ini. Pasti menarik, aktiviti memasak bersama anak-anak.

Memang agak mencabar bila anda melibatkan anak untuk memasak. Tetapi cabaran itu lah yang mengujakan. Anak-anak pasti gembira dan berasa independent bila diberi tugas untuk membantu mama memasak. Anda boleh memilih hidangan yang ringkas dan senang untuk anak anda bantu. Dan yang paling penting, anda mesti meningkatkan kesabaran bila memasak bersama anak-anak.huhu...


Banyak kelebihan bila anda melibatkan anak-anak dalam menyediakan hidangan. Antaranya adalah .. Cooking bring families together. Cooking time is bonding time. Biasanya bila ibu sibuk memasak didapur, anak-anak bermain di ruang tamu, Tapi bila anda memasak bersama, aktiviti ini adalah bonding time dengan anak-anak. Bila anda melibatkan anak untuk memasak, mereka akan berasa lebih bertanggungjawab kerana ibu memberi kepercayaan untuk mereka memasak. 





Memasak bersama anak-anak juga membantu membina self-esteem anak-anak. Bila anak-anak cakap "I made it myself" seolah-olah satu self-accomplishment. Mereka akan berasa bangga bila si ibu pula berikan pujian terhadap hidangan yang disediakan oleh mereka.



Jom lihat resepi puding roti kukus bersama strawberry jelly ini.

Bahan-bahan puding roti

3 keping roti sandwich
1 1/2 cawan susu cair
5 sudu besar gula
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Cara membuat puding.

1. Panaskan periuk kukusan
2. Carik-carikkan roti dan rendam dalam susu sebentar
3. Kemudian masukkan roti dan susu, gula dan telur kedalam blender. Blend sehingga hancur.
4. Masukkan kedalam loyang atau bekas kecil-kecil. Kemudian kukus dalam periuk kukusan sehingga masak. Lebih kurang dalam 18 minit. 
5. Setelah masak, keluarkan dari periuk kukusan. Sejukkan.



Bahan-bahan jeli

1 kotak jeli strawberry jenama Nona
Air 400 ml (ikut sukatan air di kotak)

Cara-cara
1. Panaskan air dalam periuk.
2. Campurkan serbuk jeli dalam air. Masak sehingga mendidih dengan api sederhana.
3. Curahkan jeli ke ata puding roti yang telah sejuk tadi.

* Anda juga boleh susun buah-buahan seperti laici di atas puding roti dan barulah curahkan jeli di atasnya. 


You Might Also Like

1 comments

  1. Boleh cuba ni...ada jelly mesti anak suka makan berbanding puding roti biasa. :)

    ReplyDelete