Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.

ASAM PEDAS KUNING KELANTAN

By 12:45 PM ,

Asam pedas Kelantan merupakan masakan yang ringkas serta menyelerakan dan menjadi kegemaran saya semenjak dahulu. Walaubagaimanapun semenjak berpindah ke Brisbane saya jarang menyediakan asam pedas Kelantan kerana disini sukar untuk mencari ikan yang sesuai untuk dimasak asam pedas Kelantan.

Tetapi hendak seribu daya, dek kerana mengidamkan asam pedas ini, saya berkunjung ke Asian Fish Market untuk mencari ikan yang sesuai. Saya amat lemah dalam mengenalpasti ikan (ikan yang paling saya kenal adalah ikan goreng :P)  tambahan pula disini ikan-ikannya sedikit berbeza daripada ikan di Malaysia. Saya memilih Red Snapper fish,(ikan ini seakan2 ikan kerisi) untuk dimasak asam pedas.  
Red snapper fish (Google image)

 Akhirnya berjaya juga saya merasa asam pedas Kelantan di bumi Brisbane ini .:). Jom lihat resepinya. 

Bahan-bahan
2 ekor ikan 
5 ulas bawang merah*
5 tangkai cili padi*
1 ulas bawang putih*
1 inchi lengkuas*
1/2 inchi kunyit* 
Daun kesum
1 kpg asam keping
Garam secukup rasa.

Cara-cara
1. Kisar semua bahan bertanda *. Campurkan air secukupnya.
2. Masukkan ikan dan bahan yg telah dikisar kedalam periuk.
3. Masak sehingga mendidih, kemudian masukkan daun kesum, asam keping dan garam secukup rasa.
4. Biarkan mendidih shg ikan masak. Sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba.

You Might Also Like

8 comments

  1. Biasa masak asam pedas tapi pakai ikan biasa je, bole la try pakai ikan red snapper ni tapi kena la ke pasar borong @ the store.

    ReplyDelete
  2. Sedap sedap...sy kongsi ya...blog saya http://cararesepi.blogspot.my

    ReplyDelete
  3. Orang kelantan panggil asam pedas wahai tuan aleng sulaiman..

    ReplyDelete
  4. Memang resepi asam pedas kat kelantan orang² tua masak camni..
    Sy duk KL ni ada member masak asam pedas tumis dulu. Dia cakap mak ayah dia asal kelantan n dia condemned cara sy masak. Padahal yg tumis tu org belah luar kelantan je.. Kalau pure kelantan dah memang asam pedas takdenye nak tumis bagai. 😅

    ReplyDelete
  5. Memang asam pedas kelantan tktumis dan tkguna minyak lgsg..bila sy duk johor ni,rupanya belah johor masak asam pedas tumis..sini asam pedas ala klate dipanggil asam pedas rebus..apapun sesekali rebus bagus juga utk kesihatan..asik tumis guna minyak jer kan..gilir2 la masak santan atau tkguna santan, rebus atau tumis..makan makan juga, kesihatan nk kena jaga juga kan..apapun sedap resepi ni,sy dh cuba..

    ReplyDelete
  6. Betul, nenek dan ma saya pun masak Asam pedas macam ni.

    ReplyDelete
  7. Hok ni ko buleh guna ikan darat ... Haruan puyu ... Kecik2 dulu tok sy Ajar bila dah tua hilang resepi dlm kepala ... Tapi dia beras tumbuk masuk dlm asam pedas seingat saya... Betul ke yg ni ...

    ReplyDelete