Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.

ROAD TRIP QUEENSLAND- NEW SOUTH WALES

By 7:07 PM

Cuti Krismas dan tahun baru 2014 yg lalu, keluarga saya dan rakan-rakan menikmati percutian road trip dari Queensland ke New South Wales. Satu pengalaman yang mengujakan dan pasti tidak dapat dilupakan. Alhamdullilah kami diberi kesempatan untuk melihat keindahan bumi ciptaan Allah s.w.t. ini. Sepanjang perjalanan hampir 1500km dari Queensland ke New South Wales kami dapat menyaksikan perubahan iklim, perubahan muka bumi, budaya masyarakat setempat dan juga jenis2 hutan yang berbeza. Musim panas di Queensland mempunyai iklim yg panas seakan sama seperti Malaysia tetapi di New South Wales iklimnya lebih sejuk dan nyaman.

Kami singgah di beberapa tempat menarik sepanjang perjalanan 3 hari 2 malam ini, dan bermalam di Glenn Innes dan Coffs Harbour. Let pictures do the talking. :)



Rumah-rumah yang terdapat di sekitar Glenn Innes

Historic Drive, deretan kedai-kedai lama di Glenn Innes







Ladang bunga matahari



Terdapat restoran KFC yang halal di pekan Glenn Innes. Jadi sepanjang hari tersebut, ayam goreng KFC sahaja lah yg menjadi hidangan kami. Nasihat saya kepada sesiapa yg berhajat untuk kesana, bawalah rice cooker dan bahan-bahan mentah seperti telur dan sardin..hehe. Perjalanan diteruskan ke Armidale.
New England University

Berhenti rehat di waterfall


Dangar waterfall

Kami sampai di Coff Harbour menjelang lewat petang. dan berpeluang mengunjungi Forest Sky Pier untuk menyaksikan pemandangan sebelum matahari terbenam. Pemandangan disini sangat mengagumkan.
Suasana malam di Coffs Harbour sangat meriah. Disini merupakan tempat tumpuan pelancong terutamanya pada musim panas sebegini. Kami menikmati makan malam di Tandoori Oven iaitu restoran makanan India yang menyajikan makanan halal. Lamb Korma disini lazat dan berbaloi dengan harga yang dibayar kerana portion makanan banyak dan anda diberi nasi percuma. Keesokan pagi kami bersarapan di Aqua Cafe. sebelum bergerak ke jeti.

Kami tidak melepaskan kesempatan untuk mengunjungi Big Banana di Coffs Harbour. Terdapat pelbagai tarikan disini, namun kerana keletihan kami hanya pergi ke tempat Ice skating untuk meluncur ais dan juga menyejukkan badan.

Jika anda berkunjung ke Big Banana jangan lepaskan peluang berkunjung ke Cafe Big Banana. Disana anda dapat memilih pelbagai hidangan yang berasaskan pisang. Hidangan yang terkenal disini adalah Chocolate coated banana.

Kami bergerak pulang menghala ke Brisbane pada waktu tengah hari. Sebelum sampai di Brisbane kami singgah sebentar di Bayron Bay untuk menikmati hidangan makanan laut yang lazat di Fish Mongers.  

Kemudian kami bergerak ke Cape Byron Lighthouse yang terletak berdekatan dengan pantai Bayron Bay. Kami tidak sempat berada lama disini kerana cuaca mendung dan kelihatan kilat sabung menyabung. 

Dalam perjalanan pulang, kami sempat singgah di Masjid Gold Coast yang terletak di  144 Allied Drive, Arundel, Queensland untuk berhenti solat maghrib dan berehat sebentar.

Alhamdullilah kami selamat sampai di Brisbane pada jam 9 malam. Perjalanan yang panjang meniympan sejuta kenangan.


Rakan-rakan road trip



You Might Also Like

0 comments