Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.

DANISH BUTTER COOKIES - KLASSISKE VANILJEKRANSE

By 6:17 AM

Hujung minggu yang lalu saya sempat membuat danish butter cookies resepi daripada Alan Travelling Foodies. Resepi ini lebih senang daripada resepi danish butter cookies yang pernah saya buat dahulu di post yang lepas. Rasanya sama sedap. Danish butter cookies ini juga dikenali sebagai "VANILJEKRANSE".




Seperti biasa untuk mendapatkan butter cookies yang sedap kuncinya perlu gunakan butter yang berkualiti. Untuk embuat danish butter cookies ini saya menggunakan Danish butter jenama Lurpak. Memang berbaloi. Jenama Lurpak ini halal.

Resepi yang saya guna ini dapat hasilkan sebalang penuh biskut. Memang sedap, sekejap sahaja sebalang biskut habis dimakan oleh anak dan suami.


Adunan biskut ini sedikit lembik, jadi amat sesuai dibentuk seperti 'wreath' seperti danish butter cookies yang dibeli di kedai. Untuk mendapatkan bentuk ini saya menggunakan nozzle wilton 1M. Iaitu nozzle bintang yang bersaiz besar. Jadi adunan lebih senang dipaip menjadi bentuk wreath. Anda juga boleh menggunakan acuan semperit atau cookie pres.
Nozzle Wilton 1M 


Di blog Travelling Foodie ini juga ada memberikan tips bagaimana untuk membuat danish butter cookies ini. Saya ringkaskan kepada beberapa point:
 1. Bahan-bahan yang digunakan perlu berada pada suhu bilik. Saya keluarkan mentega daripada fridge sebelah malam, dan guna untuk membuat biskut pada waktu tengah hari keesokan hari. Justifikasinya adalah jika anda menggunakan mentega yang sejuk, ia akan menghasilkan doh yang keras dan sukar dipaip keluar.
2. Jangan isi piping bag sehingga penuh. Isi separuh penuh sahaja. Manakala hujungnya anda simpulkan pada jari untuk memudahkan proses menekan doh keluar daripada nozzle.



Ini merupakan resepi asal dari Alan Travelling Foodie

Ingredients

1 egg (60g)
200g butter
130g icing sugar
320g flour
2 tbsp of vanilla paste (appro. 30g)

Method


  1. Place everything in a mixing bowl and mix evenly using a paddle attachment on the lowest speed possible.
  2. Pipe wreaths onto greased cookie sheet or baking tray using an open star tip. I used Wilton 1M.
  3. Bake in a preheated oven at 200C for 7-8 min
  4. Leave to cool slightly before removing from cookie sheet.
  5. Transfer cookies into airtight container after cookies are at room temperature.

Dibawah ini pula merupakan versi bahasa Melayu yang saya telah translate. 

Bahan-bahan
1 biji telur (60g)
200 g mentega (suhu bilik)
130 g gula icing
320 g tepung
2 sudu teh vanilla paste (boleh juga guna esen vanila)

Cara-cara.
1. Campurkan tepung dengan gula icing terlebih dahulu. Saya hanya gunakan sudip kayu untuk gaul sebati tepung dan gula.
2. Kemudian campurkan telur, mentega dan vanila kedalam adunan tepung tadi.
3. Gaul sebati dengan gunakan sudip dan kemudian saya uli dengan tangan sahaja sehingga menjadi doh.
4. Masukkan doh kedalam piping bag, dan paipkan bentuk wreath.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 200 degree celcius selama 7-8 minit.
6. Sejukkan cookies setelah masak.



You Might Also Like

6 comments

  1. guna tepung ape ek?

    ReplyDelete
  2. x pernah guna lurpak. tp macam sangat sedap ... nak share ye resepi ni. gigih buat sekut hari terakhir. heheheh

    ReplyDelete
  3. Biskut ni dpt berapa keping

    ReplyDelete