Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.

AYAM BALI

By 7:23 PM , ,



Di Brisbane hampir setiap hari saya memasak ayam sebagai hidangan. Ayam halal sangat murah disini jika dibandingkan dengan ikan. Haruslah berjimat cermat elaun KPT. Tetapi jika hari-hari mengadap menu ayam pasti anda juga bosan dan muka pun dah jadi muka ayam.  Sampai satu tahap, sudah tidak tahu resepi apa yang ingin dimasak dengan ayam..hu2. Blogwalking ke blog Dapur Malaysia, saya menjumpai resepi Ayam Bali yang enak ini. Rasanya unik tidak seperti masakan ayam yang biasa. Jom lihat resepinya.

Sumber resepi Dapur Malaysia.

Bahan-bahan (5-6 orang)
Ayam
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil ketumbar (coriander powder)
1 sudu kecil jintan manis (aniseed)
1 sudu kecil jintan kasar (ground fennel seed)
3 batang serai (2 dikisar dan 1 diketuk)
Kicap pekat
Cili kering
1 tangkai daun kari
3-4 helai daun limau purut
Asam keping
Minyak masak
Garam dan gula

Cara-cara
  1. Kisar bawang besar, bawang putih, ketumbar, jintan manis, jintan kasar, cili kering dan serai.
  2. Gaulkan bahan yang dikisar bersama-sama kunyit dan kicap pekat. Kemudian perap ayam dengan bahan ini.
  3. Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap ke dalam kuali. Bahan perapan jangan dimasukkan lagi.
  4. Bila ayam sudah agak masak, masukkan bahan perapan tadi. Masukkan juga daun kari, daun limau purut, serai dan asam keping.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Siap untuk dihidangkan. Selain nasi, boleh juga dihidangkan bersama-sama nasi impit.

You Might Also Like

0 comments