Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.

KEK KASTARD PANDAN

By 2:49 AM


Seminggu dua ini sangat sibuk dengan urusan belajar. Dah lama tak mem'baking'. Tambahan pula, azam baru 2014 ini kononnya utk menurunkan berat badan . Azam setiap tahun yang tak tercapai. Namun akhirnya tertewas juga setelah lama mengidamkan kek kastard pandan ini.

Jika di Malaysia dulu, saya tidak pernah membuat sendiri kek ini, kerana senang didapati di kedai bakeri. Tetapi disini semuanya berbeza, jika mengidam makanan yg pelik2, kena lah merajinkan diri membuatnya sendiri. Kebetulan, ada rakan saya disini yang baik hati sudi memberikan sepeket tepung Hoen Kwee, jadi apa lagi, bagai orang mengantuk disorong bantal lah, bolehlah mencuba buat sendiri kek kastard pandan ini. Jom lihat resepinya.



Resepi kek chiffon pandan seperti biasa saya gunakan resepi daripda The little teochew. Resepinya boleh anda lihat di sini.

Resepi kastard saya ambil daripada blog Secubit garam.

Resepi kastard.

Bahan (A)
160 gm gula kastor 
500 ml air daun pandan
1 sudu besar serbuk agar-agar segera

Bahan (B)
400 ml santan pekat
85 gm tepong hoen kwee hijau
1 sudu kecil pewarna hijau
secubit garam


Cara-cara
  1. Kek span di hiris kepada 2 bahagian. Ketepikan
  2. Untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk.
  3. Masak atas api sederhana hingga mendidih.
  4. Kacau hingga gula hancur.
  5. Satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata.
  6. Masukkan aduanan ini kedalam adunan (A).
  7. Kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih. (jgn terlalu lama/pekat, nanti tak smooth bila dituang atas kek)
  8. Sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita.. (Saya gunakan balik acuan yang digunakan untuk memasak kek tadi).
  9. Letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. tuangkan 1/3 aduan kastad keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya
  10. Letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.
  11. Hentakkan acuan 3 kali di atas meja yang agar kastad padat dibahagian bawahnya, biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk
  12. Keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan .
  13. Salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda..



You Might Also Like

0 comments