Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.

IKAN CENCARU SUMBAT BAKAR & PEMANGGANG AJAIB REVIEW

By 6:38 AM , ,





Assalamualaikum semua pembaca. Saya sudah selamat pulang ke Malaysia kira-kira tiga minggu lepas untuk proses mengutip data kajian. Sepanjang perjalanan di dalam kapal terbang, hati tidak putus berdoa semoga selamat sampai ke tanah air. Saya tak boleh bayangkan macam mana keadaan penumpang MH17 dan MH370 ketika saat-saat getir berlaku. Adakah mereka sempat memegang tangan orang tercinta disisi mereka? Adakah mereka sempat memeluk anak masing-masing? Saya pandang wajah suami dan anak yang sedang lena tidur di kerusi penumpang. Terasa sayu tiba-tiba. Lebih kurang jam 3.10 petang, kami selamat mendarat di KLIA. Rasa rindu pada tanah air walaupun hanya setahun lebih kami berada di Brisbane.

Berbalik kepada resepi kali ini, saya menyediakan ikan cencaru bakar dan air asam. Ini kali pertama saya menggunakan pemanggang ajaib. Benda ni dah lama glamer kat Malaysia kan..tapi saya ni tertinggal kereta api, baru nak cuba guna pemanggang ajaib ni. Kalau ikut apa yang ditulis di kotak pemanggang ajaib generasi 3 dari brand IKAN ni, fungsinya pelbagai guna, boleh dibuat memanggang, mengukus, menggoreng, buat kek, masak sup dan macam-macam lagi. Review dari beberapa blog, ada memuji bila menggunakan pemanggang ajaib ni, daging cepat empuk dan masak, x melekat, pendek kata memudahkan kerja memasak.


So saya rasmikan pemanggang ajaib ni untuk memanggang ikan cencaru. Memang senang, x melekat. Ikan pun sekejap je dah masak.

Resepi kali ini, dah byk kali saya buat. Tak ingat saya belajar dari mana.

Bahan-bahan

3 sudu besar cili giling
1 labu bawang besar
3 hiris lengkuas
1 sudu besar air asam jawa
2 ekor ikan cencaru
garam secukup rasa
gula melaka
daun pisang

Cara-cara
1. Kisar bersama cili giling, bawang besar, lengkuas dan serai.
2. Tumiskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan yg telah dikisar tadi. Masukkan garam, air asam jawa dan gula melaka secukup rasa.
3. Masak sehingga garing
4. Belah bahagian atas ikan cencaru. Sumbat / masukkan sambal dalam bahagian yg telah dibelah.
5. Balut ikan dengan daun pisang.
6. Bakar dalam pemanggang ajaib atau oven. Boleh juga gunakan kuali non stick.

Saya beli pemanggang ajaib saya dari :


You Might Also Like

0 comments