CHEESECAKE SWIRLS BROWNIES
Selamat Hari Kemerdekaan ke 57 Malaysia!. Saya sangat bangga menjadi rakyat Malaysia. Pengalaman ketika berada di Brisbane, membuatkan hati dan jiwa saya semakin sayang akan Malaysia. Betul kata orang tua-tua dahulu, hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, baik lagi negara sendiri.
Memang di akui banyak lagi sisi yang boleh diperbaik dan ditingkatkan di negara ini, tetapi ia tetap tanah tumpah darahku. Ketika berada di Brisbane, tak kira la jumpa orang Melayu atau Cina atau India, tetapi bila tahu mereka adalah Malaysian..automatik akan mesra. Begitu juga bila melihat bendera Malaysia berkibar di bumi Ratu ini, automatik perasaan bangga hadir dalam diri.
Ada beberapa orang rakan di universiti juga pernah berkunjung ke Malaysia, dan mereka sangat menyukainya..they said "it's a beautiful country, friendly people and delicious food". Sebaik mungkin saya cuba membawa nama Malaysia di bumi Ratu ini. Agar imej Malaysia terus unggul.
Berbalik kepada resepi kali ini, sebaik pulang ke Malaysia saya tidak mempunyai oven dan mixer untuk membuat kek..
Saya guna pemanggang ajaib untuk membuat brownies kali ini. Dah namanya ajaib..nasib baik menjadi brownies yang dibakar menggunakan pemanggang ajaib ni. hahaha. Resepi ini saya ambil dari laman web Taste Australia.
Bahan-bahan (untuk loyang 20cm)
150 g mentega
300 g coklat masakan (dihiris halus)
3 biji telur
215 g (1 cawan) gula caster
225 g (1 1/2 cawan) tepung gandum
65g (1/4 cawan) sour cream
250 g cream cheese
Cara-cara.
1. Panaskan oven 180 degree celcius. Griskan loyang dengan mentega
2. Campurkan mentega dan coklat dalam bekas dan cairkan secara water bath. Setelah semua cair sejukkan
3. Pukul 2 biji telur dalam bekas. Campurkan 140g (2/3 cawan) gula, telur yang tela dipukul tadi kedalam campuran coklat dan mentega. Tambahkan tepung dan sour cream. Kacau sehingga semua sebati.
4. Pukul cream cheese dan gula selebihnya sehingga smooth dalam mangkuk asing. Masukkan 1 biji telur dan pukul lagi sehingga semua bercampur sempurna.
5. Masukkan adunan coklat dalam loyang. Kemudian masukkan adunan cream cheese di atasnya. Dan lorekkan lingkaran atasnya dengan menggunakan pisau.
6. Bakar selama 30 minit.
0 comments