Musim sejuk telah tiba. Masalah yang akan dilalui oleh saya apabila musim sejuk adalah kulit menjadi sangat kering. Berbagai jenis krim pelembab di farmasi rasanya telah saya cuba. Tetapi hasilnya kulit tetap kering, walaupun banyak minum air. Punca utama kenapa kulit menjadi kering ketika musim sejuk adalah kerana kelembapan udara semasa winter sangat rendah. Berbeza dengan Malaysia, udara di Malaysia mempunyai kelembapan yang tinggi sepanjang tahun.
Minggu lepas, saya cuba mencari tips kecantikan
cantik ke?? kononya nak elakkan kulit menjadi kering. Google punya google, tips paling senang adalah gunakan kulit pisang.
Saya ni kalau tips remeh-remeh malas sedikit nak cuba. Kebetulan kat rumah memang selalu ada stok pisang. Apa lagi, terus ambil pisang didapur, sambil-sambil makan pisang, kulit pisang sebelah dalam di gosok-gosok
disental-sental pada kulit muka. Biarkan selama lebih kurang 30 minit. Sambil-sambil tunggu kering tu bolehlah anda melipat kain, menyapu lantai, membasuh pinggan atau nak tidur berehat ala-ala kat spa. Bila telah kering, anda akan berasa kulit wajah anda tegang n
ak bercakap pun rasa macam robot seperti memakai masker. Basuh muka dengan menggunakan air suam. Anda boleh rasa perubahan kulit muka sejurus selepas membasuhnya. Memang jadi lembut, gebu gebas. Saya biasa sapu kulit pisang di muka pada waktu malam, keesokan hari selepas bangun tidur pun masih kulit terasa lembut.
Alhamdullilah baru seminggu saya amalkan, kulit dah tak menjadi kering
seperti kertas pasir . Jimat dan senang sangat petua ini. Selamat mencuba. Jom pergi beli pisang.
0 comments