KEK PANDAN CHEESE SANTAN
Hujung minggu kembali lagi. Seluruh Australia bercuti panjang kali ini kerana perayaan Good Friday dan juga Easter. Cuti panjang, tetapi kami tidak ada rancangan kemana-mana kerana saya masih dalam mode busy nak menyiapkan dokumen utuk proposal defence.
Kali ini saya cuba ubah suai resepi pandan cheese dengan menggabungkan rasa santan. Satu kombinasi yang sangat sesuai. Santan yang dicampur menyerlahkan lagi rasa kek pandan.
Inspirasi untuk dekorasi kek ini adalah dari Kak Rina dari blog Cintarina. Kek yang dihasilkan oleh Kak Rina memang sangat cantik.
Untuk resepi kek pandan, saya masih menggunakan resepi biasa yang selalu saya guna. Cuma untuk cream frosting ini saya ubahsuai dengan memasukkan santan pekat menggantikan heavy cream.
Jom lihat resepi.
Untuk kek pandan
Bahan A
7 biji kuning telur
75 g santan pekat
Perisa pandan (saya menggunakan pandan extrac yang pekat)
150 g gandum
1tsp baking powder
95g gula caster (saya hanya gunakan 75g gula caster)
1tsp garam
83 g minyak sayuran
Bahan B
7 biji putih telur
100 g gula caster
1 tsp cream of tartar
Cara-cara
1. Panaskan oven 160 degree celcius
2. Campurkan kuning telur, santan pekat dan pandan extrac kedalam bekas.
3. Ayak tepung, baking powder dan garam.
4.Masukkan tepung dan gula kedalam bekas berisi kuning telur tadi.
5. Tambahkan minyak kedalam bekas. Kacau dengan gunakan whisker sehingga semua sebati dan gula hancur.
6. Dalam bekas berasingan, pukul putih telur dengan mixer sehingga bertanduk (Cara memukul telur putih adalah guna mixer kelajauan paling laju, Pukul telur putih dahulu sehingga berbuih, kemudian masukkan cream of tartar. Dan masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul putih telur sehingga kental. Cara hendak memastikan adakah adunan putih telur telah kental atau tidak, adalah dengan menterbalikkan bekas, jika adunan tidak jatuh maka putih telur telah kental)
Keadaan putih telur apabila sudah kental
|
7. Bahagikan secara kasar adunan putih telur tadi kepada 3 bahagian, masukkan satu persatu bahagian dalam adunan kuning telur. Gaul dengan menggunakan spatula atau sudip kayu. Kaedah menggaul putih telur kedalam adunan kuning telur adalah seperti melipat (fold) adunan terebut. Jangan overdo, dikhuatiri adunan akan kurang gebu.
8. Masukkan adunan kedalam loyang. Loyang terlebih dahulu dilapik baking paper atau disapu minyak.
9. Bakar selama 45 minit atau sehingga masak.
10. Sesudah kek masak, terus terbalikkan loyang kek ke atas redai kek. Ini adalah untuk memastikan kek tidak turun.
11. Keluarkan kek daripada loyang dan sejukkan.
Untuk topping
250 cream cheese
200 g unsalted butter
50 g pati santan
120 g susu pekat manis
Cara-cara
1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk pengadun.
2. Pukul dengan mixer sehingga sebati.
3. Topping sedia untuk dilepa pada kek.
0 comments