Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.

AYAM PENYET

By 3:06 AM


Terasa rindu pula dengan nasi ayam penyet Wong Solo Bangi. Di Brisbane ini juga banyak terdapat restoran masakan Indeonesia yang halal. Antara yang menjadi kegemaran kami sekeluarga adalah restoran Shalom dan  warung Sendok Garfu, yang menyajikan masakan authentic Indenesia. Kali ini saya memasak nasi ayam penyet dengan menggunakan resepi kak wan dari dapur citarasawan. Memang sedap dan berbaloi untuk dicuba. Jom lihat resepi.

Ayam Penyet

Untuk Ayam
1 nos  ayam – potong 4 bahagian
2 keping tauhu – potong tiga segi
1 paket tempe – potong nipis
1 ikat sayur kangkung – dicelur
1 biji timun – dihiris nipis

Bahan - bahan untuk rebusan ayam:
Bahan A
50 gm bawang merah*
30 gm bawang putih*
20 gm lengkuas*
10 gm kunyit hidup*
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula
500 ml santan
(Bahan * - bahan dikisar)
Bahan B
150 gm tepung beras*
1 biji telur*
200 ml air rebusan ayam (bahan A)*
10 gm garam*
10 gm gula*
* Kesemua bahan digaul rata

Cara Penyediaan:-
1.  Potong ayam kepada 4 bahagian dan cuci bersih.
2.  Rebus ayam bersama bahan kisar, santan.
3.  Kemudian masukkan garam, gula.
4.  Masak sehingga pecah minyak dan kuah bertukar
     kepada warna kuning.
5.  Angkat dan ketepikan.
6.  Bancuh semua bahan tepung (bahan B).
7.  Salut ayam yang direbus tadi, tempe dan tauhu.
8.  Panaskan minyak dan goreng semua bahan
     bersalut sehingga tepung kekuningan dan diangkat.
9.  Hidangkan ayam penyet bersama kangkung,
    hirisan timun, tempe, tauhu bersalut dan sambal.
*  Lebihan tepung boleh dijadikan serdak/kremes
   (digoreng) untuk hidangan ayam penyet.

Untuk Sambal.
Sedikit minyak masak
20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis
3 sudu gula merah/secukup rasa

1.  Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing
    /rangup. Angkat dan ketepikan.
2.  Goreng belacan seketika, angkat dan ketepikan.
3.  Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili.
    Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup
    api. Angkat dan ketepikan.
4.  Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada
     suhu bilik.
5.  Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau
     lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
6.  Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan
    panaskan.
7.  Masukkan gula merah dan gaul rata.
8.  Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau
    gula merah jika perlu mengikut citarasa.
   * Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan
     sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan
     sambal sebelum disajikan

You Might Also Like

0 comments