Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.

DAGING MASAK MERAH

By 4:53 PM ,

Selamat berhujung minggu bersama keluarga. Hari ini saya menyediakan daging masak merah untuk santapan bersama keluarga. Senang sangat resepinya.
Selain daripada daging masak merah saya juga menyediakan tomyam putih hari ini. Memang kombinasi yang sesuai untuk disajikan bersama.  Resepi tomyam putih boleh lihat disini.
Untuk daging masak merah jom lihat resepinya.

Bahan-bahan

200 g daging
2 ulas bawang putih
1/2 bawang besar holland
3 sudu besar sos tomato*
2 sudu besar sos tiram*
1 sudu besar sos ikan*
1 sudu besar kicap manis*
1 sudu teh lada hitam ditumbuk.*

Cara-cara
1. Daging direbus dan diletak sedikit pewarna merah dalam air.
2. Setelah daging empuk,  keluarkan dari dalam periuk dan hiris nipis-nipis.
3. Kemudian tumis bawang putih dalam kuali.
4. Masukkan semua bahan bertanda * kedalam kuali.
5. Masak sehingga naik bau.
6. Kemudian masukkan daging yg telah dihiris nipis.
7. Masukkan bawang besar.
8. Jika anda mahukan sedikit berkuah, masukkan air rebusan daging tadi kedalam kuali.
9. Siap, sedia untuk dihidang

You Might Also Like

0 comments