Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.

AYAM PAPRIK RINGKAS

By 5:24 PM



Selamat pagi semua. Saya rasa setiap wanita akan pernah mengalami masalah ini. Masalah tidak tahu hendak masak apa untuk disajikan kepada keluarga. Pagi ini seperti biasa saya akan memasak sebelum ke universiti. Bila buka fridge, hanya ada ayam. Sayur pun hanya ada bunga kobis sahaja. Buntu.... tak ada idea nak masak apa. 

Digeledah peti sejuk, terjumpa serai yang separuh kering..huhu.  masih termenung di depan fridge, mencari idea apa yang hendak dimasak. Tiba-tiba teringat yang saya baru sahaja membeli pokok limau purut. Daunnya boleh saya guna untuk memasak paprik.
Berjaya jumpa pokok limau purut yang kecil di pasar.  Harga pokok yang kecil lebih murah iaiatu AUD15.

Alhamdulilah ada juga idea nak masak apa.

Resepi ini senang sahaja, main campak2 dah siap.

Jom lihat resepi paprik ringkas daripada saya.

Bahan-bahan

Ayam
Bunga kobis (lagi sedap jika anda juga masukkan carrot dan sayur-sayur lain yang sesuai)
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar holland
5 sdb sos tomato*
1 sdb sos ikan*
2 sdb kicap*
1 sdb sos tiram*
sebatang serai*
2 hiris lengkuas*
2 helai daun limau purut.*

Cara-cara
1. Tumis bawang putih
2. Masukkan semua bahan bertanda * kedalam kuali. Masak sehingga naik bau.
3. Tambahkan secawan air jika anda inginkan sedikit kuah.
4. Kemudian masukkan ayam. Biarkan sehingga masak.
5. Masukkan sayur-sayuran dan bawang besar yang dihiris.


You Might Also Like

0 comments