Kari kepala ikan tanpa santan ala India
Selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Kali ini sekali lagi Mamadee berpeluang berpuasa di perantauan. Tempoh masa berpuasa di sini lebih singkat, kerana sekarang adalah musim sejuk. Jadi seawal jam 5 petang kami sudah berbuka.
Berpuasa di perantauan ada cabaran yang tersendiri. Ada rakan-rakan bukan Islam yang bertanya tentang berpuasa. Bagi mereka, tidak makan dan minum sepanjang hari sangatlah mustahil untuk dilakukan. Yang penting sebagai Muslim, kita kena lah tunjukkan contoh yang baik kepada mereka.
Berbalik kepada resepi kali ini, untuk menu berbuka, Mamadee menyediakan kari kepala ikan tanpa santan. Suami lebih menggemari kari jenis begini daripada yang ada santan, jadi ikut sahajalah seleranya. Kebetulan, kami sempat membeli kepala ikan salmon di asian market, jadi memang sesuai lah, kepala ikan ini dimasak kari. Kepala ikan salmon sangat murah di sini, hanya 3 dollar sekilo. Jom lihat resepinya.
Bahan-bahan.
2 kepala ikan (saya gunakan kepala ikan salmon)
1 labu bawang besar dihiris nipis
5 ulas bawang putih dihiris nipis
1 sudu teh halba
1 sudu teh biji sawi
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
2 tangkai daun kari
3 sudu besar rempah kari ikan
Air asam jawa
1 biji tomato
Garam
Cara-cara
1. Tumis halba, biji sawi dan daun kari shg naik bau.
2. Masukkan bawang besar dan bawnag putih ke dalam periuk.
3. Bancuh serbuk kari dengan sedikit air. Kemudian masukkan bancuhan kari tadi kedalam periuk. Tumis shg naik bau.
4. Kemudian masukkan air asam jawa dan juga 2 cawan air. Biarkan shg mendidih.
5. Kemudian masukkan ikan.
6. Setelah ikan hampir masak, masukkan tomato.
7. Masukkan garam secukup rasa.
8. Siap dan sedia untuk dihidang.
2 comments
emmm..memang membuka selera..kalau ada masa nanti boleh cuba resepi nie..tq :)
ReplyDeleteselamat berpuasa hari ke2 :)
Sedap..x muak sgt.hehe. selamat berpuasa.
Delete