Cekodok pisang
Salam semua. Ini adalah entry saya di petang hari. Sudah beku di pejabat. Saban hari meneliti data yg perlu dianalisis dan diinterpretasi. Kadang-kadang bila keterujaan terhadap kajian saya menurun 0.5%, tandanya saya perlu mengalihkan dan menyimpangkan rutin (saya pinjam istilah dari seorang pakar klimatologi) kepada perkara lain seperti memasak dan mengetip punat kamera. Penyimpangan rutin ini perlu agar saya tidak terlalu taksub kepada sesutu perkara sahaja dan kekal dalam kewarasan.
Sudah lama resepi ini tersimpan dalam draft.. sudah beberapa purnama, tidak dihiraukan oleh saya untuk dipaparkan kepada umum. Namun atas dasar 'khidmat masyarakat' akhirnya resepi ini dipaparkan juga. Azam saya tahun ini, semoga saya lebih banyak dapat berkongsi ilmu, resepi, resepi yang mudah kepada semua. Satu perkara yang perlu saya pahat dalam fikiran, yg berkunjung di dapur maya saya ini, bukan semunya tahap masterchef, ada yang baru hendak mengenal yang mana satu ketumbar, yang mana satu jintan. Jadi eloklah, kiranya jika sekali sekala kongsikan resepi yang mudah, yang lazim dan tidak kompleks, supaya tahap keberjayaan menyediakan hidangan menghampiri 100%.
BAHAN-BAHANNYA :-)
8 biji pisang emas (saya x guna pisang emas..sebab x jumpa cari kat sini. Saya guna pisang Cavendish.)3/4 camca teh soda bicarbonat
1/3 camca besar gula halus
1 cawan tepung gandum
1/4 camca teh garam halus
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMBUATNYA :-)
- Kupas pisang, lecek bersama gula, garam dan soda bikarbonate hingga hancur. Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 30 minit.
- Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dalam air, jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak2,buat dalam 10 biji macam tu, sebab ianya akan kembang. Tapi ini bergantung pada saiz kuali yang anda gunakan.
- Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap.
0 comments