Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.

Homemade nugget

By 6:38 AM ,


Salam sejahtera semua.  Minggu depan anak saya akan memulakan sesi persekolahan di tadika. So hujung minggu ni, saya dah siap-siapkan homemade nugget untuk dibawa bekal ke tadika. Kadang-kadang ibu-ibu pening juga memikirkan apakah bekal yang sesuai untuk dibawa ke sekolah.

Kali ini saya cuba bereksperimen dengan menggunakan Greek yoghurt instead of telur. Hasilnya, daging ayam kekal moist dan bread crumb tidak soggy dan kekal rapuh.  Greek yogurt lebih kental berbanding yogurt biasa.  Greek yogurt kaya dengan protein dan kalsium. Jom lihat resepinya. 

Bahan-bahan
2 keping dada ayam
1 sudu teh lada puih
1 sudu teh lada hitam
sedikit garam
Bread crumbs (campurkan sedikit lada putih) 
Greek yoghurt

Cara-cara
1. Potong memanjang dada ayam.
2.  Lumurkan dada ayam dengan lada putih, lada hitam dan garam.
3. Kemudian, celupkan  dada ayam tersebut ke dalam greek yogurt.
5. Kemudian, salutkan dada ayam tersebut dengan bread crumb
6. Panaskan minyak, goreng sehingga masak
7. Anda juga boleh sejuk beku kan nugget ini dalam freezer. 

You Might Also Like

2 comments

  1. assalamualaikum diana, greek yogurt tu mcamana ya, kak noor guna yogurt biasa boleh tak? macm seddap jeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jg kak noor. Greek yogurt ni lebih pekat lagi dari yogurt biasa. Hehe

      Delete