MINI GARDEN
Berkebun adalah salah satu kegemaran saya selain daripada memasak. Memang sangat seronok bila melihat tanaman yg kita semai dari biji benih, berkembang dan membesar. Orang kata dengan melihat kehijauan alam ini dapat mendamaikan fikiran. Setelah sehari suntuk bekerja, setiap petang saya akan meluangkan sedikit masa menyiram pokok dan grooming tanaman yang ada. Syukur saya juga mempunyai suami yg mempunyai minat yang sama iaitu berkebun:).
Di Brisbane kami tinggal di unit/ apartment. Nasib baik kami dapat menyewa unit yg terletak di ground floor, jadi ada lah sedikit ruang untuk bercucuk tanam. Sekarang bulan March, di sini telah masuk musim luruh. Cuaca semakin sejuk. Alhamdullilah, kerana musim panas di Queensland memang sangat panas, jika pada masa heat wave suhu boleh mencecah 40C degree. Pokok-pokok pun banyak yg kering dan mati.
Tanaman yg ada di taman mini saya ini kebanyakan adalah tumbuhan herba yg digunakan untuk memasak dan juga sayur-sayuran seperti pokok salad, pokok tomato, cili, pokok ketumbar, pokok saderi dan juga daun bawang. Senang dan jimat bila kita menanam sendiri herba-herba dan sayuran untuk kita masak dan makan.
Pokok yg kelihatan seperti rumput di atas ini adalah herba yg digunakan untuk memasak. Saya juga tidak pasti apakah namanya, tapi rasa daun pokok ini seakan-akan daun ketumbar. Sangat sedap jika dimasukkan dalam sup dan juga inti karipap.
Pokok daun sup dan daun bawang
Berbagai jenis pokok salad. Saya memang menggemari salad sebagai ulam, jadi saya menanam pelbagai jenis salad seperti butterhead lettuce, iceberg lettuce dll.
Pokok Gerbera, bunga kegemaran saya
Pokok hydrangea, bunga kegemaran saya. Sekali bunganya kembang tahan berbulan-bulan. Warna bunganya berubah-ubah bergantung pada tahap pH tanah.
Pokok yg bewarna merah jambu itu adalah pokok Sun Jewels. Tapi semasa di kampung, ibu saya memanggil pokok ini sbg pokoK kembang pukul 10. Bunganya akan kembang ketika matahari naik dan terik dan akan menguncup kembali pada waktu malam dan awal pagi.
PokoK cili perlbagai warna. Yg menariknya cili ini bewarna ungu ketika muda!
Orang tua-tua berpesan, berbaktilah pada tanah insyallah akan mendapat hasilnya. Dalam Islam juga ada hadis yg mengatakan jika kita bercucuk tanam, buah-buahan yang dimakan oleh binatang dan manusia itu merupakan pahala sedekah untuk kita. Waalahualam.
0 comments