Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.

Seri kaya

By 4:05 AM , , ,


Assalamualaikum semua. Apa aktiviti hari minggu anda? Dengar khabar di Malaysia skrg jerebu agak teruk, semoga anda semua berada dalam keadaan yg baik-baik sahaja walaupun keadaan agak tidak menyenangkan.


Di Brisbane, skrg sudah memasuki musim bunga. Dah kurang sejuk. Namun dua minggu lepas, buat pertama kali dalam hidup mamadee dapat lihat sendiri hujan batu. Keadaan selepas hujan batu, Lebat memutih seperti salji. Alhamdulillah, tidak ada perkara buruk yg berlaku akibat hujan batu tersebut.

Berbalik kepada resepi kali ini, mamadee menyediakan seri kaya memandangkan byk telur kuning baki daripada resepi pavlova yg mamadee buat beberapa hari lepas. Dah lama tak dapat menikmati seri kaya di Brisbane. Nikmatnya, bila disapu pada roti bakar dimakan ketika sarapan pagi. Resepi ini mamadee ambil dari blog che mat gebu. Cuma mamadee gunakan telur kuning sahaja, bukan keseluruhan telur.



BAHAN BAHAN

Seri Kaya
4 biji telur saiz besar (mamadee guna telur kuning sahaja)
300ml pati santan segar (mamadee guna santan kotak)
200g gula kastor
2 helai daun pandan disimpul
garam secukup rasa

Caramel
60g gula pasir
130ml air

CARA CARA

Caramel
1. Didalam periuk kecil, masukkan gula. Biarkan gula menjadi karamel keperangan. Jangan terlalu hitam sangat ya. Nanti pahit pulak.
2. Kecilkan api dan dengan segera masukkan air kedalamnya. PASTIKAN anda jauh sikit dari dapur ketika masukkan air kedalam periuk berisi karamel kerana karamel memercik. HATI HATI ya!

Seri Kaya
1. Didalam mangkuk lain, masukkan kuning telur dan gula, Kacau sebati. Masukkan pula garam dan pati santan. Kacau sehingga gula larut.
2. Dengan perlahan, masukkan air karamel yang panas tadi kedalam bekas berisi adunan santan. Masukkan sambil mengacau adunan. Nanti berketul pulak.
3. Nak selamat, tapiskan adunan dan masukkan kembali kedalam periuk.
4. Gunakan api sederhana. Gunakan senduk kayu dan kacau adunan sehingga menjadi seperti kastard. Ketika ini, adunan akan berbuih dan pekat.
5. Kecilkan api dan teruskan mengacau. Buih2 pada adunan akan mulai hilang dan adunan semakin licin dan berkilat. Tapi masih belum likat dan pekat. Teruskan mengacau lebih kurang 45-60minit.
6. Adunan akan semakin likat dan berkilat. Jika dah pekat bagi anda, matikan api. Adunan akan menjadi lebih likat ketika sejuk.
7. Sementara tunggu adunan likat, bekas kaca untuk seri kaya hendaklah direbus dengan air panas. Ini untuk menjadikan seri kaya lebih tahan lama. Rebus bekas dengan penutupnya. Kemudian, keringkan. Barulah boleh dimasukkan seri kaya yang dah siap tadi kedalamnya.
8. Jika seri kaya sudah berada pada suhu bilik, boleh lah dimasukkan kedalam peti ais untuk jangka hayat lebih lama.

You Might Also Like

2 comments