Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.

Mocha chocolate chip cookies

By 4:56 PM , ,



Assalamualaikum, alhamdulilah dah hampir 15 hari kita berpeluang berpuasa.  Minggu ini juga merupakan minggu terakhir persekolahan anak saya sebelum cuti semester bermula. Pada setiap tahun sebelum menyambut Aidilfitri, saya akan memberi gift biskut raya kepada guru-guru anak di sekolah.



Tahun lepas dah bagi semperit (boleh lihat resepi semperit di sini), tahun ini saya bagi biskut coklat mocha dan juga biskut kelapa delima (resepi boleh lihat disini). Hajat dihati nak buat tart nenas, tapi dek kesibukan melampau-lampau sekarang, hajat tu terpaksa ditunda. Konsep tahun ni, semua biskut raya simple dan senang sahaja yg sempat mamadee buat untuk keluarga.


Didalam plastik gift untuk guru-guru itu saya sertakan juga penerangan ringkas tentang bulan Ramadan dan Aidilfitri.  Ramai non-muslim disini yang aware tentang Ramadan kerana kebiasaannya akan ada banner untuk menyambut Ramadan di pasaraya. Tapi ramai yang tidak jelas, dan tidak tahu apa sebenarnya yg dilakukan oleh orang Islam ketika Ramadan, dan kenapa kita menyambut Ramadan dan Aidilfitri.


Berbalik kepada resepi ini, resepi ini adalah dari Che Mat Gebu. Katanya resepi ini dari kak Rima. Memang sedap dan simple sekali cara penyediaanya. Patutla che mat cakap biskut ini  sangat heaven. Aroma kopi dari biskut ini memang sangat menyegarkan dan memanggil-memanggil untuk dinikmati. Kekacang yang dicampur didalam adunan juga memberikan tekstur yg crunchy kepada biskut ini. Jom lihat resepinya.


BAHAN-BAHANNYA
250 gram mentega
150 gram gula perang
 3 kuning telur
1/2 camca teh esen vanilla
1 camca teh mocha oil (mamadee guna mocha paste)
120 gram coklat chip
100 gram gajus, panggang dan cincang kasar
50 gram badam, panggang dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1/2 camca teh baking powder*
350 gram tepung gandum*
15 gram serbuk koko*(*disatukan dan diayak)
Secubit garam halus

CARA MEMBUATNYA 

  1. Putar mentega dan gula perang hingga gebu, masukkan kuning telur, satu persatu dan putar rata, tambah esen vanilla, garam dan mocha paste. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, masukkan kelapa kering, gajus dan badam serta coklat chip, putar hingga semua rata.
  2. Ambil kurang lebih 1/2 camca besar adunan, bulat-bulatkan dan susun dalam dulang pembakar, kemudian tekan sedikit dengan garfu. Buat hingga siap. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 - 25 minit, sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..



You Might Also Like

0 comments