Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.

Kambing goreng black pepper dan satu juta pertama

By 5:47 AM , ,

Assalamualaikum semua pembaca. Agak lama juga mamadee menyepi dari menulis blog. Kebelakangan ini mamadee memang tersangat sibuk dengan urusan belajar.  Mamadee ingin berkongsi berita gembira, alhamdulillah Mamadee berjaya lulus Final Thesis Review dan kini sedang pulun untuk submit thesis dalam tempoh masa yg diberikan. Insyallah tak lama lagi Mamadee akan pulang ke Malaysia. Rindunya terasa pada tanah air. Doakan agar semua urusan mamadee berjalan lancar.

Dan satu lagi berita gembira, pengunjung blog mamadee kitchen telah mencapai 1,000,000 yang pertama!!!. Pada permulaan mamadee berbloging, pada masa itu masih menggunakan kamera handphone, memang tak pernah terlintas blog ni akan bertahan juga, walaupun mamadee bukanlah kategori blogger yg rajin mengupdate. Insyallah azam tahun depan, agar blog lebih kerap di update..hehe.
Berbalik kepada resepi kali ini,  resepi kambing goreng black pepper ini sebenarnya sangat senang disediakan dan sedap dimakan bersama nasi putih dan juga sesuai disajikan dengan nasi hujan panas atau nasi minyak.  Di sini, harga bagi daging kambing agak murah, dan dagingnya juga cepat empuk bila dimasak. Daging kambing mempunyai pelbagai khasiat antaranya, ia mempunyai kadar kolesterol dan lemak tepu yg lebih rendah dari daging lembu. Jadi ia merupakan alternatif yang lebih sihat. Jom lihat respinya.

Bahan-bahan
250 g daging kambing (shoulder part)
1 sudu besar sos tiram *
1 sudu besar kicap manis*
4 sudu teh lada hitam ditumbuk*
1/2 sudu besar madu*
3 ulas bawang putih
1/2 inchi halia
1 labu bawang besar Holland dihiris
3 batang cili dihiris
Lobak merah dipotong panjang-panjang (optional)
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
1. Potong daging kecil-kecil. Bersihkan, kemudian gaulkan daging dengan bahan-bahan bertanda *. Perap minimum 30 minit.
2. Bawang putih dan halia ditumbuk lumat. Panaskan kuali, masukkan bawang putih dan halia, Tumis sehingga wangi.
3. Kemudian masukkan daging tadi. Masak sehingga daging hampir empuk, masukkan lobak merah, cili dan juga bawang besar. Gaul sehingga sebati. Masak daging sehingga empuk dan sos agak kering. 


You Might Also Like

3 comments