Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.

Nasi Ayam

By 12:49 AM , ,


Assalamualaikum semua, Salam Ramadan untuk semua. Dah masuk hari ketiga kami di Brisbane berpuasa. Tahun ini, kami berpuasa lewat sehari dari Malaysia. Apa juadah bebuka petang ini? Di Malaysia pasti meriah dengan pelbagai kuih muih serta lauk pauk di pasar Ramadan. Berbelanjalah dengan berhemah. Dikala perut lapar, memang semua makanan kelihatan sangat enak.



Tahun ini, mamadee berpuasa pada musim sejuk lagi. Pada pukul 5 petang akan masuk waktu berbuka. Memang tak dinafikan, rutin mamadee pada bulan Ramadan ini sedikit berubah. Kiranya selepas sahur, mamadee akan terus masak nasi dan lauk pauk untuk berbuka. Jadi apabila mamadee pulang dari universiti pada waktu petang, tidaklah terburu-buru untuk memasak, dan mamadee juga dapat menyelesaikan kerja di universiti terlebih dahulu.  Dan biasanya untuk sahur, suami tidak cerewet, jadi mamadee topup sahaja lauk-lauk sampingan seperti telur dadar untuk bersahur.


Berbalik kepada resepi kali ini, pasti anda semua familiar dengan nasi ayam. Ada bermacam-macam resepi nasi ayam di internet, tetapi ini adalah cara mamadee menyediakan nasi ayam yang cepat, senang dan sedap (sedap ke?..haha) Seriusly, nampak resepi macam banyak step, tapi bila anda membuatnya sendiri, ia tidaklah sukar dan sebenarnya sangat simple.


Bahan-bahan perapan ayam
5 ketul peha ayam (mamadee gunakan bahagian peha ayam, nak guna bahagian mana-manapun boleh)
1/2 inchi halia (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
Garam secukup rasa
1 sudu teh cuka
2 sudu besar kicap manis

Bahan-bahan sup
Air rebusan ayam
1 bunga lawang,
1  kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1/2 labu bawang besar Holland (dihiris nipis)
Daun sup

Bahan-bahan nasi
Air rebusan ayam (sukatan bergantung kepada jenis beras)
2 cawan beras
1/2 labu bawang besar Holland (dihiris nipis)
1/2 inchi halia
 1 sudu besar minyak
1 sudu besar butter atau majerin
1 bunga lawang
1  kulit kayu manis

Cara-cara membuatnya.
1. Bersihkan ayam. Kemudian lumurkan halia, bawang putih, garam dan cuka pada ayam. Perap dalam 5 minit. Masukkan ayam tadi kedalam periuk. Masukkan air biar ayam tenggelam. Rebus ayam sehingga masak.
2. Kemudian keluarkan ayam dari dalam periuk. Letakkan ayam didalam mangkuk, campurkan kicap manis. Lumurkan kicap manis pada ayam. Perapkan sebentar.
3. Sementara menunggu ayam diperap, basuh beras berih-bersih. Kemudian panaskan periuk nasi. Masukkan minyak dan majerin. Kemudian masukkan bunga lawang dan kulit kayu manis. Setelah naik bau, masukkan bawang besar. Tumis sehingga bawang layu.
4. Kemudian masukkan beras kedalam periuk. Gaul-gaulkan beras dengan minyak. Selepas seminit, masukkan air rebusan ayam tadi kedalam periuk nasi. Sukatan air bergantung kepada jenis beras. Masukkan halia dan sedikit garam. Masak nasi seperti biasa.
5. Kemudian kita sediakan sup. Tumis bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bawang didalam periuk. Setelah naik bau,masukkan air rebusan ayam tadi. Masukkan garam secukup rasa. Setelah sup siap, taburkan daun sup.
6.  Seterusnya, kita sediakan ayam. Ayam yang telah siap diperap tadi digoreng. Jangan goreng terlalu lama kerana ia cepat hitam dan akan keras.

Bahan-bahan aksesori

Bahan sos
1 biji tomato
5 biji cili
3 sudu besar cuka
1 sudu besar gula
garam secukup rasa
3 sudu besar air

Cara menyediakan sos.
1.Campur semua bahan dalam blender. Kisar sehingga hancur.
2. Kemudian masukkan kedalam periuk.  Masak sebentar dengan api kecil. Kemudian pindahkan kedalam mangkuk

Bahan-bahan kicap
4 sudu besar kicap manis
3 sudu besar air rebusan ayam (atau nk guna sup ayam pun boleh)

Cara-cara menyediakan   kicap
1. Campur semua bahan dan gaul sebati.


Bahan-bahan ulam
hirisan tomato
daun salad
hirisan timun batang
taugeh (dicelur sebentar, kemudian masukkan kedalam pinggan, curahkan kicap dan sup ayam keatasnya, dan taburkan daun bawang)


You Might Also Like

2 comments

  1. aduh sedapnya D tak sabar kaknoor nak buat utk hari ni sbb memang merancang nak masak nasi ayam jugak ni

    ReplyDelete
  2. Cantik nasi ayamnya tu...selamat berpuasa di perantauan Mamadee & family.

    ReplyDelete