Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.

Puding karamel tanpa telur

By 9:23 PM ,



Assalamualaikum. Apa menu berbuka hari ini? Untuk pencuci mulut, kali ini Mamadee menyediakan puding karamel tanpa telur. Resepi ini Mamadee ambil dari blog kak lina teratak mutiara. Memang sedap, sejuk je tekak. Jom lihat resepinya.



Bahan-Bahan A (Gula Hangus)

4 sudu besar gula pasir

Bahan-Bahan B (Puding)

1 paket agar-agar serbuk 10g
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair
3sb  tepung kastard
1 sk esen vanilla

Cara-cara


  1. Memula buat gula hangus seperti biasa.Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil masak hingga gula menjadi perang, kemudian ratakan keseluruhan loyang.Kemudian ketepikan
  2. Satukan semua bahan B.Kacau atas api.Aduanan mesti dikacau selalu takut tepung kastad akan bergentel.
  3. Apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat.Tutup api, tapis dan tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
  4. Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti ais hingga puding mengeras.Terbalikkan puding dan bolehlah dihidang.


Note: Puding ni sangat sedap dimakan bila sejukkan dalam peti ais. Mamadee buat puding ni dalam bekas kecil-kecil bukan dalam loyang.

You Might Also Like

6 comments

  1. Assalam Dee..selamat berpuasa.
    Terima kasih sudi cuba puding ni..sedap kan mkn sejuk²

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Minta halala resepi ye kak. Sedap..makan sejuk2. Selamat berpuasa jg kak lina

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete