Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.

Solok ikan

By 11:18 PM , , ,


Selamat berhujung minggu semua. Apa aktiviti hari ini? Ibu-ibu pula apa juadah istimewa di hari minggu?.

Hari ni saya menyediakan solok ikan. Solok ikan ni sangat popular di Kelantan. Memang sedap di makan dengan nasi panas. Makan macam tu sahaja pun sedap. Saya ambil resepi solok ikan dari buku chef hanieliza 1 hari 1 resepi.

Bahan-bahan
5 ekor ikan selayang
3 ukas bawang merah
1 sudu teh lada hitam
1/2 cawan kelapa parut
1 biji telur
Garam secukup rasa

Cara-cara
1. Ikan dibersihkan dan dibasuh
2. Kikis isi ikan.
3. Tumbuk bawang, lada hitam dan kelapa sehingga lumat.
4. Campurkan telur, isi ikan dan garam dan bahan yang ditumbuk dlm mangkuk.
5. Gaul rata
6. Kepalkan adunan dan leperkan.
7.  Goreng dlm minyak panas dengan api sederhana.
8. Goreng sehingga warna perang dan masak.


You Might Also Like

2 comments

  1. Nampak sedap tu... ada beli juga buku Chef Hanieliza ni..tp tak tertengok lg resepi yg ni. Tak habis explore lg. :)

    ReplyDelete
  2. @Azlifawati Abdul Wahab memang sedap resepi solok ikan dari chef hanieliza ni.hehe. thanks sudi jengok2 blog saya

    ReplyDelete