Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.

Ketam telur masin

By 9:33 PM , , ,


Assalamualaikum semua. Siapa minat makan ketam? Tempoh hari saya first time cuba makan ketam telur masin di restoran. Boleh tahan sedap jg. Tapi bila tengok harga..telan air liur juga nak membayarnya.

So hari ini, saya masak sendiri ketam telur masin. Jimat dan puas hati. Jom lihat resepinya.


Resepi dari blog dapur kecah

Bahan-bahan:

2 ekor Ketam 
4 sudu besar Mentega
3 biji Bawang Putih dicincang
6 btg cili padi dipotong (terpulang kalau nak pedas boleh tambah, tak nak pedas kurangkan)
Daun kari lebih kurang setangkai
3 biji telur masin direbus (ambil kuningnya sahaja....plus 1 biji diambil putihnya- hancurkan)
1/2 tin Susu Cair
Sedikit garam jika perlu
Sedikit gula jika perlu

Utk goreng ketam

Dua sudu besar tepung jagung
½ sudu kecil lada sulah
Sedikit garam

Caranya

1. Bersihkan ketam dan potong dua.  Ketuk-ketuk la sikit bahagian sepit yg keras tu bagi retak. So bila nak mkn nanti senang sikit.  Kemudian kukus ketam hingga 3/4 masak. Bila dah masak, celup isi ketam ke dalam air ais dalam 20 saat. Tujuannya untuk elakkan ketam tu overcooked dan isinya kekal pejal.

2. Lumurkan ketam dengan tepung jagung, lada sulah dan garam.  Kemudian goreng seketika. Angkat, toskan dan ketepikan.

3. Cairkan mentega dalam kuali yang panas, kemudian masukkan bawang putih, cili padi, daun kari, dan telur masin. Kacau-kacau sehingga berbuih. Setelah berbuih masukkan susu cair. Kacau dan kacau lagi biar semuanya sebati. Tunggu sehingga kuah memekat.  Bila dah pekat bolehlah rasa dan tambah apa yang perlu. Gula dan garam biar secukup rasa.



4. Bila kuah dah secukup rasa, masukkan ketam yg telah digoreng tadi. Balik-balikkan biar hingga kuahnya mesra, bersalut dan sebati dengan ketam. Boleh tutup api dan siap untuk dihidang! 



You Might Also Like

0 comments