Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.

ASAS KEK SPONGE DAN CREAM CHEESE FROSTING

By 11:07 PM

14 March 2014 merupakan tarikh ulangtahun perkahwinan kami yg keempat. Masih 'pengantin baru' lagi, baru 4 tahun, masih panjang lagi perjalanan. Orang kata, kehidupan selepas bernikah lebih seronok, kerana semasa tempoh inilah kita dapat mengenali character sebenar pasangan. :) Semasa bercinta, jika mahu terkentut pun masih sempat minta diri ke toilet sebentar, selepas berkahwin sambil makan nasi bersama pun boleh sengaja kentut. Itulah kemanisan hidup berumahtangga, penuh dengan senda gurau, dan masing-masing menerima kelebihan dan kekurangan pasangan. Ops, panjang pula saya berceloteh.

 Petang semalam, balik daripada universiti saya terus mem'baking' kek ini. Kononya mahu membuat kejutan kepada suami. Resepi ini sangat mudah, tak perlu pakai ovellete ( di Brisbane susah mahu mencari ovellete yg halal ..hu2) dan yang paling saya suka kerana dapat dipelbagaikan. Anda boleh menambah pelabagai perisa dan warna, seperti strawberry, pandan, vanila, coffee dan lain-lain. Dan yg penting resepi ini menghasilkan kek yg sedap dan gebu (syaratnya anda perlu pukul telur putih sehingga 'bertanduk').


Resepi ini saya ambil dari blog Tested and tasted. Banyak resepi kek yg sedap-sedap di blog itu.
Jom lihat resepinya.

Bahan-bahan
4 biji kuning telur (besar)
20 g gula caster
50 g minyak
60 g susu segar
1/2 sudu teh esen vanila
90 g tepung kek (tapi saya guna tepung gandum biasa + 1 sudu teh baking powder)

4  biji putih telur
1/4 sudu teh Cream of tartar
60 gr Caster sugar

Cara-cara
1. Panaskan oven 160C
2. Pukul perlahan kuning telur dengan gula caster
3. Campurkan minyak jagung, susu dan vanila esen, pukul  sehingga sebati
4. Masukkan tepung gandum, gaul rata dan ketepikan
5. Pukul putih telur dan cream of tartar sehingga berbuih, kemudian sedikit demi sedikit masukkan gula caster sehingga adunan bertanduk. (tips saya, pukul dengan menggunkan kelajuan yang tinggi, dan bila telah bertanduk gradually turunkan kelajuan mixer).
6. Ambil 1/3 adunan putih telur tadi dan masukkan kedalam adunan kuning telur. Kaup balik dengan gunakan spatula atau sudip kayu. Setelah adunan putih telur bergaul sebati, masukkan adunan putih telur yang selebihnya. 
7. Masukkan adunan kedalam loyang bersaiz7 / 8 inchi
8 . Bakar lebih kurang dalam 45 minit atau sehingga masak, bergantuk kepada kepanasan oven masing-masing.


Untuk resepi cream cheese frosting, saya selalu menggunakan resepi ini. Kerana rasa lemak cheee itu kena dengan kek sponge ini. Saya juga menggunakan resepi cream cheeese frosting ini untuk kek carrot dan juga kek coklat. Memang sedap.

Cream Cheese:
120 gram gula
250 gram cream cheese
120 gram unsalted butter
Semua bahan dicampur dengan dipukul hingga kembang.

Bila cream cheese itu dah siap, bolehlah di sapu pada kek.
* untuk kek ini saya juga meletakkan parutan keju cheddar di keliling tepi kek, memang bertambah sedap ..he2

You Might Also Like

0 comments