Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.


Selamat Tahun Baru 2016! Apa program hari cuti anda? Semalam meriah mamadee melihat kawan-kawan berkunjung ke South Bank untuk melihat pertunjukan bunga api. Mamadee dan keluarga tak pergi. Kami hanya melihat pertunjukan bunga api dari rumah. Kebetulan rumah Mamadee berada atas bukit, jadi dapatlah kami lihat dari rumah sahaja.

Setiap kali menjelang tahun baru, ramai yang memasang azam baru. Mamadee macam biasa la, azam 2016 ni nak kurus.hahaha. Rasanya dari tahun-tahun lepas lagi azam untuk kuruskan badan ni tak berjaya. Yang penting, mamadee perlu lebih rajin bersenam dan jaga kesihatan. Lagipun usia dah memasuki fasa 30-an. Kena lebih menjaga kesihatan. Tapi kali ini, harap dapat dimaafkan, sebab mamadee dah 'terbuat' kek coklat moist ni. :)

Lepas makan ni, kena exercise sedikit. Resepi dari kak Azlita masam manis ni memang menjadi pilihan setiap kali mamadee menyediakan kek coklat moist. Resepinya mudah dan menghasilkan kek yg sedap sekali. Jom lihat resepinya.

RESEPI KEK (SUMEBR: AZLITA MASAM MANIS)

Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat

Satukan semua bahan
Kemudian ayak
Ketepikan

Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung

Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis. 

Bahan D
250 ml air panas

Cara-cara
  1. Satukan semua bahan B
  2. Pukul hingga putih
  3. Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis
  4. Pukul hingga sebati
  5. Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.
  6. Jika adunan banyak dan tak larat nak kaup balik dengan spatula, boleh masukkan dalam Stand Mixer dan gunakan pemukul macam gambar di atas. Letak pada speed paling perlahan sekali. Putar sehingga ia sebati aje, jangan lama kerana nanti banyak udara terperangkap dalam adunan kek dan kek kita berlubang-lubang bila kita potong.
  7. Adunan yang telah dikaup balik dengan spatula
  8. Tambahkan air panas dan gaul rata
  9. Adunan yang telah di gaul rata
  10. Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak
  11. Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
  12. Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
  13. Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih.
  14. Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna.
  15. Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.


RESEPI COKLAT GANACHE (SUMBER: KAK ERRA)
 BAHAN
120g dark coklat
120 whipping cream
1 tbsp butter

CARA-CARA

1. Double boil whipping cream, jgn sampai mendidih, masukkan dark coklat
2. Gaul sebati. Biarkan suhu dalam 33-35degree C baru tuang atas kek



Assalamualaikum semua. Dah hampir ke penghujung tahun 2015. Cepat sangat masa berjalan. Bila dikenang kembali saat hari pertama kami tiba di bumi Brisbane, perasaan bercampur-campur, ada rasa teruja, risau, takut dan gembira. Tapi Alhamdulillah, kami sekeluarga disini dikelilingi sahabat-sahabat yang banyak membantu. Mamadee ingin berkongsi berita gembira, sempena Apreciation Night 2015 anjuran Persatuan Pelajar Malaysia di Queensland dan juga Education Malaysia Australia, mamadee dianugerahkan anugerah Research Excellence Award. Alhamdulilah. Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas rezeki ini.


Okay berbalik kepada resepi kali ini, biasanya mamadee agak fobia bila menyediakan pau. Kebanyakan resepi yg pernah mamadee cuba, pau akan keras bila sejuk atau dipanaskan balik. Tetapi kali ini, resepi ini, pau tetap kekal gebu. Mamadee buat stok frozen, dan bila dikukus balik keesokan hari, pau masih gebu. Jadi, senang, bila nak bawa bekal ke universiti, just kukus balik dalam 10 minit. Jom lihat resepinya.

Resepi dari Yatie memories.

Bahan-Bahan
1 kg tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*(bahan bertanda * diayak bersama)

BAHAN DILARUT BERSAMA
1 sudu teh garam
1/2 cwn minyak masak
2 1/4 cwn air
11 gm yis
1 sudu  makan gula
2 sudu makan susu pekat manis
1 biji telur

**Inti pilihan anda

Cara-caranya

  1. Dalam mangkuk besar, ayakkan bersama tepung dan b.powder.
  2. Kacau bhn diatas hingga gula larut.
  3. Tuangkan sedikit demi sedikit ke dlm tepung hingga menjadi doh tak melekat ditangan. Biarkan 5 minit.
  4. Ambil sedikit doh, leperkan & masukan inti pilihan, kemaskan dan alaskan dngn plastik/kertas minyak yg di potong kecil. Susun dlm loyang dan jarak-jarakkan sedikit.
  5. Biar hingga doh naik 1 kali ganda (jngn terlalu naik, dah penuh 2 loyang pengukus mamadee mula mengukus)
  6. Kukus 7-10 minit. Balut tudung pengukus
  7. Buka tudung pengukus dan angkat kuih pau. Sejukkan di redai kek dan bolehlah di makan.

***Pastikan air betul2 mendidih bila hendak mengukus kuih pau. Balut penutup kukus dngn kain supaya air tak menitis di permukaan kuih.

Assalamualaikum semua. Sekejap sahaja kita sudah berada di penghujung tahun 2015. Sepanjang tahun 2015 ini, Alhamdulillah, banyak rezeki dan kesenangan dikurniakan oleh Allah s.w.t untuk kami sekeluarga.  Baru-baru ini juga mamadee berjaya terpilih sebagai finalist dalam pertandingan research pitching dan pertandingan ini  juga membuka peluang mamadee untuk bekerjasama dengan Prof. Robert Faff, untuk menjadi ambassador dan jurucakap untuk mempromosikan research pitching kepada pelajar-pelajar postgraduate di universiti. Alhamdulillah.
 Okay, berbalik kepada resepi kali ini,  sambal ini merupakan masakan Indonesia. Kami sekeluarga sangat menggemari sambal yang disajikan di Restoran Shalom di Sunnybank, Queensland. Memang unik dan sedap. Sangat sedap bila disajikan bersama nasi putih dan juga ayam goreng berserta ulam-ulaman.  Jadi, mamadee cuba-cuba untuk mengolah resepi sambal ini, berdasarkan rasa sambal di restoran Shalom itu. Jadi, para pembaca di Malaysia juga dapat mencubanya :)




Sambal ala 'shalom' (Indonesia food)
Bahan-bahan
Segenggam ikan bilis*
Segenggam cili padi*
5 helai daun limau purut*
Sedikit air limau nipis
Garam n gula secukup rasa

Cara-cara
1. Tumbuk semua bahan bertanda *sehingga lumat
2. Panaskan minyak di dalam periuk.
3. Masukkan bahan2 yg telah ditumbuk tadi.
4. Masak sehingga sambal tadi garing.
5. Masukkan air limau nipis, garam n gula secukup rasa.


Salam semua. Kek pandan chiffon ini memang favourite mamadee dan family. Kalau perasan, dalam blog mamadee ini, dah macam-macam versi kek chiffon pandan yang mamadee dah cuba. Resepi ini dari blog Christine. Sedap, kerana kek ini tidak kering, rasa lemak-lemak santan. Dan pastinya, gebu. Cuma yang mencabarnya bila buat kek chiffon ni byk pantang larangnya. hehe. Ni antara tips yang mamadee belajar dari beberapa blog.

  • Kena pukul meringue biar betul-betul kental (hard peak)
  • Loyang tak perlu digris dengan minyak (sebab kek perlu lekat pada wall untuk 'memanjat', barulah kek menjadi tinggi dan tak jatuh bila dah masak)
  • Bila kek dah masak, cepat2 terbalikkan loyang. Supaya graviti tidak menarik turun kek, dan kek menjadi lenyek.
  • Jangan buka pintu oven semasa membakar kek didalamnya.
Jom lihat resepinya.

Resepi source: Christinerecipe.com

Pandan Chiffon Cake Recipe 
Prepare an ungreased 20cm (8 inch) round tube pan (removable base preferred) 
By Christine's Recipes 
Prep time: 20 mins 
Cook time: 40 mins 
Yield: 8 serves 

Ingredients of batter
5 egg yolks 
20 gm caster sugar 
100 gm cake flour 
1 tsp baking powder 
100 ml coconut milk 
2 Tbsp pandan juice (see below for making pandan juice) a few drops pandan essence/pandan paste, optional
 3 Tbsp olive oil 

Ingredients of egg whites
5 egg whites
60 gm caster sugar
1/2 tsp cream of tartar

 Ingredients of pandan juice: 
10 pandan leaves, fresh or frozen 
1 1/2 Tbsp water 

Method: 
1.Preheat oven to 170C (338F).
2.Beat the egg yolks with a balloon whisk and mix in 20 grams of sugar. Add coconut milk, pandan juice, and a few drops of pandan paste (if desired). Combine well. 
3.Sift in cake flour and baking powder in three batches into the egg yolk mixture. Mix well. Lastly, add olive oil. Set aside. 
4.Use a large clean bowl, making sure there’s no water or oil in it. Beat the egg whites with an electric mixer until bubbles form. Add the cream of tartar. After mixing well, add the 60 grams of sugar in three batches, about one-third at a time, and beat well between additions. Continue to beat until stiff peaks form. 
5.Spoon out 1/3 of the beaten egg whites and fold into the egg mixture. Lightly fold in the rest of the beaten egg whites with a spatula, until just combined. 
6.Pour into the cake pan and bake in preheated oven for about 35 to 40 minutes. After baking the first 15 minutes, if you find your cake gets browning, reduce heat to 150C(302F), continue to bake until cooked through. A needle comes out clean when inserted in the middle. Remove cake from the oven. invert the pan immediately. Allow it to cool completely. 



VERSI BAHASA MELAYU

Bahan-bahan
5 biji kuning telur
20g gula kaster
100g tepung kek
1 sudu teh baking powder
100ml santan
2 sudu besar jus pandan / guna pandan emulco
3 sudu besar minyak zaitun (mamadee guna minyak masak biasa)

Bahan meringue
5 biji putih telur
60g gula kaster
1/2 sudu teh cream of tartar

Bahan jus pandan
10 helai daun pandan
1 1/2 sudu besar air.

Cara-cara
1.Panaskan oven 170 degree C
2. Pukul kuning telur dengan whisk, masukkan 20g gula, santan dan pandan emulco/jua pandan. Pukul sehingga sebati.
3. Ayak tepung dan baking powder. Masukkan tepung tadi kedalam adunan kuning telur. Masukkan minyak. Kacau sehingga sebati. Ketepikan.
4.  Didalam mangkuk yang lain. pastikan mangkuk benar-benar kering. Masukkan putih telur. Pukul dnegan elektrik mixer sehingga terbentuk buih-buih halus. Kemudian masukkan cream of tartar. Setelah buih-buih halus terbentuk, masukkan gula sedikit demi sedikit, sehingga habis. Pukul putih telur sehingga kental/bertanduk. (hard peak).
5. Masukkan 1/3 putih telur tadi kedalam adunan kuning telur. Kaup balik sehingga sebati. Masukkan selebihnya adunan putih telur tadi kedalam adunan kuning telur. Kaup balik dengan menggunakan sudip kayu atau spatula. Pastikan semua bercampur tetapi jangan over kaup balik kerana kita akan memusnahkan rongga udara yang terhasil.
6. Masukkan adunan kedalam loyang chiffon (loyang yang mempunyai lubang ditengah2. Loyang chiffon membantu kek untuk naik tinggi).  Masukkan kek kedalam oven. Bakar selama 30-40 minit. Setelah kek masak, terus keluarkan dari dalam oven dan terbalikkan loyang. Setelah kek sejuk, sisipkan pisau ditepi loyang untuk keluarkan kek.











Assalamualaikum semua. Dah bersawang blog, lama betul mamadee tak update resepi disini.  Dah banyak kali mamadee cuba resepi jemput-jemput pisang ni. Sahabat mamadee, fairuz yg memperkenalkan resepi jemput-jemput sedap ini. Apa yg menarik tentang resepi ini, jemput-jemput yg dihasilkan gebu didalam dan rapuh diluar. Disamping itu ia tidak makan minyak bila digoreng. Jom lihat resepinya

Bahan-bahan
3 biji pisang saiz besar (mamadee guna pisang cavendish)
1/2 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
Secubit garam
1 sudu besar gula

Cara-cara
1. Lenyekkan pisang.
2. Campurkan tepung gandum, tepung beras, soda, garam dan gula ke dalam pisang yg telah dilenyekkan tadi.
3. Biarkan selama 30 minit.
4. Panaskan minyak.
5. Guna 1 sudu untuk mengambil adunan jemput-jemput. Manakala 1 sudu lagi digunakan untuk tolak adunan jatuh kedalam minyak. Buat dengan cepat. Supaya jemput-jemput yang dihasilkan bulat2 dan kecil molek.
6. Goreng dgn menggunakan api sederhana sehingga masak.
7. Setelah masak, angkat dan bolehlah dihidang