Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.





Assalamualaikum semua. Selamat hari raya aidilfitri kepada semua yang beragama Islam.  Beraya di perantauan tidak kurang meriahnya berbanding di Malaysia. Ini merupakan kali kedua kami sekeluarga beraya disini. Tahun lepas agak pilu & sedih sket, sebab 1st time beraya di bumi ratu ini dan masa tu kami baru 4 bulan sampai di Brisbane. Tapi tahun ini perasaan itu kian terubat sebab  ada ramai kawan-kawan yang rapat seperti sebuah keluarga dan kami bersama-sama meraikan aidilfitri.  Malam raya suami masih bekerja kerana hari raya bukanlah cuti umum disini. Kami di Queensland menyambut raya pada hari Selasa, kerana anak bulan tak nampak so Islamic council annouce raya jatuh hari Selasa. Yg lucunya, hari Ahad malam tu, masing-masing dah sibuk sediakan juadah untuk pagi raya, alih2 bila dengar announcement raya x jadi esok.haha. Semua juadah masuk fridge la dulu.

Selepas solat sunat aidilfitri


Tahun ini saya menyediakan satey ayam dan daging untuk hidangan pagi raya. Sehari sebelum raya baru saya kalut telefon mak di kampung minta resepi satey dan kuah kacang.  Maklumlah sebelum ini, saya ni tukang cucuk satey & tukang makan je. Tak pernah buat satey sendiri..huhu. Jom tengok resepi satey daripada mak saya :)



Bahan-bahan
Seekor ayam dipotong-potong / daging dipotong dadu
2 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 batang serai dititik
Serbuk kunyit (kena agak sendiri sukatan)
Garam (secukup rasa)
Gula melaka (cairkan/ racik-racik halus)
1 inchi halia
Sedikit air asam jawa/ asam keping
2 sudu teh jintan manis

Cara-caranya.
1. Semua bahan digaul dengan isi ayam/ daging. Perap dlm 5-8 jam. Kemudian cucuk lah dengan lidi sate

Nasi impit pula saya beli yang segera kat Asian supermarket. Malaysia import mari. Nasib baik ada yg segera ni, kalau tak kena buat nasi impit sendiri. Teringat cara mak buat nasi impit, nasi tu kena tindih dengan lesung batu lagi.





Yang mencabarnya nak buat kuah kacang. Saya cari kacang tanah tapi tak ada, so saya pakai je kacang ni.


Rasa ok juga, yg penting tak perlu buang kulit..hehe.  Kebiasaannya kita perlu goreng kacang tanpa minyak, tapi saya ni kan pemalas sket  kreatif inovatif, saya letakkan kacang dalam tray pembakar dan bakar dalam oven. Jangan guna suhu tinggi nanti terbakor hangit kacang tu. Saya just guna suhu dalam 140degree celcius, lebih kurang 45 minit kacang dah masak. Bergantung kepada oven masing-masing. Dan yang penting kena la check dari masa ke semasa untuk make sure kacang dah masak dan tak hangit.

Sambil-sambil bakar kacang dalam oven, bolehlah buat kerja lain, kupas bawang blend lada kering. Maklumlah saya sorang je tenaga buruh kat rumah.

Resepi kuah kacang.

400g kacang tanah/ kacang (goreng tanpa minyak sehingga masak atau boleh juga dibakar dalam oven sehingga masak dan kemudian blend sehingga hancur)
10 tangkai lada kering *
10 ulas bawang merah * (tapi saya pakai 2 labu bawang besar holland)
2 ulas bawang putih*
2 hiris lengkuas*
3 cawan santan
2 batang serai dititik
Gula melaka
2 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Cara-cara
1. Rebus sebentar lada kering. Kemudian kisar bersama bahan-bahan bertanda *.
2. Tumis bahan-bahan yg telah dikisar tadi sehingga garing.
3. Kemudian masukkan santan. Kacau perlahan-lahan.
4. Setelah santan menggelegak, masukkan kacang kisar, serai, jintan manis, jintan putih dan gula melaka. Masak kuah sehingga mendidih.

* kalau nak kurangkan santan anda perlu lebihkan kacang kisar. Kebiasaanya kuah kacang ni rasa manis2 sket, so bolehlah letak gula melaka lebih sket.

Sarapan pagi raya 3 beranak, sebelum kami serang rumah kwn2 yg buat open house ;)







Assalamualaikum semua pembaca. Hari ini merupakan hari terakhir dlm bulan Ramadhan. Sebulan dah berlalu. Alhamdulillah kita berjaya berpuasa dan insyallah jika umur panjang kita berjumpa lagi Ramadhan tahun depan.

Syawal akan menjelang tiba, insyallah semoga kita dapat kekalkan momentum/kebaikan bulan Ramadhan di bulan Syawal juga. Saya perasan ada satu masalah yg ramai antara kita alami bila tiba musim perayaan adalah mengenai salam-bersalaman dengan bukan muhrim. Saya juga sentiasa berhadapan dengan masalah tu. Tapi disini kdg2 dgn non muslim lelaki yg ingin bersalam saya akan membuat isyarat tangan seperti 'sawadikkappp'... jadi diaorag pun akan buat tangan 'sawadikkaapp' juga.  Dan saya terselamat untuk bersalam..he he.  Tapi saya tak pasti taktik ini berkesan atau tidak untuk diamalkan di Malaysia.huhu. Jom kita tengok carta di bawah yg menunjukkan dengan siapa kita boleh bersalam. :)

Berbalik kepada resepi kali ini, tahun 2014 ini muncul trend 'naked cake' or kek bogel. Kalau sekali pandang igtkan kek x siap atau kek x cukup ising. Tapi inilah trend terbaru dalam dunia bakery,  macam fashion plak kan ada trend. Kalau dulu trend macaroon,   then muncul pula durian crepes pas tu kek cheese leleh. Semuanya bermusim. 

Saya suka dengan naked cake ni sebab simple, sexy, natural and yet still pretty...hehe.  Kalau anda try google naked cake ni, mcm2 style anda boleh hias. Ada yang menggunakan buah-buahan segar dan juga bunga segar. Ada tips yg saya baca, untuk hias naked cake ni kita perlu guna elemen2 semulajadi jadi bunga dari fondant atau gumpaste kelihatan tidak begitu serasi untuk digunakan untuk menghias naked cake. Apapun terserah kepad kita nak guna apa untuk menghiasnya.. kdg2 kena break the rules juga untuk dpt hasil yg extraordinary.  :)


Salah satu elemen penting dalam penghasilan naked cake ialah pemilihan jenis kek dan kombinasi dengan jenis frosting. Kerana anda bergantung kepada dua elemen ini untuk menentukkan whole look kek yg anda hasilkan.  Kali ini saya gandingkan kek coklat dengan frosting cream cheese dan juga jem strawberry. Kek yg berwarna gelap nampak lebih menyerlah bila digandingkan dengan frosting yg berwarna cerah. Jom lihat resepi dan cara-cara menghasilkannya.

Bahan Kek 
2 cawan tepung gandum
1 / 2 cawan cocoa powder
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 / 2 sudu kecil garam
1 / 2 cawan gula pasir
1 / 2 brown sugar
125 gm mentega
2 biji telur gred A
2 sudu kecil vanila ekstrak
1/2 cawan buttermilk-(buat sendiri guna 1/2 cawan susu ditambah dengan 1 sudu kecil cuka dan rehatkan selama 10 minit).
1 cawan air suam

Cara-caranya

  1. Panaskan oven pada suhu 170C
  2. Sediakan loyang ukuran 8 inchi (tapi utk naked cake ni saya guna loyang 5 inchi, so dpt 3 layer cake. )
  3. Alas dngn kertas minyak dan sapu butter di sekelilingnya.
  4. Ayak tepung, cocoa powder, soda bikarbonat, garam, dan ketepikan.
  5. Pukul mentega dengan gula sampai ringan dan mengembang, tambah telur.
  6. Bila semuanya sudah sebati masukkan bahan-bahan  kering(tepung, cocoa powder) bergantian dengan bahan2 cecair (buttermilk+air suam) sehingga habis.
  7. Terakhir masukkan vanila ekstrak
  8. Bakar selama sekitar 30 minit atau hingga masak.

Sejukkan kek atas redai. Sementara itu jom sediakan cream cheese frosting.

Cream Cheese:

120 gram gula

250 gram cream cheese
120 gram unsalted butter

Semua bahan dicampur dan dipukul hingga kembang.


Cara menghias kek.

1. Saya sapukan jem strawberry atas kek. 

2. Kemudian, saya masukkan cream cheese tadi dalam piping bag dan guna nozzle wilton 2D utk paipkan frosting atas kek. Bagi saya cara ini lebih mudah dan tak comot.

3.Saya bentukkan cream cheese seperti bunga 5 kelopak. Anda bebas nak buat bentuk macam mana. Asalkan nmpk cantik bila ditindih dengan kek kat atasnya.


4  Then bila dah siap, ambil kek lain  dan tindihkan atas kek tadi. Ulang sehingga siap. Kali ini saya buat 3 lapis kek.

5. Untuk lapisan kek yang paling atas. Saya paipkan secara membulat sedikit cream cheese. Dan kemudian susun buah strawberry di atasnya. 

6. Kemudian saya taburkan gula ising atas kek.












Assalamualaikum semua. Kali ini saya nak buat biskut nostalgia dari zaman kecil... biskut cornflakes. Sedap sangat dan yang penting senang. Beria tahun ni saya buat biskut raya, maklumla ada tukang makan kat rumah.

Resepi ini saya ambil dari blog HaSue. Halalkan resepi ini ye :)

Bahan:- (anggaran 70 - 80 biji)

1/2 cawan butter
1/2 cawan gula kastor
1 biji telor
1 sudu teh esen vanila
2/3 cawan kismis hitam (jenama Lego elok halus sikit)
1 cawan tepung naik sendiri (diayak)
2 - 3 cawan cornflakes (ramas2 hancurkan sikit)
cawan kertas saiz kecil secukupnya

Cara Membuat:-


  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. 
  2. Masukkan telor dan esen vanila, pukul lagi hingga sebati. 
  3. Dalam bekas lain, campurkan tepung dengan kismis. Gaul rata. 
  4. Kemudian masukkan dalam adunan dan gaul rata. 

*Gunakan sudu teh, cedok adunan jadi ketul dan jatuhkan ke dalam bekas yang berisi cornflakes ramas tadi, golek-golekkan rata.





Assalamualaikum semua. Bukan main meriah lagi tengok kat wall FB macam-macam biskut raya yang ada. Teringat time kerja sebelum cuti dulu, time ni mesti banyak tester biskut raya kat office. Ramai tokey2 biskut raya, baju raya dan tudung raya kat office. Kadang-kadang saya lebih suka order shj dgn kawan-kawan tak perlu bersesek-sesak kat bazar untuk beli maklumlah masa tu anak kecil lagi. Bukan senang nak shopping lama-lama kat tempat orang ramai.

Tapi kat sini, kena jadi rajin buat biskut raya sendiri.hehe. Masa kecik2 dulu selalu juga tolong mak buat biskut raya. Memang meriah sangat sebab adik beradik ramai perempuan. Sorang tukang tekap biskut, sorang tukang hias dan ada yg tak puasa tukang rasa. Tapi bila dah dewasa ni, banyak biskut raya tunjuk kat kedai je.


Resepi kali ini saya ambil dari blog Izah. Biskut ni semperit kacukan cream . Kalori juga haruslah makin banyak.  Oleh kerana saya ni seorang yang sukakan inovasi (cheewah ayat skema) maka saya meronta-ronta ingin mencuba resepi inovasi semperit ini. Jom lihat resepinya. Tetapi saya rasa say lebih gemar resepi semperit susu yang saya buat tempoh hari. Resepi boleh dilihat di sini. Apa2 pun selera org berbeza2.

Bahan-bahan:
250g susu pekat manis
250g butter, lembut tapi jangan terlalu lembik.
500g @ 540g tepung jagung apa-apa brand yang sesuai** saya guna 400g
3 sudu besar adunan keju (resepi di bawah) tapi saya letak 6 sudu

Adunan Keju :
(Pukul sebati semua bahan sampai pekat,simpan pati ais,tahan selama 2 minggu)
125g cream cheese di biar lembut suhu bilik
2sdb susu pekat
1/4 cwn susu cair
1/4 cwn fresh cream (cair)

Cara-cara :

  1. Pukul sebati susu pekat manis, butter dan adunan keju. Tak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu.  Pukul guna whisk telur manja2 sahaja.
  2. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati.
  3. Jika anda suka biskut yang lembab-lembab teksturnya, guna hanya 500g tepung jagung.
  4. Jika anda suka tekstur biskut yang rangup tapi tetap cair dimulut, masukkan 540g tepung jagung. Saya tambahkan pewarna dlm doh. Nak bagi kaler2 sket.
  5. Picitkan atas dulang yang dialas baking paper/oles dengan mentega. Tekankan ceri merah@coklat chips@  kismis di atasnya (kalau kismis kena potong 4, ia mengembang 2x ketika dibakar).
  6. Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C untuk 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.
  7. Sejukkan dan simpan didalam bekas kedap udara.
*Tip: Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan gula@susu pekat manis dipukul hingga kembang/gebu, kita masukkan udara ke dalam adunan. Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang.




Assalamualaikum. Macam mana persiapan raya?  hehe. Dalam kita bergembira untuk menyambut hari raya ingat lah juga kepada yang serba kekurangan. Pakat-pakatlah kita menderma. Sedih bila tengok saudara kita di Gaza yang terus diuji dengan hebat. Mungkin kita tak mampu nak usung senjata berperang tapi kita masih mampu menderma dan juga berdoa untuk saudara kita di sana.

Antara waktu mustajabnya doa adalah tatkala berbuka puasa.

Dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash Radhiyallahu 'anhu bahawa dia mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak".

[Sunan Ibn Majah]

Marilah kita sama-sama doakan saudara-saudara kita di bumi Gaza.

Untuk yang ingin menderma, boleh pergi ke link ini.


Berbalik kepada resepi kali ini, first time saya makan biskut ini kira-kira 2 tahun lepas. Masa tu saya beli sebalang biskut ni kat kedai biskut raya di Warta Bangi. Biskut ni memang 'bukan sekadar rupa'... walaupun rupanya tak cantik tapi hatinya baik. tapi sangat sedaaaap. Lepas tu dok berulang pergi balik kat kedai tu sebab nak beli biskut ni. Tak silap saya kedai yang jual biskut ni ada kiosk juga kat Alamanda Putrajaya. Kiosknya yang ada jual macam-macam jenis kurma tu. Tapi tak tahulah sekarang ada lagi ke tidak.


Disebabkan teringin nak makan, jadi saya google resepi ni. Terjumpa resepi dari dapur kak wan. Tengok bahan-bahan macam senang je, apa lagi terus cuba.

Bahan A
100g putih telur
1/8 sudu teh cream of tartar
100g gula caster

Bahan B
10 g tepung jagung
100 g kacang
80 g hirisan badam (saya tak letak)
100 g cornflakes hancur (yang ni saya tambah)
60g coklat chips (saya tak letak sebab tak ada)
1 sudu teh cappucino emulco

Cara-cara
1. Pukul bahan A sehingga putih telur bertanduk/kental
2. Masukkan bahan B dan kaup balik sehingga rata.
3. Sudukan setengah sudu kecil ke atas loyang pembakar.
4. Bakar dalam oven pada 140degree celcius selama 30-40 minit
5. Cuba tekan dengan jari, jika lembut lagi bakar lagi dalam oven.
6. Sejukkan biskut atas redai dan simpan dalam balang sesudah sejuk