Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.


Selamat berhujung minggu semua.  Hari minggu ini saya tidak kemana, hanya meluangkan masa dirumah bersama anak dan suami setelah sibuk sepanjang minggu. Kali ini saya bersama Ilham (anak saya) membuat trek lumba dari tissue rolls yang terpakai. Aktiviti ini dapat mengasah kreativiti anak-anak dan juga mesra alam serta jimat kos. Apa yang anda perlukan adalah beberapa tissue rolls terpakai, blue tack dan aluminium foil.



Langkah pertama adalah, belah tissue rolls menjadi dua bahagian. Seterusnya lekatkan blue tack di sebelah bahagian. 
Kemudian, apa yang anda perlukan adalah dinding yang lapang untuk anak anda berkreativiti menyusun tissue rolls tersebut untuk membentuk satu trek lumba.
Bermacama-macam bentuk boleh dibina. Biarkan anak anda bebas berimaginasi.

Untuk membuat bola yang digunakan untuk trek ini, saya menggunakan aluminium foil. Gunting sedikit aluminium foil dan keronyokkan menjadi bulat seperti bola. Jom layan video anak saya bermain trek lumba ini :)




Assalamualaikum semua. Apa hidangan anda semua untuk berbuka kali ini? Semalam semasa shopping barang dapur di Woolworths terjumpa durian. Dan yang penting harganya tidak mahal seperti biasa. Kali ini hanya AUD5 sekilogram biasanya harga durian di sini boleh mencecah AUD20 sekilo. Apa lagi, kami terus rembat sebiji. Semangat berkobar-kobar nak berbuka puasa semalam sebab nak makan durian. Maklumla dah lama mengidam. Rasa durian ini tidaklah boleh menandingi durian kampung kat Malaysia, tapi bolehlah sekadar nak hilangkan mengidam.


Hari ini, durian semalam banyak lagi, so saya rasa ada baiknya saya buat serawa durian dan pulut untuk di bahagikan kepada kawan-kawan. Lagipun durian banyak, tak habis saya dan suami makan. Saya ambil resepi ini dari blog che mat gebu. Jom lihat resepinya.

BAHAN KUAH SERAWA :
1 biji durian, keluarkan isinya (kalau durian kecik, guna 2 atau lebih)
700 ml santan kelapa segar
500 ml air (atau secukupnya)
1 ketul gula melaka, potong kecil*
1/2 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*
1 cawan air*(*satukan masak hingga gula larut dan tapis)
1 helai daun pandan, disimpul
1 1/2 camca besar tepung gandum (saya tak letak tepung)
3 camca besar air
Secubit garam
Gula, jika perlu

BAHAN PULUT
1 kg pulut, cuci dan rendam 1 jam, toskan
700 ml santan cair
1 camca teh garam (atau secukup rasa)
1 camca teh minyak masak (mat guna minyak kelapa)
1 helai daun pandan, disimpul

CARA MEMBUATNYA :

UNTUK PULUT :

  1. Panaskan kukus, sediakan loyang berukuran 9 inci. 
  2. Letak beras pulut dalam loyang, satukan minyak masak, garam dan santan, kacau rata kemudian tuang ke dalam loyang berisi pulut, ratakan.
  3. Letak daun pandan dan kukus selama 20 minit dengan api besar, kemudian kareh (gemburkan) dan sambung kukus lagi 10 minit atau hingga pulut betul2 masak. Ketepikan.


UNTUK KUAH SERAWA :

  1.  Satukan air gula merah, santan, air, isi durian dan daun pandan ke dalam periuk. 
  2. Masak hingga mendidih. Kacau selalu. 
  3. Tambah sedikit garam dan jika kurang manis tambah gula secukup rasa. 
  4. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum. Kacau rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api.


UNTUK SERAWA PULUT DURIAN :

  1.  Senduk pulut secukupnya dalam bekas sesuai. 
  2. Tuang kuah serawa dan hidangkan. 
  3. Atau anda boleh hidangkan berasingan kuah serawa dan pulut tadi...Selamat mencuba!


Hidangan ringkas untuk berbuka hari ini. Japanese chicken teriyaki. Jika diikutkan resepi asal, untuk menyediakan teriyaki perlu dimasukkan sake dan mirin. Namun saya olah kembali untuk meng'halal'kan resepi chicken teriyaki ini. Resepi ini saya ambil dari Food network blog, resepi dari Nigella Lawson. Resepi ini mendapat review 5 bintang daripada pembaca. Jom lihat resepinya


Bahan-bahan:
5 potong dada ayam atau bahagian ayam yang tidak bertulang
2 sudu besar madu
4 sudu besar kicap manis
1 inchi halia, diparut
3 biji bawang putih, diparut
2 sudu besar gula perang
1 sudu teh minyak bijan
Bijan untuk ditabur
Garam secukup rasa

Cara-cara :
1. Gaul semua bahan dan perap lebih kurang sejam atau semalaman.
2. Panaskan kuali non stick dan panggang ayam.
3. Tutup kuali, buka sekali sekala dan apabila ayam kelihatan hampir masak, terbalikkan.
4. Siramkan lebihan kuah perapan dan balik-balikkan ayam sehingga masak dan kuah menjadi likat.
5. Apabila ayam dah masak, bolehlah dihiris nipis ayam tadi dan taburkan bijan di atasnya.

Assalamualaikum semua. Cepat rasanya masa berlalu, dah 7 hari kita semua berpuasa. Tempoh hari ada kawan saya yang berada di Leige, Belgium buat kuih cek mek molek ini untuk berbuka puasa. Sedapnya, dah lama tak makan. Teringin sangat. Terus keesokan harinya pergi mencari ubi keledek di pasaraya.

Saya ambil resepi ini dari blog kak azie kitchen. Jom lihat resepinya.


Bahan bahan
ubi keledek oren
tepung gandum (kena agak sendiri sukatannya, bergantung kepada ubi)
sedikit gula

Cara-caranya.

  1. Rebus ubi sampai empuk. Lenyekkan.
  2. Ubi yg telah dilenyek diuli dan digaul bersama tepung gandum. Agak agak lah kelembutan adunannya.  Kalau terlebih gandum, adunan menjadi keras.  
  3. Bentukkan kuih cek mek molek. Masukkan sesudu gula dan dibentuk membujur. 
  4. Goreng dalam minyak panas yang banyak dengan api perlahan agar gula hancur menjadi air gula semasa digoreng. 
  5. Angkat bila kekuningan. Awas gula panas, jadi berhati hati jika makan kuih cek mek molek semasa panas panas.
Assalamuaalaikum semua. Selamat menjalani ibadah puasa. Apa hidangan anda semua hari ini?  Hari ini untuk pencuci mulut saya menyediakan puding karamel kegemaran suami. Senang sahaja resepi ini, bahan-bahan pun senang didapati.

Saya tak ingat dari mana saya ambil resepi ini, kerana dah berulang kali saya guna resepi ini setiap kali menyediakan puding karamel. Jom lihat resepinya.

Bahan-bahan
400 ml susu segar/susu cair
1 sudu susu pekat manis (yang ni saya tambah untuk menjadikan puding lebih lemak)
4 sudu besar gula halus
 3 biji telor
 2 biji kuning telor
 1 sudu teh esen vanila
 1 sudu tepung kastad (saya tambah tepung kasted untuk menstabilkan struktur puding)


Bahan utk karamel :
~ 5 sudu besar gula pasir kasar
~ 2 sudu besar air


Cara-cara



  1. Panaskan periuk pengukus terlebih dahulu.
  2. Masukkan 5 sudu besar gula bersama 1 sudu besar air ke dalam loyang.. masak atas api yg kecil.
  3. Bila sudah bertukar warna keperangan sedikit baru masukkan satu sudu air lagi (make sure gula dah cair dan bertukar keperangan sepenuhnya)
  4. Dalam bekas lain, masukkan kesemua telor bersama dgn gula halus.. kacau menggunakan whisker (Kacau perlahan sahaja, hanya untuk bagi bahan sebati. Jangan kacau laju shg terhasil buih, nanti tekstur puding tak cantik, berlubang2)
  5. Kemudian masukkan susu dan bahan2 lain kedalam telur tadi.
  6. Kemudian masukkan adunan tersebut kedala loyang yang berisi karamel. Pastikan anda menapis adunan tersebut, untuk mengelakkan ada adunan yang berketul.
  7. Kukus selama 30 minit dgn api sederhana.
  8. Jika tiada periuk pengukus, anda boleh bakar didalam oven dgn menggunakan cara steam bath. Letak satu loyang air dibawah loyang puding. Bakar dgn suhu 150 degree selama 40-45 minit.