Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.


Bahan-bahan perapan

3 ekor sotong saiz besar
2 sudu besar pes tomyam

Bahan-bahan sos
1 biji tomato
5 cili padi (ikut kepedasan yg dikehendaki)
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
1 lada besar
3 tangkai daun ketumbar dihiris 
1 sudu besar bijan goreng
1 sudu besar air limau nipis
2 sudu teh sos ikan
garam
gula

Cara-cara
1.  Bersihkan sotong. Kelar sotong tersebut. Sumbatkan kepala sotong kedalam badannya.
2. Lumurkan pes tomyam pada sotong. Perap sebentar  15 minit.
3. Bakar atas kuali non stick, atau arang
4. Bila dah masak angkat dan letakkan dalam pinggan

Cara menyediakan sos
1. Tumbuk semua bahan sehingga lumat.
2. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.

Hidangkan sotong dengan parutan mangga, atau betik, atau ulam-ulaman pilihan anda. 



Bahan-bahan
125g susu pekat manis
125g butter
230g tepung jagung


Cara-cara

1. Pukul susu pekat dan butter. Jangan pukul sampai kembang. Pukul manja2 saje guna whisk telur. Kalau pukul sampai kembang nanti biskut mengembang tak cantik.
2. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga boleh membentuk doh.
3. Masukkan adunan kedalam acuan semperit dan tekan atas tray yg telah dialas dengan baking paper.
4. Bakar biskut dalam oven pada suhu 170degree celcius selama 10-17 minit.


Assalamualaikum semua. Selamat menjalani ibadah puasa. Dah start buat biskut raya? Mamadee start awal kali ni, kerana jadual agak sibuk menjelang raya kelak. Buat biskut senang dan ringkas sahaja. Mamadee terlihat biskut comel ni di page masak apa hari ini, resepi dari adik Danish Harraz.  Biskut ini memang sedap menepati citarasa saya dan cair dimulut gitew.. Untuk dapatkan biskut yang wangi dan sedap anda perlu gunakan pure butter.


Mamadee tambahkan coklat rice dalam adunan, jadi adalah crispy sedikit bila gigit biskut itu.





Sumber resepi Adik Danish Harraz

Bahan-bahan
250 grams Pure Butter, dengan suhu bil­ik (cth: Anchor, Lurpak, Golden Churn, SCS)
80 grams Gula Icing
250 grams Potato Starch­/Tepung Pati Kentang
160 grams Tepung Kek atau Superfine­ (mamadee guna tepung gandum biasa)
Beberapa perwarna. 
Esen vanila
Coklat rice (mamadee tambah)


Cara-cara
  1. Panaskan­ oven pada suhu 160° C.
  2. Ayak tepung kek dan juga potato starch, ketepikan. Ayak gula icing dalam bekas lain.
  3. Dalam bekas berasingan, pukul butter d­an gula icing dengan mixer hingga kembang. Masukkan esen vanila
  4. Masukkan bahan kering tadi dan gaul menggunakan senduk kayu/spatula hingga menjadi doh yang lembut. 
  5. Kemudian masukkan coklat rice
  6. Jika nak buat versi warna warni, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titikkan sedikit pewarna , uli rata sekejap hingga mendapat warna yang dikehendaki. 
  7. Selepas itu balut setiap mangkuk adunan dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 20 minit. Keluarkan adunan, bulatkan menjadi bebola kecil lebih kurang 1 inci dan susun ­diatas baking tray yang telah dialas dengan baking paper. 
  8. Kemudian tekan setiap bebola dengan garpu untuk me­ndapatkan corak.
  9.  Bakar dalam oven selama lebih kurang 15 minit, bergntung pada oven masing-masing tapi pastikan biskut tidak dibakar sehingga perang. Sejukkan diatas cool rack dan disimpan dalam bekas kedap udara.

Sumber resepi daripada kak LiNa Pg (Teratak Mutiara Kasih)

Bahan-Bahan:
  • 4 cawan beras basmati (cuci bersih, rendam selama 1/2jam kemudian toskan. Mamadee guna beras biasa sahaja)
  • 4 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 2 helai daun pandan (simpul)
  • 1 kiub ayam maggie
  • 4 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1cm halia (tumbuk)
  • Rempah 4 sekawan (bunga lawang, cengkih, pelaga, kulit kayu manis)
  • Minyak/Mentega/minyak sapi
  • Pewarna merah, hijau dan kuning
  • Hirisan ketumbar,gajus n kismis (bahan hiasan)
Cara-Cara:
  1. Panaskan minyak/butter/minyak sapi, tumis rempah 4 sekawan dan juga bahan tumbuk hingga naik bau.Masukkan daun pandan simpul tumis sekejap supaya harum
  2. Masukkan air dan kiub ayam.Biarkan hingga mendidih
  3. Masukkan beras dan susu cair, gaul sebati.Biarkan hingga nasi kering (Kacau sekali sekala untuk mengelakkan hangit di bahagian bawah)
  4. Setelah nasi kering, kecilkan api dan buat lubang-lubang kecil pada nasi menggunakan sudu dan titiskan warna merah, kuning dan hijau. Letak berasingan.
  5. Tutup periuk dan tunggu hingga nasi masak sepenuhnya (macam masak nasi biasa)
  6. Bila nasi masak, gembur-gemburkan nasi dan taburkan daun ketumbar, gajus n kismis. Gaul sekata.


Bahan-bahan sambal ijo/hijau (style indonesia)
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
Segenggam cili padi hijau* (kalau nak extra pedas, bergenggam-genggam pun boleh)
2 biji cili hijau besar*
1 biji tomato hijau*
2 helai daun limau purut
2 ekor ikan tamban masin (saya tambah)
Minyak untuk menumis
Garam dan gula

Cara-cara
1. Kukus bahan-bahan bertanda * sehingga agak layu.
2. Sementara itu, goreng ikan masin separuh masak. Setelah siap asingkan tulang dan isi ikan.
3. Kemudian campurkan isi ikan dan bahan-bahan bertanda * yg telah siap dikukus. Tumbuk kasar-kasar dengan lesung.
4. Dengan menggunakan minyak gorengan ikan masin tadi, tumis bahan-bahan yg telah siap ditumbuk.
5. Masukkan daun limau purut, garam dan gula.
6. Tumis sehingga naik minyak.