Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.


Assalamualaikum semua. Apa aktiviti hari minggu anda? Dengar khabar di Malaysia skrg jerebu agak teruk, semoga anda semua berada dalam keadaan yg baik-baik sahaja walaupun keadaan agak tidak menyenangkan.


Di Brisbane, skrg sudah memasuki musim bunga. Dah kurang sejuk. Namun dua minggu lepas, buat pertama kali dalam hidup mamadee dapat lihat sendiri hujan batu. Keadaan selepas hujan batu, Lebat memutih seperti salji. Alhamdulillah, tidak ada perkara buruk yg berlaku akibat hujan batu tersebut.

Berbalik kepada resepi kali ini, mamadee menyediakan seri kaya memandangkan byk telur kuning baki daripada resepi pavlova yg mamadee buat beberapa hari lepas. Dah lama tak dapat menikmati seri kaya di Brisbane. Nikmatnya, bila disapu pada roti bakar dimakan ketika sarapan pagi. Resepi ini mamadee ambil dari blog che mat gebu. Cuma mamadee gunakan telur kuning sahaja, bukan keseluruhan telur.



BAHAN BAHAN

Seri Kaya
4 biji telur saiz besar (mamadee guna telur kuning sahaja)
300ml pati santan segar (mamadee guna santan kotak)
200g gula kastor
2 helai daun pandan disimpul
garam secukup rasa

Caramel
60g gula pasir
130ml air

CARA CARA

Caramel
1. Didalam periuk kecil, masukkan gula. Biarkan gula menjadi karamel keperangan. Jangan terlalu hitam sangat ya. Nanti pahit pulak.
2. Kecilkan api dan dengan segera masukkan air kedalamnya. PASTIKAN anda jauh sikit dari dapur ketika masukkan air kedalam periuk berisi karamel kerana karamel memercik. HATI HATI ya!

Seri Kaya
1. Didalam mangkuk lain, masukkan kuning telur dan gula, Kacau sebati. Masukkan pula garam dan pati santan. Kacau sehingga gula larut.
2. Dengan perlahan, masukkan air karamel yang panas tadi kedalam bekas berisi adunan santan. Masukkan sambil mengacau adunan. Nanti berketul pulak.
3. Nak selamat, tapiskan adunan dan masukkan kembali kedalam periuk.
4. Gunakan api sederhana. Gunakan senduk kayu dan kacau adunan sehingga menjadi seperti kastard. Ketika ini, adunan akan berbuih dan pekat.
5. Kecilkan api dan teruskan mengacau. Buih2 pada adunan akan mulai hilang dan adunan semakin licin dan berkilat. Tapi masih belum likat dan pekat. Teruskan mengacau lebih kurang 45-60minit.
6. Adunan akan semakin likat dan berkilat. Jika dah pekat bagi anda, matikan api. Adunan akan menjadi lebih likat ketika sejuk.
7. Sementara tunggu adunan likat, bekas kaca untuk seri kaya hendaklah direbus dengan air panas. Ini untuk menjadikan seri kaya lebih tahan lama. Rebus bekas dengan penutupnya. Kemudian, keringkan. Barulah boleh dimasukkan seri kaya yang dah siap tadi kedalamnya.
8. Jika seri kaya sudah berada pada suhu bilik, boleh lah dimasukkan kedalam peti ais untuk jangka hayat lebih lama.



Assalamualaikum semua. Hujung minggu lepas, ada tetamu dari Malaysia berkunjung ke rumah mamadee di Brisbane.  Kami decide utk buat makan-makan sedikit untuk tetamu. Menu hari tu yang simple2 sahaja, mamadee sediakan nasi ayam dan juga kek pandan butterscotch. Resepi kek pandan ni adalah idea yang timbul secara spontan. Seperti biasa resepi kek pandan mamadee guna resepi favouite mamadee ini dari little teochew, dan resepi sos butterscotch pula mamadee cuba buat sendiri.



Bahan-bahan sos butterscotch
2 sudu besar mentega
100 g dairy whipping cream
4 sudu besar gula perang
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara menyediakan sos butterscotch.

1.Panaskan mentega dan gula sehingga mencair.
2. Kemudian masukkan whipping cream dan esen vanila. Kacau sehingga sebati. Masak sehingga sos menjadi pekat.

Untuk kek pandan

Bahan A
7 biji kuning telur
75 g santan pekat
Perisa pandan (saya menggunakan pandan extrac yang pekat)
150 g gandum
1tsp baking powder
95g gula caster (saya hanya gunakan 75g gula caster)
1tsp garam
83 g minyak sayuran

Bahan B
7 biji putih telur
100 g gula caster
1 tsp cream of tartar

Cara-cara menyediakan kek. (mamadee guna loyang 4 segi saiz 9 inchi)

1. Panaskan oven 160 degree celcius
2. Campurkan kuning telur, santan pekat dan pandan extrac kedalam bekas.
3. Ayak tepung, baking powder dan garam.
4.Masukkan tepung dan gula kedalam bekas berisi kuning telur tadi.
5. Tambahkan minyak kedalam bekas. Kacau dengan gunakan whisker sehingga semua sebati dan gula hancur.
6. Dalam bekas berasingan, pukul putih telur dengan mixer sehingga bertanduk (Cara memukul telur putih adalah guna mixer kelajauan paling laju, Pukul telur putih dahulu sehingga berbuih, kemudian masukkan cream of tartar. Dan masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul putih telur sehingga kental. Cara hendak memastikan adakah adunan putih telur telah kental atau tidak, adalah dengan menterbalikkan bekas, jika adunan tidak jatuh  maka putih telur telah kental)
7. Bahagikan secara kasar adunan putih telur tadi kepada 3 bahagian, masukkan satu persatu bahagian dalam adunan kuning telur. Gaul dengan menggunakan spatula atau sudip kayu. Kaedah menggaul putih telur kedalam adunan kuning telur adalah seperti melipat (fold) adunan terebut. Jangan overdo, dikhuatiri adunan akan kurang gebu.
8. Masukkan adunan kedalam loyang. Loyang terlebih dahulu dilapik baking paper atau disapu minyak.
9. Bakar selama 45 minit atau sehingga masak.
10. Sesudah kek masak, terus terbalikkan loyang kek ke atas redai kek. Ini adalah untuk memastikan kek tidak turun.
11. Keluarkan kek daripada loyang dan sejukkan.

Untuk cheese topping
250 cream cheese
120 g unsalted butter (yang ni saya tambah untuk menjadikan topping ini lebih likat).
50 g heavy cream
120 g susu pekat manis
Cara-cara menyediakan cheese topping
1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk pengadun.
2. Pukul dengan mixer sehingga sebati.

Cara-cara menghias kek.
1. Sejukkan kek atas redai.
2.Setelah kek sejuk, sapukan cheese topping diatasnya.
3. Kemudian, drizzle sos butterscotch di atas cheese topping tadi.





Assalamualaikum semua. Kali ini mamadee nak kongsi satu resepi yang ringkas dan sedap. Ayam ni mamadee makan begitu sahaja dengan chips dan salad. Tapi kalau nak makan bersama nasi putih pun sedap juga. Ayam ini juga juicy (tipsnya jangan bakar ayam terlalu lama, dan jangan guna suhu oven yang terlalu tinggi) dan bawang besar yang ditabur atas ayam, memberikan rasa manis-manis bawang dan sedap.


Mamadee ada terbaca tips dari blog mamak haji, untuk sediakan ayam bakar yang sedap, kombinasi asid (dari jus limau atau cuka), garam dan gula mesti ada, barulah ayam bakar yang dihasilkan sedap. Memang menjadi tips dari mamak haji ni.

Bahan-bahan
1 ekor ayam saiz kecil
1 sudu besar serbuk kunyit
garam secukup rasa
2 sudu teh gula
2 sudu teh air limau nipis/ lemon
3 sudu teh oregano kering
1 sudu besar minyak masak
1 labu Bawang besar holland

Cara-cara
1. Bersihkan ayam. Mamadee belah dua ayam.
2. Campurkan semua bahan kecuali bawang besar. Lumurkan ayam dengan bahan-bahan tadi. Perap selama 2-3 jam. Atau minimum 30 minit.
3. Panaskan oven, atau boleh juga gunakan pemanggang ajaib atau bakar sahaja didalam kuali non-stick.
4. Bakar ayam sehingga separuh masak, kemudian taburkan bawang besar holland yang telah dihiris nipis.
5. Sambung bakar ayam tersebut sehingga masak. Jangan bakar terlalu lama, jika tidak ayam akan menjadi kering, tak sedap. Mamadee bakar dalam oven pada sushu 160 darjah celcius selama 30-40 minit.
6. Setelah siap bolehlah dihidang, boleh dimakan bersama nasi atau dihidang dengan chips dan salad.
Assalamualaikum semua. Selamat hari raya aidilfitri. Alhamdullilah sambutan hari raya disini, walaupun tak semeriah di Malaysia, tapi masih diberi kesempatan berkumpul bersama dengan rakan-rakan pada hari raya di rumah terbuka. Kami di Brisbane menyambut hari raya pada hari Sabtu, lewat sehari daripada Malaysia. 

Hari Rabu selepas raya, alhamdulillah saya berjaya lulus mid-candidature milestone kedua saya sepanjang pengajian PhD disini.  Dan hari Khamis selepas itu, ada sambutan raya di universiti. Kami komuniti pelajar Islam dari pelbagai negara, Malaysia, Indonesia, Singapura, Oman, Bangladesh, Saudi dll.. mengajurkan morning tea sambutan hari raya.  Komuniti pelajar Islam di fakulti tidaklah ramai, tapi kami bersepakat untuk mengajurkan sambutan raya untuk bersama-sama dengan warga fakulti yang lain, dan berkongsi kegembiraan bersama. Saya sangat sukakan diversity yang ada di bumi Australia ini. Even, ada segolongan anti-Islam, tetapi alhamdullilah, rakan-rakan dan staf non-muslim di university mereka sangat terbuka dan meraikan kepelbagaian.

Passion fruit (markisa)

Okay, berbalik kepada resepi kali ini, saya menyediakan pavlova untuk disajikan ketika sambutan raya di university. Licin, sekejap sahaja, mungkin sesuai dengan selera mat saleh disini.hehe. Saya kurangkan gula dari resepi asal, kerana kebiasaannya pavlova adalah sangat manis. Saya lebih gemar pavlova disajikan dengan passion fruit (markisa) daripada sekadar strawberry semata-mata. Rasa unik passion fruit (markisa) memberikan umpph pada pavlova tersebut. Jom lihat resepinya. 


Sumber resepi : BBC food.

For the meringue
4 egg whites
250g caster sugar (I reduce the sugar to 150 g)
1 tsp white vinegar
1 tsbp cornflour
1 tsp vanilla extract

For the topping
200g strawberries
3 passions fruits
350ml double cream (I use whipping cream)

Method

  1. Heat oven to 150C/130C fan/gas 
  2. Using a pencil, mark out the circumference of a dinner plate on baking parchment. Whisk the egg whites with a hand mixer until they form stiff peaks, then whisk in the sugar, 1 tbsp at a time, until the meringue looks glossy. Whisk in the vinegar and vanilla. Fold in the cornflour.
  3. Spread the meringue inside the circle, creating a crater by making the sides a little higher than the middle. Bake for 1 hour, then turn off the heat and let the Pavlova cool completely inside the oven.
  4. Whipped the cream until it is thick and spoon able
  5. When the meringue is cool, scoop the cream onto the pavlova.
  6. For serving: Cut passion fruits in half, and scoop out pulp and seeds.  Layer on strawberries and passion fruit. Serve immediately.
*I prepare the meringue one day before served. 


Edisi bahasa melayu

Bahan-bahan

Untuk meringue
4 putih telur
150 g gula caster
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh cuka makan 
1 sudu teh esen vanila

Untuk topping
200g strawberries
3 passions fruits (markisa)
350ml double cream (I use whipping cream)

 

Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 150C/130C
  2. Tekap bentuk bulat menggunakan pinggan pada kertas minyak dan terbalikkan kertas tersebut semasa meletakknya dalam loyang pembakar.  Dalam mangkuk pengadun yang bersih dan kering, masukkan putih telur, putar hingga berbuih dan masukkan gula kastor sedikit demi sedikit hingga habis. Putar hingga kental. Masukkan cuka makan dan putar sebati. Ayak tepung jagung dan gaul dengan spatula hingga rata.
  3. Letakkan meringue tadi di atas loyang pembakar. Ratakan dalam garisan bulatan yang telah kita lukis tadi. Masukkan dalam oven dan turunkan suhu pada 130C, bakar selama 1 jam. Kemudian matikan suis oven. Renggangkan sedikit pintu oven dan biarkan povlova sejuk secara semulajadi. 
  4. Putar whipped cream sehingga kental.
  5. Bila pavlova seudah sejuk, untuk menghidangnya, letakkan whipped cream tadi. Belah dua buah markisa, dan korek isinya menggunakan sudu. Letakkan buah strawberry dan isi buah markisa di atas krim tadi.  
*TIPS: Saya sediakan pavlova awal sehari. So masa nak hidang baru diletakkan krim.
Pavlova kena sejuk secara semulajadi di dalam oven, jangan cepat-cepat nak keluarkannya untuk elakkan pavlova retak.
Jangan overbeat putih telur, jika tidak pavlova akan kembang dan pecah-pecah. Rasa pavlova masih sedap, tapi rupa tak cantik je la.




Assalamualaikum semua pembaca. Untuk berbuka puasa petang ini Mamadee cuba resepi baru ini. Blogwalking mencari resepi ketam di alam maya, Mamadee terpikat melihat ketam kari kerala ni di blog Qaseh Honey. Nampak sgt menyelerakan.  Bahan-bahannya pula kebetulan semua dah ada kat rumah. Apa lagi, terus Mamadee masak pagi tadi sebelum ke universiti. 



Resepi ini sedikit berbeza dari resepi kari biasa. Kerisik, serbuk ketumbar dan lada kering yang disangai bersama memberikan aroma dan rasa yang unik dan lazat kari kerala ini. Mamadee tidak memotong ketam tersebut, kerana bila dipotong semasa memasaknya, isi ketam akan kurang manis dan menjadi agak kering. Jadi, selepas dibersihkan, terus masukkan seekor sedebuk kedalam kuali. Jom lihat resepinya. 

Sumber Qaseh Honey
Resepi asal Chef Rose

Bahan-bahan
1 kg ketam (mamadee guna 2 ekor ketam saiz besar, tak perlu dipotong)
1 biji bawang besar – dihiris
4 ulas bawang putih – dihiris
1 inci halia – dihiris halus
4 biji tomato – dihiris (mamadee guna tomato ceri, so tak perlu potong)
3 biji cili hijau – dihiris 
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk ketumbar
300 ml air @ secukupnya
1/2 cawan sedikit santan pekat 
garam secukup rasa
2 biji kentang – belah 4 

Bahan Pes Rempah
1 cawan kelapa parut 
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk ketumbar
3 tangkai cili kering (hiris halus dan buang biji)

Bahan Tumis Darat
2 sudu besar biji sawi
1 genggam kecil daun kari 
4 tangkai cili kering – dipotong serong (buang bijinya)
100 ml minyak masak

Cara-cara
  1. Terlebih dahulu sediakan bahan untuk pes rempah
  2. Sangai kelapa parut lebih kurang 8 minit atau sehingga kekuningan.
  3. Kemudian masukkan serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk ketumbar dan cili kering.
  4. Teruskan menyangai untuk selama beberapa minit sehingga berbau harum.
  5. Selepas itu, tumbukkan bahan tersebut sehingga menjadi kerisik dan pecah minyak. Ketepikan.
  6. Panaskan minyak. Tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan cili hijau.
  7. Bila sudah layu sedikit, masukkan hirisan halia.
  8. Teruskan menumis sehingga bangkit bau.
  9. Masukkan bahan kerisik yang ditumbuk tadi bersama dengan 1 sudu besar serbuk kunyit, serbuk cili dan serbuk ketumbar (jika masa ini tumisan terlalu pekat dan kering, tambahkan sedikit air). Teruskan menumis untuk beberapa minit.
  10.  Bila sudah harum, masukkan ketam dan balik-balikkan ketam tersebut agar serata dengan rempah tumisan.
  11. Setelah ketam berubah warna, masukkan air dan hirisan buah tomato serta garam.
  12. Bila sudah separuh mendidih, masukkan santan dan masaklah hingga kuah pekat atau ikut kepekatan yang disukai.
  13. Rasakan garam dan tambahkan gula jika perlu sebab rasa manis ketam akan turun ke kuah.
  14. Sementara itu untuk menyediakan tumis darat, panaskan minyak dalam kuali yang lain.
  15. Tumiskan bahan2 tumisan darat hingga harum. Kemudian tuangkan ke dalam kari tadi.